....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Sunday, June 28, 2009
APABILA MANUSIA JADI BINATANG
Hina besi kerana karat, hina buah kerana ulat, hina manusia kerana biadap.
Sebijak-bijak manusia, adakalanya apabila hidup tidak berpandukan ilmu, akal dan iman
ia akan menjadi manusia yang lebih hina dari binatang.
Malu merupakan kunci segala kebaikan. Apabila sifat malu sudah tidak ada lagi didalam diri manusia, maka manusia sudah tidak punyai benting lagi untuk mencegah dirinya dari perbuatan hina dan buruk malah sudah jatuh jauh dari taraf binatang.
Orang yang tidak malu, akan lakukan segala keburukan sesuka hatinya oleh kerana tiada sesiapa yang dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.
Begitulah apa yang telah berlaku disekeliling kita. Samada kita sedar atau tidak atau buat-buat tidak sedar bahawa terdapat segolongan manusia yang telah sengaja menjadikan diri mereka seperti binatang.
Pendedahan yang dibuat oleh salah sebuah majalah terkenal diMalaysia yang dengan terang dan nyata menunjukkan bahawa terdapat spesies Darwinisme yang berjantina jantan yang telah bermaharajalela mengadakan "PESTA BOGEL" buat kedua kalinya disebuah Kelab ditengah bandar raya Kuala Lumpur.
Planet baru ini , yang ditemui di Kuala Lumpur cuba menghidupkan spesies Darwinisme kembali kehabitat asal tanpa memakai seurat benang kerana ingin merasai bagaimana menjadi haiwan .
Seperti yang diketahui umum bahawa Darwin yang lahir diEngland membawa hipotesis bahawa evolusi manusia berasal dari beruk, gorila,cimpazi,orang utan, babun ...
Penerbitan "Origin of Species" atau asal Usul Species yang telah ditulis oleh Darwin pada tahun 1859, masih lagi disambut oleh oleh jutaan peminatnya diseluruh dunia.
Maka spesies Darwinisme ini yang jenis jantan dan betina , berebut-rebut untuk berbogel dan bertelentang dimana.-mana saja mereka suka tak kira samada dijalan raya, dipantai , padang atu kelab. Dengan bertujuan untuk berasa secara alamiah dan fizikal bagaimana rasanya kembali kehabitat asal mereka menjadi gorila, beruk dan sewaktu denganya.
Dan apa yang paling malang sekali apabila perayaan ini turut disambut dinegara Malaysia yang dikatakan dianjurkan oleh VVIP dari Kedah.
Perbuatan mereka yang sangat keji lagi menjijikkan ini amatlah tersangat hina diibaratkan seperti seorang Asli karnivor yang berbogel sambil melapah daging manusia.
Mereka berpesta sesuka hati , malah lebih teruk dari binatang..Gambar-gambar curi yang ditunjukkan sumgguh amat menggelikan.
Apakah pesta ini akan berterusan tanpa bantahan dari pihak yang berkuasa?
Bukankah kaum Nabi Nuh telah diazab dengan banjir yang besar..Bukankah Kaum LUT telah dilingkupkan bersama-sama bandarnya .Bukankah kaum Ad telah dibinasakan, Bukankah kaum Thamud telah dihancurkan, bukankah kaum Firaun telah dilemaskan, bukankah kaum Saba telah dibalasi.....
Nabi Lut berkata kepada kaumnya " patutkah kamu melakukan perbuatan keji , yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan bahkan kamu ini adalah kaum yang melampui batas....(Al A'araf:80-82)
Apabila kebiadapan telah sampai kekemuncaknya, tunggulah malapetaka.
"Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi,ketika matahari terbit. Maka kami jadikan negeri kaum LUT itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada dimuka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang dikenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkan. dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibanasakan itu, terletak dijalan yang tetap (dilalui orang)( Al Hijr:73-76).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment