HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, December 24, 2008

WARKAH BUAT DATIN SRI JEANNE ABDULLAH


(MAAF,GAMBAR SEKADAR HIASAN)

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian bagi ALLAH,tuhan semesta alam. Selawat dan Salam keatas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang telah menunjukkan jalan kebenaran lagi direhaiNYa. Kebahagiaan bagi orang -orang yang mengikuti petunjuk Al-Quran dan As Sunnah.

Datin Sri,
Izinkan kami sebagai rakyat marhein untuk menulis sepatah dua kata buat Datin Sri, demi menegakkan sebuah kebenaran berlandaskan lunas-lunas Islam.Kami sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang disarankan oleh ALLAH S.W.T dalam surah Als Asr...."Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan dengan kesabaran".
InsyaALLAH.

Datin Sri,
Sebaik saja kami membaca satu atikel dari akhbar alternatif yang bertarikh 21-27 disember,lantas kami terbaca satu atikel yang kami kira agak menarik untuk kami memberikan sedikit maklum balas diatas kenyataan yang dibuat. Atikel yang bertajuk "Jadilah muslim yang baik, pesan isteri PM". Satu pesanan yang cukup indah susunan kata-katanya, yang telah Datin Sri sampaikan ketika diperasmian "Konvensyen Saudara Kita Ketiga", Peringkat Negeri di Pusat Penerangan Islam di Kucing, Sarawak , baru-baru ini.
Kami petik sedikit diantara ucapan yang datin telah ucapkan diperasmian tersebut,
"Jadilah muslim yang baik , ambil Al-Quran dan baca kerana ia akan memandu kita. Kita perlu memahami isi kandungannya dan bukan setakat membaca sahaja. Sekarang Al-Quran diterjemahkan dalam pelbagai bahasa . Bacalah dalam bahasa yang anda rasa selesa agar anda memahaminya."

DatinSri,
Selaku saudara baru, sayugia suka kami ingatkan terutama buat diri kami sendiri serta sesama insan untuk pesan memesan diantara satu sama lain kerana itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada setiap individu muslim , tidak mengira samada kepada seorang rakyat biasa seterusnya kepada seorang perdana menteri hatta kepada seorang raja sekalipun. Lebih-lebih lagi untuk menyampaikan risalah tentang kebenaran Islam kepada saudara baru terutama kepada Datin Sri.
Seanterio dunia telah pun mengetahui bahawa Datin Sri Jeanne Abdullah merupakan isteri baru kepada PM Malaysia setelah kematian Datin Sri Hendon. Dan sudah semestinya Datin Sri juga memainkan peranan yang besar dalam menjalani kehidupan sebagai isteri seorang PM. Tidak dinafikan seorang Isteri merupakan tunggak kepada kejayaan seorang suami seperti yang sering dinyatakan bahawa 'Kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya.'. Meskipun adakalanya bila dilihat seorang lelaki itu terlalu GAH lagaknya, namun sebenarnya terdapat juga kelemahan pada diri mereka walaupun seorang lelaki selalu berbangga diatas kelebihan diri mereka..namun didalam Al-Quran sering menyebut bahawa tidak adanya beza lelaki dan perempuan melainkan TAQWA. Begitulah sayangnya ALLAH kepada setiap hamba ciptaannya, tidak mengira lelaki atau perempuan..Oleh itu kami mengharapkan Datin Sri juga bijak untuk merebut peluang dan ruang untuk menyatakan kebenaran dihadapan suami Datin Sri selaku Perdana Menteri Malaysia sebelum Datin sri akan kerugian selama-lamaya. Peluang dan ruang apabila dihalang ,ditakuti akan terus hilang kerana peluang dalam kehidupan tidak akan berulang.
Lahir...hidup...mati .
Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran bagaimana isteri Firaun , Asiah yang dapat mempengaruhi Firaun untuk memelihara Nabi Musa yang dijumpai sedang dihanyutkan ,sedangkan ketika itu , Firaun telah memerintahkan untuk membunuh semua anak lelaki yang baru dilahirkan. Natijah dari peristiwa itu Nabi Musa terus dapat menyebarkan agama ALLAH dan Asiah isteri Firaun merupakan salah seorang dari ahli syurga meskipun suaminya , Firaun adalah seorang zalim dan pastinya ahli neraka.. Begitu juga Saidatina Khadijah telah menenangkan serta mententeramkan Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah balik dalam keadaan berdebaran setelah menerima wahyu pertama diGua Hirak, Sehingga akhirnya syiar Islam terus berkembang keseluruh dunia sehingga kehari ini dan tidak terkecuali buat diri Datin Sri sendiri, Alhamdulillah.

Datin Sri,
Islam bererti tunduk dan patuh kepada ALLAH tanpa sebarang kompromi .Menolak semua sistem, dan perintah -perintah yang bertentangan dengan petunjuk ALLAH.Tiada pilihan lain lagi selain hanya memilih untuk hidup berlandaskan syariat ALLAH. Mengucapkan dua kalimah syahadah , bermakna membenarkan diri hanya untuk benar-benar mentaati ALLAH dan mengikut sunnah Rasulullah.
Allah berfirman " ..Barangsiapa yang memutuskan tidak menurut apa yang diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang kafir" (Al-Maidah-44).

Manakala sifat-sifat yang dikatakan MUSLIM adalah , dia mesti kebal dari 3 penyakit ni:

1- Penyakit yang mengesampingkan hukum-hukum ALLAH dan memperturutkan dorongan hawa nafsu.
2- Melebihkan kebiasaan keluarga dan cara-cara nenek moyang daripada hukum ALLAH
3.mengikut cara-cara yang ditempuh manusia, baik oleh orang-orang besar bangsanya sendiri mahupun bangsa lain.
Dari itu , pastikan kita dapat membebaskan diri dari segala perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada ALLAH semata-mata.

Datin Sri,
Berbalik dari ucapan yang Datin Sri sebut diatas maka suka kami ingatkan bahawa Datin Sri sendiri mesti membuka dan membaca lantas mengamalkan surah An Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59.. yang menyatakan tentang kewajiban menutup aurat bagi setiap wanita mukmin. Masakan Datin Sri meminta orang lain membuka dan mengamalkan Al-Quran sedangkan Datin Sri sendiri tidak mengamalkannya. Datin Sri tidak boleh jadi seperti 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ibunya berjalan senget'..Itu merupakan satu kesalahan disisi Islam. Amatlah besar murka ALLAH kepada orang yang menyeru orang lain untuk membuat kebaikkan sedangkan diri sendiri tenggelam mengikut hawa nafsu dorongan syaitan.Bukan kah itu juga merupakan satu kezaliman terhadap Al-Quran itu sendiri apabila kandungan didalam Al- Quran tidak diamalkan. Bukankah apabila kita tidak meletakkan satu benda ditempatnya yang betul, kita adalah zalim. Ya! Kita sedang menzalimi diri kita sendiri kerana tidak mencernakan isi kandungan Al-Quran didalam kehidupan kita sendiri, kerana itu satu- satunya mukjizat yang tidak berubah walau satu huruf pun. Al Quran tetap terpelihara buat selama-lamanya. Mana mungkin berbuih mulut kita untuk menasihati orang lain untuk mengamalkan Al-Quran sedangkan kita sendiri abaikan.. Bukankah itu menipu namanya.Apakah Datin Sri juga ingin menjadi seorang penipu seperti yang sering dilakukan oleh PM?
FIKIR2KANLAH!!!FIKIR2KANLAH!!!

Datin Sri
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA masih lagi dikekalkan sehingga hari ini. Tahukah Datin Sri ,setiap hari jutaan rakyat sedang menyumpah Dinasti Badawi( pemerintahan keluarga ayahanda dan anakanda2nya). Maaf , itulah gelaran yang diberikan oleh rakyat kepada keluarga Datin Sri.
ISA membenarkan sesiapa saja tiba-tiba secara mengejut ditangkap dari tepi jalan atau dari rumah mereka dan kemudian diumumkan sebagai seorang yang "mengancam keselamatan negara . Mereka tidak tahu apakah kesalahan mereka kerana tiada tuduhan yang khusus dibuat oleh kerajaan. Mereka tidak dibenarkan atau hanya diberikan sedikit peluang mendapat khidmat peguam dan tidak dibicarakan didalam mahkamah terbuka. Apabila mereka dihantar ke Kem Tahanan kamunting, tiada hakim yang mengadili kes mereka. Mereka tidak dihukum untuk jangkamasa yang tertentu, oleh itu mereka tidak tahu bila- jika berlaku masa mereka dibebaskan.
Apabia peguam, ahli keluarga dan juga suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tidak mudah dibenarkan berjumpa dengan tahanan, maka tahanan menanggung risiko dengan buruk atau diseksa. Mereka bukan saja diseksa secara fizikal malah mental atau kedua-duanya sekali.
Penyeksaan dilakukan untuk memaksa tahanan membuat pengakuan. Pengakuan ini tidak sah kerana seseorang yang ditahan dan diseksa akan mengaku apa sahaja kepada pegawai penyiasat kerana mereka berada dalam keadaan trauma dan tertekan. Malangnya kebenaran "pengakuan" ini tidak akan dibawa kemahkamah, tetapi hanya
diumumkan oleh Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri.

Datin sri, lihatlah betapa kezaliman ini terus bermaharajalela dibawah kuasa suami kepada Datin Sri yang menyeru rakyat membaca dan amalkan Al-Quran sebab sudah terbit dalam banyak bahasa. Apakah Datin Sri ingin terus bersubahat dengan segala kezaliman ini, yang terus menyiksa rakyat. Isteri-isteri serta anak-anak mereka terus merana kerana kehilangan sebuah kasih sayang yang terlalu amat besar makna bagi mereka. Wang tidak dapat membeli kasih sayang. Kasih sayang tidak ada milik gantinya.
Datin Sri tinggal dirumah diPutraJaya yang sewa bulanannya ribuan ringgit sehari dan menjadi jutaan ringgit setahun sedangkan keluarga dan anak-anak tahanan ISA terus menderita. Mampukah Datin Sri tidur diatas deraian tangisan air mata mereka. Kami tahu betapa deritanya Datin Sri ketika ini walaupun ditimbuni dengan harta yang melimpah ruah .Datin Sri boleh menipu kami dengan senyuman yang dipaksa tapi Datin Sri tidak boleh menipu diri Datin Sri sendiri. ALLAH berfirman: ".....Ingatlah hanya (bahawa) dengan mengingat ALLAH itu, tenteramlah segala hati" (Ar Rad:28).
Oleh itu tidak ada jalan bagi manusia untuk menenangkan hati dengan hanya kembali kepada ajaran ALLAH iaitu melaksanakan tugas hakiki Al Amru bil ma'ruf wan nahyu anil mungkar.

Datin Sri,
Akhir sekali, Boleh kah kita lupakan dengan agihan dana RM600 juta yang dibuat oleh suami Datin Sri kepada semua ketua bahagian Umno kononnya bertujuan untuk pembangunan. Bolehkah kita melupakan tiap tindakan kotor Khairy dan Kamaludin yang bergelumang dengan rasuah serta menyalahgunakan hubungan kekeluargaan untuk keuntungan peribadi? Rasuah yang diwarisi dari zaman CheDek walaupun CheDek cuba menafikan dengan mengatakan bahwa rasuah dizamannya sedikit dan dizaman suami Datin Sri banyak, lebih teruk.Betullah apa yang dikata orang..2x5=10...5x2=10. Tuduh menudauh, membuka pekung didada namun rakyat juga yang menderita...
Ada hadith yang menyatakan "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam neraka" Riwayat At Tirmizi.
Bukalah surah Al-Baqarah:188)..Rasuah tetap haram disepanjang zaman, tetap haram disetiap pemerintahan, tetap haram diseanterio dunia. Tidak adalah ISTILAH sikit atau banyak. RASUAH TETAP HARAM walaupun sesen cuma..
Kalau hendak dicatitkan disini terlalu banyak penyelewengan yang melibatkan rasuah.. Penguasaan terhadap Avenue Capital Bhd..Kontrovesi tentang pengabungan ECM Libra Capital Bhd dan macam2 lagi..Rasuah sudah terlalu berleluasa , sudah dianggap perkara biasa.
Oleh itu, kami tak mahu balanya ..lalu apa yang penting kami mahu pemerintahan Malaysia ditukar segera.

Datin Sri,
Kami tahu, Datin Sri telah menerima ribuan dan mungkin jutaan warkah dari rakyat yang marhein seperti kami, namun itu tidak penting bagi kami kerana kami tetap akan berusaha untuk mencegah kemungkaran kerana Islam kami Islam yang syumul(menyeluruh) bukannya Islam Hadhari, yang hanya sekadar menyeru yang ma'ruf tanpa mencegah kemungkaran. Inilah warkah yang akan buktikan dihadapan ALLAH nanti, bahawa ini adalah usaha yang terlalu kecil untuk kami dalam lakukan dalam sama-sama menegakkan kebenaran serta keadilan yang telah sekian lama diperkosa oleh pemerintahan BN.
Diharapkan Datin Sri dapat mengingatkan suami Datin Sri. Janganlah Datin Sri sanggup bersekongkol dengan mereka yang melakukan kezaliman. Janganlah kerana harta dan pangkat menyebabkan Datin Sri turut tergoda dengan dunia ini yang hanya diibaratkan seperti Jari yang dicelup didalam lautan, maka air melekat dijari itu nikmat dunia sedangkan lautan yang luas itu nikmat akhirat.
Semuga Datin Sri dapat fikir-fkikrkan sebelum segalanya terlambat. Penyesalan diakhirat sudah tiada membawa apa-apa erti..
Sekian

Yang ikhlas
Dew.Musl.PAS Kaw Buk Katil

2 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

bagus. Tapi panjang nau. font pulak kecik.

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

maaf prof!!..pendek nanti...tak sampai pula matlamat..