Pertama kali masuk ke rumah Pak Ngah di Solok Gaung yang berwajah baru, agak teruja.

Pak Ngah serta makcik Aisyah begitu ceria sekali menyambut kedatangan kami, AJK DMPBK sempena meneruskan agenda kami dalam sesi ziarah yang di adakan setiap minggu.

Ramai muslimat Solok Gaung yang telah menunggu , untuk meraikan kedatangan kami di petang ahad yang redup itu.

Cuma Ketua Muslimat tidak dapat bersama-sama kami, di dalam majlis ini, memandangkan pada saat-saat akhir, Dr terpaksa ke KL di atas urusan peribadi.
Berbagai juadah menarik turut di sediakan oleh Makcik Aisyah serta Pak Ngah.


"Adalah kak..dekat situ. Akak tengok betul-betul. Pusing sebelah sana. Akak mesti nampak", sampuk salah seorang ajk muslimat.
"Wow..masyaALLAH, cantiknya..hebat ini",
"Pasang lampu..pasang lampu, nak tengok terang tak,"nada spontan ,teruja SU.
"Malam lah", kedengaran satu suara mencelah.
Kami sama-sama ketawa sebelum pulang meninggalkan rumah Pakcik Md Diah yang lebih mudah di kenali dengan nama Pak Ngah oleh tetangga di persekitaranya.
*Agak tekilan juga kerana tidak dapat mengambil gambar ketika menziarahi Tambak Paya pada minggu lepas.
No comments:
Post a Comment