HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, April 5, 2012

SEMOGA CEPAT SEMBUH , USTAZ BERAHIM


 Jam menunjukkan hampir 6 petang. Namun Ustaz Ibrahim masih tidak kelihatan . Muslimat masih setia menunggu di luar walaupun telah empat puluh minit berlalu.

Beberapa kali muslimat cuba menghubungi Ustaz Ibrahim tapi jawapannya hampa. Telepon terus berdering tanpa jawapan. Apakah ustaz Ibrahim telah terlupa dengan janjinya untuk menemui muslimat B.Baru pada jam 5 petang.Hati muslimat berkata-kata.

Lantas muslimat cuba menghubungi saudara Md Nor, rakan seperjuangan  Ustaz Berahim. 

" Tunggu sekejap, mungkin Uztaz Ibrahim  dalam perjalanan. " Saudara  Md Nor cuba memberikan sedikit kelesaan kepada 6 muslimat yang sedang menunggu ustaz Ibrahim .

Sebentar lagi En Md Nor sampai . Muslimat sedang lega. Masa terus berjalan. Terasa rugi masa terus berlalu tanpa membuat sesuatu.

 "Bebarapa kali , saya cuba hubungi Ustaz Berahim , tak jawab pun", saudara  Md Nor dah mula resah. 
Muslimat masih setia menunggu. Saudara  Md Nor mencapai motornya lalu pergi meninggalkan muslimat.

Sebentar lagi saudara md Nor datang sekali lagi. Dia cuba menghubungi Ustaz Ibrahim lagi dengan telepon yang ada di tangannya. . Saudara Md Nor tinggalkan muslimat sekali lagi.


"Nampaknya Ustaz Ibrahim tak datang, jadi kita kena buat rancangan lain supaya kita dapat menafaatkan masa petang ini." muslimat terpaksa pelan B pula.

"Ustaz Berahim ada kat hospital sekarang, Dia mungkin di tahan wad sebab dia kena ghout dan ada kencing manis", tiba-tiba saudara muncul dengan motornya buat kali ketiga.
 Muslimat tahu betapa resahnya saudara Md Nor ketika itu. Maklumlah saudara Md. Nor serta Ustaz Berahim telah berjanji , bersetuju untuk bertemu muslimat B.baru serta Musai pada petang itu.

Muslimat berpandangan sesama sendiri. Tidak di sangka sama sekali , bahawa pertemuan buat kali pertama itu gagal apabila Ustaz Berahim terpaksa pergi ke hospital kerana kesakitan yang di alaminya pada petang itu.

Muslimat juga tahu betapa risaunya Ustaz Berahim apabila dia tidak dapat menunaikan janjinya pada petang semalam.

Muslimat terus mengambil pelan B, dengan menziarahi 3 buah rumah sahabat yang berhampiran di situ dengan harapan agar sahabat-sahabat ini juga akan bersama-sama muslimat B.Baru untuk meneruskan kerja-kerja turun padang apabila di arahkan nanti.

Muslimat mendoakan semoga Ustaz Berahim cepat sembuh dan di berikan kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja Islam di kala usia sudah ke penghujung,insyaALLAH.





No comments: