Alhamdulillah, DMPBK masih di beri kesempatan untuk meneruskan agenda mengikut jadual seperti yang telah di putuskan dalam mesyuarat.
Meneruskan ziarah terutama berjumpa sahabat-sahabat lama yang sudah lama tidak mendengar perkhabaran dari mereka. Mungkin kesibukan serta kesuntukan masa menyebabkan ukhwah sudah agak longgar.
Namun walau apapun alasan yang di beri, tanggungjawab sebagai seorang muslimat tidak boleh di abaikan.
Alhamdulillah, sempat juga kami berjumpa ukhti Rohani yang sedang sebuk sedang menyiapkan tempahan langsir di rumahnya di Paya Ikan.Malah beliau juga memiliki sebuah kedai runcit yang di kendalikan oleh suaminya.
Kali terakhir kami menemuinya,hampir 2 tahun yang lepas , di hari kematian anak lelakinya yang berusia 22 tahun. Dan semalam ibunya pula meninggal dunia di usia 68 tahun.
Ukhti Rohani ceria sekali menunjukkan paten -paten langsir yang di jahitnya. Memang cantik dan kemas.
Sebelum pulang, kami cuba mengambil gambarnya bersama langsir-langsir yang telah di jahitnya tapi nampaknya Rohani segan lalu berselindung di belakang langsir sambil ketawa.
No comments:
Post a Comment