HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, April 18, 2012

warga emas mengutip barang buangan
Tiba-tiba aku ternampak akhbar meloya itu di atas meja di ruang tamu. Aku sangkakan suratkhabar lama yang sengaja dikeluarkan untuk di bakar. Aku biarkan saja suratkhabar meloya itu di atas meja.

Tapi terdetik pula di dalam  hati, bila pulak surat khabar meloya ini  masuk ke dalam rumah aku , elok pulak letaknya di atas meja, seperti belum di usik lagi, masakan suratkhabar yang seperti baru itu mahu di bakar. 

PASTI Jaya Insan. Sebelum dirobohkan
 Aku mula mencapainya untuk memastikan tarikhnya. Apakah aku yang tersilap. Tercatit tarikhnya  17 April 2012 SELASA. Sah ,Tarikh hari ini.

Aku tergamam seketika. Siapakah yang membawa masuk surat khabar ini ke dalam rumah aku .Siapakah pula yang membelinya.

Aku pun dah tak ingat bilakah kali terakhir aku beli suratkhabar meloya itu. Sudah  bertahun lamanya aku boikot suratkhabar itu. Nak membukanya  saja sudah terasa loya, apatah lagi untuk membacanya.

Kali ini aku cuba membukanya helaian demi helaian ,  dengan harapan semuga kali ini aku tidak loya lagi .Mana tahu, kot-kot dah berubah pengisiannya.

Tiba-tiba sebaik saja ke ruangan "Selatan" , Sepontan  loya aku datang balik. Mual datang lagi. Ruangan yang bertajuk "DUN Bukit Baru kian berkembang" , Bakal menjadi bandar baru moden di Melaka, menjadikan aku bertambah mual. 

Bukit Baru dan Bukit Piatu sudah tidak asing lagi bagi aku, kerana di situlah rumah ibuku dan perkuburan bapaku.

Tinggal kenangan. Bergambar di dalam PASTI
Baru semalam aku, Dr Khatijah serta beberapa ajk lain termasuk MTD Bukit Baru menyampaikan sumbangan sekadar yang kami mampu kepada beberapa rakyat yang bawah tahap kemiskinan di pekan Bukit Baru.

Sebenarnya setiap tahun kami menghantar sumbangan kepada mereka yang miskin di DUN Bukit Baru mengikut kemampuan kami . 

Tidak kurang  , bukan sekadar miskin dari segi segala sudut malah hidup menggunakan cahaya lilin atau pelita kerana tidak mampu untuk membayar bil elektrik.Bukan sehari dua, malah sudah setahun.
Terdapat juga yang mengutip barang buangan untuk di jual bagi menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. Bukannya orang muda malah warga emas, bukannya lelaki malah perempuan.

Apakah dengan megahnya pembangunan seperti yang di war-war kan itu dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa untuk rakyat yang hidup di bawah tahap kemiskinan?

Tidakkah ada perasan malu bagi seorang pemimpin apabila di tawarkan untuk memberi bantuan wang sejumlah RM 500 maka  masih berduyun-duyun lah rakyat datang untuk mengambil wang tersebut ? Bukan kah itu menunjukkkan satu kelemahan bagi sesebuah pemerintahan walaupun telah memerintah puluhan tahun tapi tahap kemiskinannya masih tinggi dari tahun ke setahun.

"Bentuk kepimpinan yang di larang adalah kepimpinan yang zalim beserta pekerjanya samada berpangkat tinggi mahupun berpangkat rendah .Haram bekeja di bawah pemerintahan mereka, mengusahakan keperluan mereka .
Pelakunya berdosa  dan wajar mendapat seksaan daripada ALLAH , baik kecil atau besar yang di sumbangkan.Kerana segala sesuatu yang di tunjukkan untuk membantu mereka adalah termasuk dosa besar.
Sebab kepimpinan yang zalim akan menghapuskan yang hak dan menghidupkan kebatilan., menampilan kezaliman dan kerosakan, pengabaian terhadap segala kewajiban, pembunuh para nabi dan kaum mukmin, merobohkan masjid dan mengubah ketentuan ALLAH dalam syariatnya. Kerana itulah bekerja dan membantu mereka  di haramkan kecuali keadaan terpaksa seperti keterpaksaan memakan darah dan bangkai"
(Ja'far Shadiq)








 

No comments: