....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Monday, March 2, 2009
KEM KEPIMPINAN PELAJAR MAAHAD AR RAHMAH DAN AN NURIAH
Tahniah buat sekolah Maahad Ar Rahmah dari Bukit Lintang serta sekolah An Nuriah dari Sg Udang kerana telah berjaya mengadakan kursus Motivasi Kem kepimpinan Remaja Islam serta Pengurusan Organisasi Sistematik bagi pelajar pelajar nya. Seramai 100 pelajar telah menghadiri kursus yang berjalan selama 3 hari 2 malam bertempat diTaman Botanikal Ayer Keroh Melaka bermula pada 27 Mac hingga 1 mac .
" Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, merekalah orang yang beruntung" (Ali imran:104)
Kerjasama dalam satu pasukan memainkan peranan yang penting bagi menjayakan sesuatu organasasi. Sikap Penumpuan,Pengorbanan , Keikhlasan, Rapi , Teratur, Ketaatan dan kepatuhan perlu ada bagi setiap individu bagi menjamin kejayaan organisasi.
Tiada dokumentasi..lambat bertindak..Hadiri mesyuarat tanpa idea/pendapat..ketua menjadi pak turut..bendahari tidak berfungsi..ambil alih tugas orang lain..pegang jawatan untuk kemegahan adalah diantara sebab gagalnya sesebuah organisasi..
Jalan dakwah :Jalan para Ambiya
Dakwah tanggungjawab seorang muslim. "serulah kejalan tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.." kepimpinan yang berkesan adalah kepimpinan yang dipimpin oleh wahyu dan petunjuk ILLAHI. Apabila manusia lari dari kepimpinan ILLAHI maka timbullah terlalu banyak krisis, keruntuhan masyarakat..rasuah..dadah..kezaliman..pengelapan harta benda..penipuan..
Sedikit dari catitan diatas merupakan sebahagian dari apa yang telah disampaikan kepada pelajar-pelajar dikem motivasi tersebut. Dengan amat berbesar hati maka didoakan agar akan lahir kepimpinan –kepimpinan yang dapat memikul amanah-amanah ini . Insya ALLAH.
Masyarakat Islam telah bermula..
Asasnya telah menjadi nyata..
Dibangunkan oleh pemudi pemuda..
Melalui dakwah merata-rata…..
Tunggulah masa dan ketikanya..
Tenaga-tenaga itu sedang bekerja..
Mengantikan restu yang ada..
Yang telah merosakkan kehidupan manusia…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salammualaikk..
semoga Allah melahirkan ramai kepimpinan yg berilmu,iman dan beramal dari institusi ini...amin.
Post a Comment