Sabda Rasulullah

'Nanti, akan tiba pada manusia suatu masa di mana seorang lelaki tidak peduli terhadap hilangnya agamanya asal dunianya selamat"

"Yang paling langka pada akhir zaman nanti adalah, saudara yang bisa di percayai atau dirham yang halal"

"Di antara tanda-tanda kiamat itu adalah , banyaknya orang -orang yang suka membaca Al Quran,tetapi sedikit yang memahaminya, banyaknya pejabat pemerintah tapi sedikit yang dapat di percayai, banyak nya hujan tapi sedikit tumbuh-tumbuhan"

"Apa yang akan menimpamu, kalau kaum wanitanya sudah rosak dan pemuda-pemudamu fasik, dan kamu tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran?
"
"Ya ada yang buruk dari itu adalah: kalau kamu menyuruh kepada kemungkaran dan mencegah kebaikan."

""Pada akhir zaman, di antara umatku akan ada orang yang membicarakan kamu tentang sesuatu yang tidak pernah kamu dengar dan tidak pula di dengar oleh bapa-bapa kamu, Dari itu, jauhilah mereka"

"Pada akhir zaman nanti, akan muncul seorang dari anak keturumnanku. Namanya seperti nama ku dan gelarnya seperti gelarku. Ia akan mengisi dan memenuhi bumi dengan keadilan , sebagaimana ia telah di penuhi dengan kezaliman"

"Bila umatku melakukan lima belas perkara ini, maka malapetaka akan menimpa mereka:

Bila mereka mengambil harta rampasan dengan berebutan,amanah di remehkan,zakat di anggap rugi, suami taat isteri,durhaka pada ibunya,kejam pada ayahnya, mengeraskan suara di masjid, memuliakan seseorang kerana takut pada kejahatannya, pemimpin satu kaum adalah orang yang paling hina,orang memakai sutera,minum minuman yang memabukkan,menjadikan budak belian dan muzik sebagai kebanggaan dan generasi terakhir mengutuk generasi yang pertama.."


BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU TETAP AKAN MENERUSKAN LANGKAHKU. SEBAB BAGI SEORANG PEMUDA , MATI ITU BUKAN SESUATU YANG MEMALUKAN .APABILA KEBENARAN MENJADI NIATNYA DAN BERJUANG SEBAGAI SEORANG MUSLIM...KALAU AKU TETAP , AKU TAK PERNAH MENYESAL. DAN KALAU AKU MATI, AKU TIDAK MENDERITA. CUKUPLAH UNTUK DI SEBUT DENGAN KEHINAAN, BILA ENGKAU TETAP HIDUP TAPI DI HINAKAN. ( Saidina Husain)

RENUNGAN

LIDAH

1.Lidah orang mukmin berada di belakang hatinya sedangkan hati orang munafik berada di belakang lidahnya.

2. Tidaklah lurus iman seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidaklah akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

3.Demi ALLAH, tidaklah aku melihat seorang hamba bertakwa dengan takwa yang membawa manfaat baginya sehingga dia menyimpan lidahnya.

4.Sesungguhnya lidah ini sentiasa tidak mematuhi pemiliknya.

5. Berbicaralah, niscaya kalian akan di kenal kerana sesungguhnya seseorang tersembunyi di bawah lidahnya.

6. Ketenangan seseorang terdapat dalam pemeliharaan terhadap lidahnya

7. Lidahmu menunutut , apa yang telah engkau biasa padanya.

8.Lidah laksana binatang buas, yang jika di lepaskan niscaya dia akan mengigit.

9. Jika lidah adalah alat untuk mengekspresikan apa yang muncul dalam fikiran, maka sudah sayugianya engkau tidak mengunakannya dalam hal yang tidak ada dalam fikiran itu.

10. Perkataan tetap berada di dalam belenggumu selama engkau belum mengucapkannya.
Jika engkau telah mengucapkan perkataan itu, maka engkau lah yang terbelenggu olehnya.
Oleh kerana itu , simpanlah lidahmu sebagaimana engkau menyimpan emas mu dan perakmu. Adakalanya perkataan itu mengandung kenikmatan tetapi ia membawa bencana.

11.Sedikit sekali lidah berlaku adil kepadamu , baik dalam menyampaikan keburukan mahupun kebaikan.

12. Timbanglah perkataan mu dengan perbuatanmu dan sedikitlah dalam berbicara kecuali dalam kebaikan

13. Ada kalanya diam itu lebih kuat daripada jawapan.

14. Jika akal telah mencapai kesempurnaan maka akan berkuranglah pembicaraannya.

15. Apa yag terlewat dari mu kerana diammu lebih mudah bagi mu untuk mendapatkannya daripada yang terlewat dari mu kerana perkataanmu.

16. Sebaik-baik perkataan seseorang adalah apa yang perbuatannya membuktikan.

17.Jika rengkas (dalam perkataan) sudah mencukupi maka memperbanyakan (perkataan) menunjukkan ketidakmampuan mengutarakan sesuatu. Dan jika rengkas itu di rasa kurang ,maka memperbanyakkan (perkataan ) wajib di lakukan.

18.Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyaklah kesalahannya.Dan barangsiapa banyak kesalahannya maka sedikit malunya. Barangsiapa sikit malunya maka sikit wara'nya. Barang siapa sedikit wara'nya maka mati hatinya dan barangsiapa mati hatinya maka dia masuk api neraka.

Saiyidina Ali







Thursday, January 19, 2012

MARILAH MENGERJAKAN KEBAIKAN


 "Asalammualaikum..makcik..kenal tak siapa yang datang"?kami bertanya cuba menguji ingatannya.

"Tak ingatlah nak..siapa ini"?mak cik Joyah agak terpinga-pinga di iringi dengan kedutan muka .Mungkin makcik Joyah  cuba mengingatkan sesuatu di fikirannya.

"Makcik kenal tak Rubiah duduk sebelah rumah makcik"?Kami cuba mengingatkan makcik tentang jiran baiknya yang memberitahu kami bahawa makcik telah di masukkan ke hospital di sebabkan penyakit kencing serta tekanan darahnya yang semakin tinggi.

"Tak tahulah nak, tak ingat' makcik Joyah menjawab perlahan mungkin sedang menahan kesakitan.

"Makcik ingat tak Md zin, jiran makcik yang semalam ada ziarah macik kat sini", kami terus mengingatkan makcik Joyah pada jiran-jiran yang banyak membantunya.

"Tak tahu lah.....Tapa...Tapa...dia anak makcik" makcik Joyah menceritakan tentang anaknya.

"Md Zin , Md Zin dekat rumah makcik. Dia ada datang semalam" sekali lagi kami cuba mengingatkan makcik Joyah sambil kami menjeling sesama sendiri.

 "Bulan..bulan..itu. Ya..ada ..ada .Ya ..ada", bulan.."tiba-tiba makcik Joyah ceria sekali..Dia teringatkan jirannya  sambil berulang kali menyebut perkataan bulan.

"Ha ya..ya , Md Zin..bulan. Md Zin bulan...PAS",.Kami pula yang gembira apabila makcik Joyah sudah teringatkan tentang jirannya.

"Jadi kami ini .muslimat PAS Bukit Katil, datang nak ziarah makcik .Kak Rubiah dan Md Zin beritahu kami, makcik di hospital," dengan senang hati  kami menjelaskan setelah makcik Joyah sudah  teringatkan jirannya.


"Ya makcik ingat, Makcik ingat..Muslimat selalu datang rumah bagi sumbangan..bulan puasa.. " makcik Joyah kelihatan gembira sekali lantas minta kami membangunkan badannya yang terbaring sejak tadi.

Makcik Joyah ceria sekali dengan kedatangan kami.Usia nya yang telah melampui 70an menyebabkan dia agak lambat untuk mengingatkan sesuatu.

Jam menunujukkan 2 petang. kami terpaksa keluar sebab waktu lawatan tengahari di hospital Melaka hanya 1 jam saja, iaitu dari jam 1.00 -2.00 petang.  

Kebetulan kali ini Makcik Joyah di tempatkan diwad lama. Agak lama juga kami mencari bangunan di mana makcik Joyah di tempatkan. 

Sebenarnya kami jarang berkesempatan ziarah pesakit-pesakit di wad lama. Selalunya pesakit-pesakit yang kami ziarah di masukan ke Wad bangunan baru yang terkenal dengan sebutan aras di bandingkan dengan bangunan lama yang terkenal dengan sebutan tingkat.  

Sempat juga kami duduk berehat seketika sambil menikmati udara nyaman di bawah pokok yang sudah terlalu tua , didalam perjalanan pulang,  terkial-kial mencari van yang sudah terlupa di parking di tingkat berapa .Maklumlah bangunan baru tempat meletak kereta mempunyai 6 tingkat.

"Kalau akak pergi seorang, tentu akak balik aja. Tak tahu akak nak naik, cari  parking tingkat pusing-pusing macam ini. Nak naik lif macam imi. Takut akak. Tak sampai akak.," komen salah seorang dari kami sebaik saja SU membelok , mencari parking di bangunan baru.

Ya..Sememangnya setiap hari kita sedang belajar,apabila kita melakukan  sesuatu dalam hal-hal  kebaikan dan pastinya ALLAH akan membantu kita dari semua sudut apabila kita ikhlas untuk mencari redhanya.





0 comments: