HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, January 6, 2012

HARI PERTAMA SEKOLAH 2012 DI MAAHAD AR RAHMAH

" Hai!.nak masuk sekolah Ar Rahmah pun, nak kena temuduga pulak?."satu kejutan dari  seorang ibu yang ingin menghantar ke sekolah Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung, Bukit Lintang ,Melaka bagi tahun 2012.
" Dulu tak de pun, temuduga-temuduga ..Bila nak bukak sekolah, pergi daftar aja. Boleh pulak" sambung lagi si ibu dengan sungutannya , di saluti dengan sedikit kebimbangan memandangkan anaknya belajar di sekolah rendah sekular sebelum ini.


 "Ya lah, sekarang ini dah ramai emak bapak yang nak masukan anak-anak  ke sekolah ugama". Taklah macam dulu. Bukan main payah emak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah agama". Kalau dah ramai sangat pun , nanti susah juga mungkin kelas tak cukup ke, cikgu tak ramai ke..maklumlah sekolah swasta..bukan ada peruntukan macam sekolah kerajaan ".Kedengaran penjelasan dari seorang ibu yang lain yang mungkin telah ada anaknya yang belajar di Maahad Ar Rahmah.


 SYABAS !! MAAHAD AR RAHMAH yang semakin mendapat tempat di hati para ibu bapa sekarang.


"Anak saya ini tingkatan satu, baru masuk tahun ini. Saya tinggal di Cheras". Anak saya perempuan. Asrama kat sini untuk lelaki aja, Jadi saya tumpangkan anak saya kat rumah sedara kat sini jugak". Satu kenyataan dari  ibu yang nampak ceria di pagi hari pertama persekolahan di Ar Maahad Ar Rahmah bagi sesi 2012.

No comments: