HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, April 16, 2012

SEHARI SELEPAS MESYUARAT AGONG DMPBKATIL

 "Asalamualaikum, Su , MTD nak jemput Cikgu Normala Sudirman  datang kat Bukit Baru pada 15 Apr ini .pukul 2 petang. Nak suruh sampaikan sumbangan kepada beberapa orang yang kita rasa mesti di bantu. Sebab itu nak mintak Muslimat  sponsor sumbangan .Boleh tak, kalau muslimat tolong sponsor  5 hamper,? kami uruskan kemah dan jamuan.?" penyelia MTD B.baru menaruh harapan.

"Oh.kalau .macam itu , kena syura dulu dengan kepimpinan DMPBK,baru boleh beri  keputusan" . Kebetulan mesyuarat DMPBK akan di adakan pada sebelah petangnya.

 "Bagaimana dengan keputusan mesyuarat semalam"?penyelia MTD inginkan kepastian pada esok harinya

"insyaALLAH, muslimat bersetuju. Seramai 5 ajk kepimpinan akan hadir., muslimat Musai serta muslimat Bukit Baru akan hadir sama" Su memberikan sebuah kepastian
Seperti yang di janjikan , hampir jam 3 petang pada 15 Apr muslimat sampai dengan membawa 5 bakul yang di penuhi dengan barangan dapur.

Cikgu Normala Sudirman tidak dapat hadir di Bukit Baru di sebabkan ada   urusan. Cikgu Normala cuma akan dapat hadir di Bukit Beruang pada jam 5 petang sempena program high-tea yang diadakan di Bukit Beruang pada hari yang sama. Sebelah malamnya akan di adakan ceramah di Bukit Beruang.

Kepimpinan DMPBKatil berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.

Agak amat menyedihkan di sebalik nama Bukit Baru yang di banggakan itu rupa-rupanya masih ramai yang miskin lagi melarat. Sukar untuk mempercayainya jika tidak melihat dengan mata sendiri.



 Masih ramai rakyat yang susah , yang terpaksa mengutip barangan-barangan terpakai untuk di jual dan amat malang sekali apabila rumah mereka telah juga telah lama bergelap kerana tiada kemampuan untuk membayar bil elektrik.




Sesungguhnya kezaliman adalah perbuatan yang paling di haramkan oleh ALLAH SWT

"Janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahawa ALLAH lalai atas apa yang di perbuat orang-orang yang zalim, Sesungguhnya ALLAH menunda (siksa ) mereka hingga hari yang pada waktu itu semua mata mereka akan terbelalak.

(Surah Ibrahim :42)

1 comment:

PANITIA BIOLOGY said...

Salam,kali pertama bertemu blog ini...
Salam Ukhuwwah & Salam Perjuangan