HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Saturday, January 17, 2009

KENAPA TINGGALKAN BUKIT UHUD????

Perjalanan dari Bukit Katil menuju keKuala Terengganu pada 11 jan 2009, jam 12 malam ,memang amat indah sekali. Bertekad dengan satu keikhlasan serta keazaman demi menegakkan kebenaran adalah satu kebahagiaan. 8 jam yang dilalui terasa sekejap sahaja. Namun mungkin perlu lebih-lebih berhati-hati kerana memandu didinihari agak merbahaya sekiranya mengantuk tidak dapat dikawal. Itulah juga yang terjadi keatas perjalanan kami. Namun mungkin berkat doa menyebabkan kami terhindar dari malapetaka.Alhamdulillah.



Muslimat yang dijangka seramai 5 orang, akhirnya menjadi 4 orang saja , apabila seorang menarik diri diatas sebab-sebab peribadi disaat -saat akhir .Memang agak sukar untuk meninggalkan anak-anak dirumah yang sedang bersekolah, apatah lagi untuk meninggalkan suami dirumah untuk menguruskan anak-anak..Tidak semua suami dapat memahami apa itu perjuangan didalam Islam. Maaf,.. mungkin juga tidak memahami apa yang dikatakan mencintai ALLAH dan RasulNYa melebihi dari segala-galanya.Namun seperti yang selalu disarankan oleh Islam bahawa tugas dakwah adalah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua.Tiada pengecualian. Berjuang ertinya terkorban.Perjuangan memerlukan pengorbanan yang besar.Berserah kepada ALLAH ...Manakala seramai 12 muslimin Kaw B.katil yang juga turut serta , bersama-sama bertugas bagi membantu sahabat-sahabat di Kuala Terengganu.








Ketibaan kami disambut dengan satu perancangan yang telah tersusun rapi samada dari pehak JPN Melaka mahupun pehak Terengganu.Dua Penginapan telah disiapkan untuk muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, Muslimat ditempat berhampiran pantai yang menderu desiran ombaknya.walaupun 4 hari saja kami disana ,namun ia telah memberi pengertian yang terlalu besar buat kami.








Kami bertugas mengikut arahan yang telah ditetapkan. Hari pertama bertugas membantu mengempen dari rumah kerumah agak membimbangkan sedikit kerana loghat pendatang Melaka berbeza dengan Penduduk tempatan.Namun seperti yang selalu diyakini, hati manusia dibawah penguasaan ALLAH. Berdoa serta berharap, bekalan yang paling mantap ketika itu. Alhamdulillah, penduduk tempatan memberikan kerjasama.Kami cuba menembusi rumah-rumah pekerja dijabatan kerajaan yang mana rumah-rumah ini agak sukar ditembusi oleh penduduk-penduduk tempatan. Memang pertolongan ALLAH itu hampir. Tugasan berjalan dengan lancar sepanjang hari. Alhamdulillah..Kelihatan terlalu ramai polis berkeliaran disitu.Sehinggakan apabila kami singgah minum dikedai , kami rasakan seperti disekeliling kami dipenuhi dengan polis..Banyak kemah-kemah polis yang didirikan disana. Namun , kami tidak kisahkan itu semua. Kami bertugas kerana ALLAH..cukuplah ALLAH menjaga kami..Kebetulan terdapat kursus motivasi untuk pelatih-pelatih ditempat yang kami berkempen.Sebelah petang kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama menikmati keindahan ciptaan Illahi dipesisiran pantai



Solat berjemaah diwaktu subuh, membaca Al Mathurat serta doa-doa dipagi hari memang amat mendamaikan .Ini lah peluang yang kami ambil apabila dapat bersama-sama diwaktu-waktu yang sesingkat ini.Seterusnya kami terus kelaut, untuk menghayati betapa ,besarnya nikmat ciptaan Ilahi. Pasti setiap kali aku kelaut, maka aku mencelupkan jari aku kelaut lalu aku tenung air yang berada dijari sambil hati kecilku aku berkata-kata " Kenapakah manusia sanggup membunuh, menzalimi dan melakukan segala kemaksiatan didunia semata-mata untuk merebut kenikmatan dunia yang terlalu amat sedikit , ibarat air dijari jika dibandingkan dengan nikmat akhirat yang diibaratkan seluas lautan yang luas itu.


Hari kedua jadual tugasan seperti biasa, untuk berkempen namun manusia merancang ALLAH juga merancang, disebelah pagi , kami ditugaskan untuk bersama-sama membacakan Surah Yasin bagi kematian salah seorang ibu guru pasti disitu. Apabila ajal telah tiba, maka tiada siapa yang dapat menahannya walau sesaat jua..Sehebat mana pun kita ..pasti tidak dapat menembus langit dan pasti tidak dapat menembus bumi...





Selepas bersama-sama berdoa dan memberikan sedikit sumbangan , kami terpaksa meninggalkan majlis tersebut , kami harus menyelesaikan beberapa tugas lagi kerana kalau terleka mungkin kami kerugian.Rupa-rupanya setelah kami berada diluar, baru kami sedari muslimin dari Melaka juga ada dipersekitaran situ. Kami teruskan tugas untuk berkempen sebelum waktu zohor masuk. Kewajipan lebih banyak dari waktu.





Sebelah petang kami meneruskan tugas...tapi agak malang kali ini kerana setiap rumah yang kami pergi , tidak dapat kami temui tuannya kerana menurut kanak-kanak yang berkeliaran disitu bahawa kebanyakkan dari mereka seadang bekerja dipejabat dan berniaga.








Lalu petang itu kami sempat kemuara sungai berhampiran. Disitu kami berjumpa dengan petugas-petugas wanita KEADILAN sedang berkumpul. Mereka menetap dikawasan tersebut malangnya pada hari tersebut cermin kereta kepada wakil ketua wanita KEADILAN telah dipecahkan..




Kami singgah lagi kelaut .Kali ini aku dan N berdua cuba nak bermain air dilaut walaupun telah diberi amaran oleh Kak R , jangan masuk kedalam air. . Bahaya...Ombak agak tinggi.Namun aku dan adik N , sempat bermain air walaupun dalam kebimbangan. Inilah peluang yang ada sebab aku tak pasti bila kami akan datang lagi kepantai cendering (Pandak)ini. Sebaik saja kami naik kepantai tiba-tiba kak R bising sebab sebelah kasutnya telah hilang. Apa yang menghairankan aku ialah ..macamana kasut yang dipegang nya sendiri boleh hilang sedangkan dia tak cecah air pun.....Aku tersenyum mengusik kak R...."Nampaknya tempat duduk yang akak sangka selamat pun..masih tak selamat"...Kak R ketawa mendengar sindirin aku sedangkan dari tadi mulutnya becok menghalang kami untuk bermain air...

Hari ketiga merupakan hari terakhir bagi kami diDUN Batuk Baru ini.kami dijangka bertolak jam 12 malam nanti. Seperti biasa kami bertugas mengikut arahan.Kali ini kami mendaki rumah pangsa 5 tingkat. Penghuni terdiri dari mereka-mereka yang telah dirobohkan rumah mereka.Satu ketika dulu mereka menetap dikawasan berhampiran pantai yang kami tinggal. Tapi telah dirobohkan dengan alasan bahawa kawasan itu akan dibangunkan serta dimajukan.Akan dijadikan tempat peranginan, dan akan didirikan resort-resort..Tapi sehingga hari kawasan itu masih terbiar dan tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa perlu berhati-hati apabila berjalan kaki dikawasan tersebut kerana dikhuatiri terpijak tahi lembu.

Penghuni rumah pangsa itu ,bolehlah dikategorikan sebagai rakyat yang miskin. Mereka perlu dibantu..Terdapat sepasang suami isteri yang tua ditingkat 5. Suaminya sedang sakit, baru saja menjalani pembedahan dihospital. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana, dia perlu turun dan naik ketingkat 5 itu apabila kehospital. Ada juga ibu tunggal yang 3 anak perempuan turut menjadi ibu tunggal. Ada juga yang penghuni yang bisu ( Tak pasti samada dia saja buat2 bisu kerana malas nak melayani kami)

Terdapat juga yang tidak mahu membuka pintu. Tapi yang paling menakutkan kami , apabila salah seorang penghuni lelaki yang keluar dengan hanya memakai tuala mandi yang pendek.Sungguh menggerikan kami. Tapi kami terpaksa juga berkempen padanya diluar rumah sahaja...dia memberikan kerjasama.Dia tinggal diKL dan balik kesitu kerana nak mengundi .Dia akan balik ke KL sebaik saja dapat duit seperti yang telah dijanjikan...(mengikut sahabat aku yang tinggal..masa hari jumaat, Dr Lo Lo memberikan bantuan dikawasan tersebut, dia menyamar sebagai orang buta.).Kasihan dia kerana tidak berjiwa merdeka.

Sebelah petang kami membaca Yasin dan berdoa bermunajat ramai-ramai. Itulah senjata yang ada pada kami dengan meletak harapan yang tinggi kepada Illahi.Kami mendapat tahu terlalu banyak sogokan wang diberikan oleh BN kepada para pengundi.ALLAH Maha Mengetahui.
"Segala-galanya memerlukan wang tapi wang bukanlah segala-galanya" itulah Kata- kata yang sering diulang-ulang oleh pengarah JPN Melaka semasa di Melaka.

Seterusnya jam 5.30 ptg , kami kebandar ditemani 2 muslimin Melaka untuk membeli kasut kak R, untuk mengantikan kasut yang telah hilang semalam.Dengan hanya berselipar jepun, Kak R masuk Ke kedai Batik, N Alfa. Muslimin berhajat membeli baju isteri yang ditinggalkan. Kami kelosong membeli keropok dan akhirnya keMydin,mencari kasut kak R. Diwaktu itulah , kami nampak macam-macam ragam manusia dikala itu. Ramai orang dibandar. Kami sempat membaca bahan-bahan kempen dijalanan. Jalan raya dikawal oleh polis-polis. Seolah -olah nampak seperti sibuk tapi sebenarnya waktu itu adalah waktu pekerja pulang dari pejabat.

Malam itu rancangan untuk bertolak ke Melaka jam 12 malam ditunda kerana bila diamat-amati, agak merbahaya. Cadangan ditunda esok selepas subuh..Pelaja-pelajar yang sama menetap dirumah yang kami tinggal,mengajak kami keceramah Anwar Ibrahim , yang diadakan berdekatan disitu. Lalu aku menelepon muslimin Bukit Katil untuk menghantar muslimat yang seramai 8 orang itu..Mereka bersetuju.

Ceramah tamat jam 12 malam. Terdapat 4 penceramah pada malam tersebut. Aku lihat kesemua muslimin Melaka juga turut berada disana. Dua kali trip. Pertama menghantar kami dulu, kemudian ambil muslimin pula...

Esok khamis jam 8 pagi kami bertolak balik kemelaka. Kak R tidak balik bersama kami..Dia akan balik dihari mengundi bersama suaminya yang akan datang hari jumaat.

" Mas, nak tahu tak?"tiba-tiba Hj R bertanya selaku pemandu pagi itu.
"Pasal apa pula "? suspen juga kami yang mendengar dalam Unser itu. Muslimat Bukit Katil berempat termasuk SU Muslimat Negeri Melaka ketika itu.
"Kasihan Ketua pengarah kita (secara gurauan) kena marah malam tadi" ujar H R lagi.
Kami terpinga-pinga.."kenapa pula"..aku dah tak sabar nak tahu.
" Apa lagi...sebab tingalkan Bukit Uhud lah"...
"Bukit Uhud" Kami tak faham.

Rupa-rupanya , muslimin Bukit katil diarahkan menjaga Pos Keselamatan sehingga pagi. Penting takut dicerobohi oleh pehak musuh .Dua hari yang berlalu , muslimin menjaga sehingga 4 pagi. Tapi malam ceramah itu , pos keselamatn telah dibiarkan kosong kerana mendengar ceramah.Tapi sebaik ceramah tamat , mereka bertugas kembali.Mereka tinggalkan Pos Keselamatan hanya setakat 2 jam sahaja. Niat mereka semata-mata untuk mendapat sedikit ilmu dari ceramah tersebut.Bukannya harta benda..Tapi masa kosong itulah rondaan pula dibuat.

Aku tersenyum sendirian. Nampaknya kalau macam itu lagaknya..susahlah Melaka nak menang..(Maaf...Muslimin Bukit katil..sekadar menulis...banyak perkara yang perlu dipelajari dalam pengalaman ini..Berani untuk gagal... untuk mencipta kejayaan di Melaka... "Pengalaman adalah guru terbaik"



Walau bagaimana pun "Tahniah " buat semua. Akhirnya Kemenangan bertandang jua setelah sekian lama dirindui..Kebatilan pasti akan hancur apabila tiba masa dan ketikanya. "Jalan keluar yang tidak ada jalan keluar adalah kesabaran"..
Natijah dari kesabaran pasti kejayaan , kalau tidak didunia ganjarannya pasti diakhirat jua...

Syukran juga diucapkan buat muslimat Chandering yang telah menyantuni kami dengan baik sekali.Sikap yang gigih serta bertungkus lumus demi kebenaran , amat kami sanjungi. Walaupun mereka terpaksa membawa anak kecil dengan susah payah untuk menyusun satu kerja yang teratur, amat dihargai.

Ukhti Ros..Mak Long..sahabat-sahabat yang ditemui serta makcik -makcik yang menyediakan hidangan untuk kami, kami amat hargai. Hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.Keikhlasan kamu semua adalah menjadi salah satu menyumbang kepada kemenangan.InsyaALLAH , mungkin kita akan dipertemukan lagi 10 tahun yang akan datang.


Aku berharap Pantai Pandak( Cendering) serta tempat yang aku tinggalkan juga akan turut berubah..Berubah dari banyak segi. Semuga dengan kemenangan ini akan menjadikan tempat itu indah , dengan sistem perparitan yang tersusun serta sistem pembuangan sampah yang teratur dikawasan rumah disitu.Biarlah segala-galanya akan menjadi indah..ALLAH itu indah dan DIA sukakan keindahan...Mungkin itu akan mengambil masa yang agak lama..namun langkah pertama perlu diambil dari sekarang..

Walau pun pihak pemerintah cuba lakukan untuk menindas rakyat demi menjaga kepentingan mereka , namun kuasa masih ada ditangan kita. Kuasa mengundi dan kuasa untuk memohon kepada Pemilik sebenar alam ini.

Imbaslah kembali ketika mana Nabi Musa berhadapan, dikepung dengan tentera Firaun yang zalim manakala dibelakang adalah laut maka dengan tongkat nabi Musa lalu terbelahlah laut, maka selamatlah Nabi Musa dan pengikut nya yang beriman untuk merentasi air yang bersifat lembut tapi telah menenggelamkan Firaun dengan seganas-ganasnya dengan air juga , yang bersifat lembut.

Renungan aku setiap hari dipantai yang berombak itu , memberikan pengajaran yang terlalu bermakna bagi aku. Air meskipun bersifat lembut rupanya memainkan peranan yang besar , menjadi jundullah sebagai bicara ALLAH dalam menegakkan agama ALLAH ini. Setiap kali aku berdiri ditebing , maka setiap kali itulah aku dapati tebing itu turut berubah.
"Air yang menitis dapat membelah batu bukan kerana kerasnya batu tapi kerana seringnya menitik"..Air dimana segala-galanya bermula...Air yang bersifat lembut rupa-rupanya penuh ketegasan ...

5 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

banyaknya gambau!

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

maaf..adakalanya bila melihat gambar, baru nak baca ceritanya..syukran

Anonymous said...

allah telah menetapkan hukum dalam al-quran untuk dilaknasakan oleh makhluk di atas muka bumi ini sebagai hambaNya .. terdapat lebih 500 ayat yang menceritakan tentang hukum dalam al-quran seperti hukum hudud .. qisas .. ta'zir .. rejam .. dan sebagainya ..

jangan sesekali kita mempermainkan / mempersenda hukum yang telah allah turunkan dalam al-quran .. kerana mempermainkan hukum allah ini amat berat kesalahanya .. dan boleh menyebabkan kita dicampak kedalam neraka allah .. dulu .. kini .. selamanya ..

malangnya .. masih ada lagi orang yang mengaku islam .. tapi memperkecilkan / mempermainkan hukum dalam al-quran .. na'uzubillah .. hukum dalam al-quran tak sesuai .. rakyat akan mundur .. negara tidak akan maju .. allahu rabbi .. mintak berlindung dari bala' jahil agama ini .. :::

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

Syukran diatas nasihat Pokcu..Islam akan kembali gemilang..INSYAALLAH

Unknown said...

adooiii aiii
kalau nak tinggalkan bukit uhud.. tak payahlah poiii terengganu..duk jo kek bukit katil...

bukan sonang nak berjuang kalau dogil...kono sabar..kono laa paham.. erti perjuangan... masa kojo bukan masa nak gi dongar ceramah... nak dongar gak ceramah poiii boli cd ..banyak jual....