"Saya sangat kesal dengan sikap orang Islam. Mereka pandang hina pada orang macam saya. Tengok mereka bagi katil pun dah buruk, saya dah bakar.Tak boleh pakai.Kalau nak bagi pun , biarlah elok sikit."
keluhan yang keluar dari saudara baru yang baru menetap diBukit Katil.Kami hanya mendengar saja keluhan hati mereka.
"Ada juga yang bagi kami makanan dah basi, kenapa teruk sangat". Kami ini bukanlah hina sangat. Tapi kenapa orang Islam memandang kami hina. Saya dulu, ada pangkat tapi saya lari kesini bersama keluarga semata-mata kerana kami hendak selamatkan akidah kami. Kami cintakan Islam."
sekali lagi dia , selaku yang seorang ayah yang dikurniakan 7 orang anak , meluahkan perasaan hatinya. Kami terkedu seketika. Kami datang berniat baik menziarahi bagi mengeratkan persaudaraan sesama Islam.
"kenapa asyik-asyik nak ambil gambar. Nak buat apa gambar-gambar itu." suara nya mula meninggi...
" Minta maaf, bukan maksud untuk marah pada awak semua. saya tahu ,ustaz Zainal (ajk kaw B.Katil) dah banyak bantu saya. Memang orang PAS akan bantu saya. Saya hanya cakap pada orang-orang sekeliling saja. Ada yang marah bila kami anak-beranak pakai tudung.Suruh buka tudung.Patutnya dia yang ajar kami suruh pakai tudung."
Suaranya sudah agak meninggi. Mungkin sedang cuba menahan perasaan.
Begitulah diantara keluhan yang didengari sebaik saja kami menziarahi diantara rumah yang dmpbk senaraikan dalam program ziarah mingguan. Kami menerangkan tujuan kedatangan kami yang agak ramai apabila dibandingkan sebelum ini, hanya seorang atau dua orang muslimat saja yang menziarahi mereka dalam sesuatu masa.
Bersama sedikit sumbangan dalam bentuk wang juga sedikit makanan asas yang dapat kami sediakan. Meskipun tak mampu untuk menyumbangkan banyak namun itulah diantara usaha kami untuk meneruskan dakwah ini.
Walaupun kami menerima kritikan yang agak keras dari saudara baru ,itu bukan menjadi sebab untuk menghalang dakwah kami. Kami akan terus mengeratkan ukhuwah ini.
Banyak perkara yang perlu dibantu kerana mereka masih terlalu baru didalam mengenali Islam. Buat masa terdekat ini, pendekatan yang terbaik adalah dengan menyantuni mereka dengan akhlak yang mulia.
"Minta maaf-maaf banyak-banyak ustazah. Saya langsung tak marahkan ustazah tadi.Saya tahu ustazah banyak tolong saya" kata-kata terakhir yang sempat diluahkan sebaik saja aku menaiki van untuk pulang.
" InsyaALLAH , manusia sentiasa diuji dan kita akan menemui banyak perkara lagi selepas ini".
Kataku sambil tersenyum kerana gelaran ustazah yang diberikan itu agak meremangkan bulu roma kerana gelaran ustazah tak layak bagi orang seperti aku.
No comments:
Post a Comment