
Alhamdulillah..puas hati aku dapat edarkan risalah "mansuhkan PPSMI" ..HIMPUNAN 100,000 rakyat pada 7 Mac ini.tak kira mana aku pergi , keklinik kah, ke kedai makan ke, kekedai runcit ke, kestesyen minyak ke..pasti aku aku hulurkan seorang demi seorang .Tak kira diworkshop ke..yang pakai baju askar kah, yang pakai tai ke, yang tengah hantar roti pun aku hulurkan..Biarlah mereka dapat maklumat yang sebenarnya kerana kebanyakkan dari mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.Tersenyum aku apabila ramai yang bersetuju dengan pemansuhan itu..Ya..MANSUHKAN Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. PPSMI membunuh masa depan Bahasa melayu dan secara tak langsung ianya juga menghina bahasa melayu.


Jangan lupa 7 mac jam 2 petang didepan Istana negara, KL
Turun ramai-ramai!!!!
No comments:
Post a Comment