
Bila hati dah gundah gelana
Angkara diri yang banyak bahana
Semua dibuat serba tak kena
Tak semena-mena...
Orang tak bersalah ditangkapnya..
Alasannya mudah saja
Berdasarkan kesalahan yang DIJANGKA
Esok hari akan berlaku satu malapetaka
Sempena persidangan DUN di Ipoh sana
Kejadian belum berlaku..
Peristiwa belum ketemu..
Tangkapan dibuat dulu..
Macam orang takut dengan hantu...
Mengalahkan TOK BOMOH yang menjaja ilmu palsu...
Nampaknya UMNO , engkau akan terus sengsara
Jalan keluar engkau semakin tersepit jua
Walau apapun tindakan yang engkau ambil kira
Hanya kebodohan engkau yang terserlah cuma
Menunjukkan jiwa engkau sudah terlalu derita
Walaupun engkau cuba tutupi dengan hartabenda negara
Tak cukupkah bukti dengan kalah ..dan kalah lagi
Walaupun engkau menguasai semua peralatan diri
Jangan sangka engkau akan terus menguasai
Kerana kezaliman tetap dibenci dan terus dibenci
Cukuplah!!! Cukuplah!!!
Engkau diibarat orang tua yang sudah tiada gigi
Yang hanya bisa mengaum ..tapi tak dapat menggigit lagi
Rumah kata pergi..Kubur kata mari..
Kenapa engkau masih tak sedar lagi...?????????

4 comments:
kau tengok iklan 'ISA halal atau haram'
"GMI diwakili oleh ADUN Hulu Langit?"
Iklan halal..tangkap orang tanpa bicara haram.
syukran kerana peka. IA...dah ubah
Saari Sungib bukan ADUN Hulu Langat. MP Hulu Langat ialah YB Dr. Che Rosli Che Mat.
Cuba kau buat homework sikit YB Saari Sungib tu ADUN mana!
Maaf ,
Saari Sungib ADUN Hulu Kelang bukan Hulu Langat. Maaf diatas kesilapan yang tidak disengajakan. Jzkk prof...
Post a Comment