Sabda Rasulullah

'Nanti, akan tiba pada manusia suatu masa di mana seorang lelaki tidak peduli terhadap hilangnya agamanya asal dunianya selamat"

"Yang paling langka pada akhir zaman nanti adalah, saudara yang bisa di percayai atau dirham yang halal"

"Di antara tanda-tanda kiamat itu adalah , banyaknya orang -orang yang suka membaca Al Quran,tetapi sedikit yang memahaminya, banyaknya pejabat pemerintah tapi sedikit yang dapat di percayai, banyak nya hujan tapi sedikit tumbuh-tumbuhan"

"Apa yang akan menimpamu, kalau kaum wanitanya sudah rosak dan pemuda-pemudamu fasik, dan kamu tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran?
"
"Ya ada yang buruk dari itu adalah: kalau kamu menyuruh kepada kemungkaran dan mencegah kebaikan."

""Pada akhir zaman, di antara umatku akan ada orang yang membicarakan kamu tentang sesuatu yang tidak pernah kamu dengar dan tidak pula di dengar oleh bapa-bapa kamu, Dari itu, jauhilah mereka"

"Pada akhir zaman nanti, akan muncul seorang dari anak keturumnanku. Namanya seperti nama ku dan gelarnya seperti gelarku. Ia akan mengisi dan memenuhi bumi dengan keadilan , sebagaimana ia telah di penuhi dengan kezaliman"

"Bila umatku melakukan lima belas perkara ini, maka malapetaka akan menimpa mereka:

Bila mereka mengambil harta rampasan dengan berebutan,amanah di remehkan,zakat di anggap rugi, suami taat isteri,durhaka pada ibunya,kejam pada ayahnya, mengeraskan suara di masjid, memuliakan seseorang kerana takut pada kejahatannya, pemimpin satu kaum adalah orang yang paling hina,orang memakai sutera,minum minuman yang memabukkan,menjadikan budak belian dan muzik sebagai kebanggaan dan generasi terakhir mengutuk generasi yang pertama.."


BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU TETAP AKAN MENERUSKAN LANGKAHKU. SEBAB BAGI SEORANG PEMUDA , MATI ITU BUKAN SESUATU YANG MEMALUKAN .APABILA KEBENARAN MENJADI NIATNYA DAN BERJUANG SEBAGAI SEORANG MUSLIM...KALAU AKU TETAP , AKU TAK PERNAH MENYESAL. DAN KALAU AKU MATI, AKU TIDAK MENDERITA. CUKUPLAH UNTUK DI SEBUT DENGAN KEHINAAN, BILA ENGKAU TETAP HIDUP TAPI DI HINAKAN. ( Saidina Husain)

RENUNGAN

LIDAH

1.Lidah orang mukmin berada di belakang hatinya sedangkan hati orang munafik berada di belakang lidahnya.

2. Tidaklah lurus iman seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidaklah akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

3.Demi ALLAH, tidaklah aku melihat seorang hamba bertakwa dengan takwa yang membawa manfaat baginya sehingga dia menyimpan lidahnya.

4.Sesungguhnya lidah ini sentiasa tidak mematuhi pemiliknya.

5. Berbicaralah, niscaya kalian akan di kenal kerana sesungguhnya seseorang tersembunyi di bawah lidahnya.

6. Ketenangan seseorang terdapat dalam pemeliharaan terhadap lidahnya

7. Lidahmu menunutut , apa yang telah engkau biasa padanya.

8.Lidah laksana binatang buas, yang jika di lepaskan niscaya dia akan mengigit.

9. Jika lidah adalah alat untuk mengekspresikan apa yang muncul dalam fikiran, maka sudah sayugianya engkau tidak mengunakannya dalam hal yang tidak ada dalam fikiran itu.

10. Perkataan tetap berada di dalam belenggumu selama engkau belum mengucapkannya.
Jika engkau telah mengucapkan perkataan itu, maka engkau lah yang terbelenggu olehnya.
Oleh kerana itu , simpanlah lidahmu sebagaimana engkau menyimpan emas mu dan perakmu. Adakalanya perkataan itu mengandung kenikmatan tetapi ia membawa bencana.

11.Sedikit sekali lidah berlaku adil kepadamu , baik dalam menyampaikan keburukan mahupun kebaikan.

12. Timbanglah perkataan mu dengan perbuatanmu dan sedikitlah dalam berbicara kecuali dalam kebaikan

13. Ada kalanya diam itu lebih kuat daripada jawapan.

14. Jika akal telah mencapai kesempurnaan maka akan berkuranglah pembicaraannya.

15. Apa yag terlewat dari mu kerana diammu lebih mudah bagi mu untuk mendapatkannya daripada yang terlewat dari mu kerana perkataanmu.

16. Sebaik-baik perkataan seseorang adalah apa yang perbuatannya membuktikan.

17.Jika rengkas (dalam perkataan) sudah mencukupi maka memperbanyakan (perkataan) menunjukkan ketidakmampuan mengutarakan sesuatu. Dan jika rengkas itu di rasa kurang ,maka memperbanyakkan (perkataan ) wajib di lakukan.

18.Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyaklah kesalahannya.Dan barangsiapa banyak kesalahannya maka sedikit malunya. Barangsiapa sikit malunya maka sikit wara'nya. Barang siapa sedikit wara'nya maka mati hatinya dan barangsiapa mati hatinya maka dia masuk api neraka.

Saiyidina Ali







Saturday, January 21, 2012

AR RAHMAH BUKAN TEMPAT BUANGAN


" AR Rahmah bukan tempat  buangan . Tak dapat nak kawal anak-anak baru nak hantar ke Sekolah Ar Rahmah. Sekarang kami nak jaga kualiti, bukannya nak pentingkan kuantiti", .Kami terpaksa tapis kemasukan pelajar-pelajar  bagi mengatasi masalah -masalah pelajar yang akan mencemarkan nama baik sekolah.
Terima kasih pada ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada Ar Rahmah seawal pembukaannya 12 tahun yang lalu, meskipun dalam keadan yang dhaif ketika itu, tapi keyakinan yang penuh serta pergantungan kepada ALLAH SWT maka pada hari ini kita telah berjaya mengadakan 9 kelas dan akan dijadikan 10 kelas bermula di antara tingkatan satu sehingga tingkatan 5 dalam menampung  anak murid yang seramai hampir 400 pelajar.Walaupun masih lagi terdapat permintaan , selepas 2 minggu bersekolah, tapi kami terpaksa menolaknya dan terima kasih juga pada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan dana kepada Maahad ar Rahmah sehingga berjaya membina bangunan baru bagi membaiki kualiti yang lebih baik", demikianlah di antara ucapan yang di sampaikan oleh Mudir Maahad Ar Rahmah, Ustaz Kamaruddin Sidek  sempena program PIBG bersama ibu bapa bagi kali pertama bagi sesi 1212.


"Anak-anak pelajar mesti sematkan di hati tentang 5A ini,untuk menghasilkan kecermelangan untuk hidup di dunia dan akhirat.
Kecermerlangan yang 
Pertama- Agama/ Akidah
Kedua - Akal
ketiga - Akademik
keempat - Akhlak
kelima - Amalan hidup
Sentuhan fizikal serta menjaga emosi terhadap anak-anak amat penting dalam menentukan  kecermerlangan anak-anak  ",demikanlah di antara nasihat yang di sampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Hassan selaku penceramah jemputan pada program ini .Beliau  yang mengambil masa selama 2 jam dalam  memberikan kata-kata ransangan kepada ibubapa telah berjaya mencuit hati ibubapa.



rumah guru


bangunan baru termasuk makmal sains
Bilik darjah ,bangunan lama


 Turut hadir bersama, Tuan Hj Md Diah bin Abdul selaku Pengarah Lembaga Tadbbir serta Hj Roslee Jamaluddin , selaku YDP PIBG Maahad Ar Rahmah.
Tuan Hj Muhammad Ali selaku TYDP Kawasan B.Katil



surau
Semuga Ar Rahmah terus cemerlang dan gemilang dalam memenuhi  kelompongan serta ketempangan yang berlaku di sekolah sekolah sekular.
rumah mudir







0 comments: