HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, April 20, 2012

Alhamdulillah, jam 3 petang , kami telah berada di Bukit Baru. Muslimat cawangan Musai dan cawangan Bukit Baru telah pun berada di sana. Mereka telah sampai lebih awal dari kami.Besar nya harapan kami , pada kali ini untuk bertemu Cikgu Normala di Bukit Baru
Tahun lepas, sewaktu Cikgu Normala datang ke DUN Bukit Katil, kami agak terkilan kerana kami tidak dapat menyambut kedatangannya  di sebabkan kami punyai beberapa tugas yang mesti di lakukan sehinggakan   kami tidak dapat menyambut kedatangan Cikgu Normala ketika itu.



 Tapi pada kali ini, kami telah bersedia lebih awal lagi untuk menyambut kedatangan Cikgu Normala. 
Sebenarnya jadual Cikgu Normala bermula dari menyerahkan sumbangan kepada beberapa orang yang memerlukan bantuan di Bukit Baru , seterusnya high-tea di Bukit Beruang dan pada sebelah malamnya ceramah di Bukit Beruang.

Alhamdulillah, Jam 6.20 ptg Cikgu Normala muncul bersama suami tersayang dengan kenderaan yang berwarna hijau. Kami bersyukur kerana akhirnya Cikgu Normala selamat sampai juga ke hi -tea yang telah di jadualkan.
Ketua Muslimat, Dr  Khatijah begitu ceria sekali menyambut kedatangannya Cikgu Normala.Tanpa melengahkan masa lagi Cikgu Normala di beri peluang untuk memberikan ucapan di petang yang berbahagia itu.

Alhamdulillah, program berjalan lancar meskipun sebelum itu terdapat panggilan telepon yang tidak menyenangi dengan adanya program di situ.

Biasalah, DUN Bukit Baru memang terkenal dengan segala gangguan apabila Pakatan Rakyat menganjurkan program terutamanya ceramah -ceramah  anjuran dari PAS. Adakalanya terasa kelakuan yang di tunjukkan oleh pihak pemerintah seperti tindakan budak-budak hingusan walaupun telah memerintah sekelian lama. 

Walaupun hampir 4 jam lamanya  muslimat menunggu kedatangan Cikgu Normala namun rasanya ianya berbaloi ,kerana rasanya terbalas sedikit kegalatan apabila Muslimat Bukit Katil tidak dapat menyambut kedatangan Cikgu Normala di Dun Bukit Baru tahun lepas.
Terima kasih Cikgu Normala. Kami akan menjemput lagi.insyaALLAH.

"Wahai manusia, Rasulullah telah bersabda bahawa barang siapa yang melihat pemimpin yang zalim , menghalalkan segala yang di haramkan oleh ALLAH, menyelewemg dari ajarannya , menentang sunnah Rasulullah, membuat dosa dan perlanggaran terhadap terhadap hamba-hamba ALLAH , kemudian tidak di ubah atau di tentang baik dengan perbuatan mahupun ucapan, maka ALLAH  berhak untuk mencampakkannya ke tempat yang telah di sediakan untuk nya"
(Sayyidina Hussein)




No comments: