Alhamdulillah, seramai 7 muslimat Kawasan Bukit Katil telah dapat bersama-sama menyumbangkan tenaga bagi memastikan kemenangan dalam PRU 13 nanti. Gabungan di antara beberapa muslimat Dun Bachang serta Muslimat Bukit Beruang telah berjaya mengedarkan risalah dalam program turun padang semalam. Beberapa lokaliti di Bukit Beruang telah pun berjalan lancar semalam meskipun dalam cuaca hujan yang renyai-renyai.
Walaupun kajian mengatakan bahawa 3 negeri akan tetap kekal di tangan BN, iaitu Melaka, Johor dan Pahang namun itulah bukanlah penghalang untuk muslimat bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu akan berpihak kepada PR.
Lambat laun Kebenaran itu pasti akan terserlah.
"Ya ALLAH, Jadikanlah Detik pertama hari kami sebagai kebaikan, Pertengahanya sebagai kemenangan dan penghujungnya sebagai kejayaan.
Kami berlindung kepada MU dari sebuah hari yang di mulai dengan kengerian, di tengahi dengan putus asa dan di akhiri dengan lara."
Amin
No comments:
Post a Comment