Dia seorang suami mithali. Kemana saja dia, pergi, pasti isterinya akan di bawa sekali. Dia menguruskan rumah tangganya termasuklah memasak makanan harian untuk santapan isteri dan anak-anaknya.
Begitulah setianya seorang suami, saudara Jamaludin yang kini sentiasa memastikan isteri nya akan sentiasa riang meskipun isterinya telah mula hilang penglihatan sejak 3 tahun kebelakangan ini akibat dari kerosakkan retina matanya.
Dulu penglihatan matanya isterinya normal sama seperti orang lain, tapi lama-kelamaan pandangan nya semakin kabur dan kini langsung tidak boleh melihat lagi.
Dmpbk turut bersimpati denganya , memberikan kata-kata semangat serta sedikit sumbangan dalam sesi ziarah kami beberapa buah rumah ke cawangan Bukit lintang, semalam.
Sempat juga kami singgah ke warung Wanita KEADILAN, di Air Molek sempena proram mereka yang "WANITA JELAJAH KAMPUNG"(WAJAH). Sebaik kami sampai, WANITA KEADILAN sedang mengedarkan sumbangan kepada beberapa buah rumah di persekitaranya.
Alhamdulillah, dapat juga menjamah rezeki yang di sediakan.
Bersamaa WANITA KEADILAN MELAKA. |
No comments:
Post a Comment