ISTERI IDEAL LAGI MITHALI
Isteri Mithali idaman suami, Itulah yang dicari-cari,
Cita-cita terlalu tinggi, Selagi tak jumpa tetap dinanti.
Isteri Mithali terus dijejakki, Walau dimana ingin dimilikki
Meskipun jauh tidak dipeduli, yang pasti, tetap dihajati.
Isteri Mithali tetap diburu, walau akhlak suami masih tak menentu.
Entah bila akan ketemu, sisuami tetap setia menunggu.
Akhirnya, suami terasa hampa, Penantian sudah terlalu lama,
Letih, lenguh datang menimpa, namun Isteri Mithali tak kunjung tiba.
Lalu sisuami bermunajat. Kepada ALLAH dipohon hajat.
Kepada yang esa doa dipanjat, setiap masa,setiap saat.
Setiap doa ada balasan.Sisuami kini diberi kekuatan
AL QURAN sudah mula jadi tatapan. Itulah bacaan hari-harian.
Menemui suami akan jawapan.
Lalu, sisuami terkedu sendiri. Hajat dihati terlalu tinggi
Masakan dapat Isteri Mithali, Akhlak sendiri tak ikut nabi.
Sisuami berazam menukar wajah.Ingin berhijrah meskipun payah.
Ingin hidup berlandaskan sunnah, Ingin hidup mencontohi RASULULLAH. Biarpun sukar, tetap diredah.
Sifat RAJA dibuang sudah, Sifat EGOISME dilapah-lapah.
Sifat SOMBONG dimamah-mamah.
Sifat TAKABUR dihancurkan musnah.
Terasa SYAITAN tersungkur menyerah kalah.
Sunnah RASULULLAH contohan harian.
Bukan setakat poligami yang dibesarkan .
Hulurkan tangan, ringankan beban.
Setakat membuat air secawan bukanlah kesalahan.
Setakat menggosok sehelai baju bukanlah babanan.
Setakat menjahit satu koyakkan bukanlah siksaan.
Semua yang dilakukan ada ganjaran.
Buat manusia yang bernama insan.
Tiada beza lelaki dan perempuan.
Kerana Islam adalh agama KEADILAN.
sudah tiada masa untuk pertikaian.
Kini , sisuami mula menyedari
Isteri Mithali sukar dicari
Yang ada isteri sejati, yang ingin hidup mengabdikan diri pada ILLAHI
yang ada kalanya susah juga nak mentaati suami.
Meskipun sisuami terasa dicabar, Tapi berazam untuk terus sabar.
Kerana sisuami telah mula sedar. Itulah ujian dari ALLAH yang Maha Besar
Walaupun isteri sejati, tetap disasar.
Sisuami kini sudahlah perasan.
Semua kehendak takkan dipenuhkan.
Sengaja ALLAH bagi ujian.
Untuk ditentukan Hari Pembalasan.
Buat manusia yang bernama Insan.
Untuk memastikan, Siapakah yang benar-benar BERIMAN.
Sifat Tawadhuk menjelma lah sudah.
Menasihati isteri sejati secara hikmah.
Tanpa mengenal penat dan lelah .
Agar yang bengkuk tidak terus patah.
Agar yang keras kan bisa lemah.
Masakan dapat bayangan yang lurus elok.
Kalau asalnya dari kayu yang bengkok.
Baru terasa diri itu rendah
Baru layak digelar Khalifah
Baru layak digelar ketua rumah
Baru nampak KEADILAN terserlah
Baru kelihatan semuanya Indah
Baru kelihatan semuanya mudah
Apabila hati yang keras sudah dapat dipatah.
DAN AKHIRNYA
Sisuami bertekad kini.
Walau seribu ujian diberi.
kerenah isteri sejati sanggup dihadapi.
Tetap sabar menahan diri.
Tetap REDHA walau apa pun terjadi.
Agar melepasi cubaan yang diuji, agar tercapai cita-cita murni.
Yang masih terselit, jauh disudut hati.
Ingin memilikki Isteri Ideal lagi Mithali.
yang bukan dibumi.
Tapi...Nun Jauh disyurga Abadi.
Bidadari -bidadari yang bermata jeli.
Ummu Safurra
No comments:
Post a Comment