
Di bulan ini kalian di jadikan orang-orang yang berhak mendapatkan kurnia ALLAH. Nafas-nafas kalian di Bulan ini adalah tasbih, tidur kalian adalah ibadah, setiap amalan kalian di terima dan doa kalian di kabulkan. Orang-orang yang celaka adalah orang yang terhalang dari ampunan ALLAH pada bulan yang Agung ini."
"Wahai manusia! sesiapa memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, kelak ia akan melintasi shirath (dengan mudah) , ketika semua kaki tergelincir pada waktu itu."
Dalam kesibukan umat Islam terutamanya di negeri Melaka ghairah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak beberapa hari saja lagi, yang mana yang pintu-pintu syurganya terbuka luas tapi rupa-rupanya sungguh amat malang sekali apabila kerajaan negeri Melaka begitu biadap tanpa mengambil kira perasaan umat Islam terutama di negeri Melaka, sanggup untuk melanjutkan masa operasi Pusat Hiburan
sehingga jam 3.00 pagi.

Oleh itu rakyat Melaka mesti bangkit , berani untuk bersama-sama membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang biadap
kepada Islam dan sekali gus mengantikan kerajaan PR yang lebih ikhlas melaksanakan Islam.
Muslimat PAS Bukit katil juga tidak ketinggalan bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan yang biadap itu , berkumpul secara aman selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit katil tengahari tadi. insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment