HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Tuesday, September 29, 2009

BERTUGAS LAGI!



InsyaALLAH,Dewan Muslimat PAS Bukit Katil akan menghantar 4 orang wakil muslimatnya yang gigih lagi aktif bagi membantu prk di Bagan Pinang.

Mula bertugas pada 14-16 Syawal, 3 hingga 5 Oktober 2009.

Ketua muslimat serta su dmpbk akan juga turut bersama-sama pada 5 Okt.

Semuga mendapat keberkatan dari ALLAH.

Friday, September 25, 2009

ANAK PERANTAUAN DISAMBUT MERIAH



Program sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bagi meraikan anak-anak Melaka yang pulang berhari raya di kampong mereka telah disambut meriah pada 3 Syawal 1430. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil sebagai tuan rumah. Ianya diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini Selasa lalu.



Walaupun sambutan yang diadakan pada 3 Syawal, agak terlalu awal bagi mereka-mereka yang masih lagi ziarah-menziarahi saudara-mara namun inilah peluang yang direbut bagi bersama-sama anak perantauan yakni anak-anak Melaka yang tinggal diluar Melaka.Inilah waktu-waktu yang ada bagi mereka bersama-sama keluarga diMelaka.

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil sebagai tuan rumah. Dan muslimat Bukit katil juga tidak ketinggalan dalam meraikan majlis ini,dengan menyediakan hidangan serta jamuan bagi para jemputan serta para tetamu yang hadir.

Ketua DMPKBK, DR Khatijah Jumangat , disertai dengan beberapa ajk dmpkbk, juga SU DMPNM Pn Kintan Man , Hjh Sopiah , Ketua DMPTB Pn Anida Harun juga bersama-sama dalam ini bagi bersama-sama meraikan para isteri anak-anak perantaun yang turut hadir dihari tersebut.

Tuesday, September 22, 2009

AKHIRNYA TERTUNAI SUDAH..



Dan akhirnya pada 28 Ramadhan Alhamdulillah,dikala ramai para-para ibu yang sedang menyiapkan persiapan terakhir bagi menyambut hari raya namun DMPKBK masih lagi meneruskan usaha-usaha murni dalam rangkaan menyempurnakan tugasnya dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang serta makanan asas kepada mereka yang perlu dibantu. walaupun hanya kami berlima saja,Ketua, Su,2 ajk serta seorang ahli dmpkbk yang dapat mengedarkan pada namun itu sudah cukup bagi kami untuk meneruskan usaha-usaha yang murni ini.



Dibulan puasa yang mulia , DMPBK telah memberikan sumbangan kepada 120 keluarga bagi 4 DUN, iaitu 4 DUN iaitu DUN A.Molek, B.Baru, Bachang serta A.Keroh.



InsyaALLAH usaha-usaha sebegini akan tetap berterusan tanpa mengira musim.




Apabila berhadapan sendiri dengan mereka yang perlu dibantu, apabila dilihat dengan mata sendiri bahawa betapa susahnya mereka, timbul keinsafan dihati-hati kami bahawa masih ramai yang perlu dibantu.Ada yang bukan sahaja kehilangan kaki malah tangan juga akibat dari menghadapi penyakit .
Semuga dengan usaha kami yang kecil ini, dapatlah meringankan sedikit beban mereka , ditambahi pula dengan menjelangnya hari lebaran.

DMPBKatil mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri". Sepuluh jari disusun rapi , memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan .

Sunday, September 13, 2009

MESRA BERKEBAJIKAN



Dalam kesibukkan para-para surirumah sedang mempersiapkan persiapan untuk menyambut hari raya yang hanya akan menjelang beberapa hari lagi tapi Dewan Muslimat PAS Bukit Katil merebut peluang untuk berbakti kepada masyarakat dengan meneruskan langkah lagi dengan agendanya untuk terus membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan hidup.Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,dmpbk mengedarkan barangan asas serta sedikit wang sumbangan hasil dari para-para dermawan .Bermula dari 23/24/27 dan 28 Ramadhan.



Setiap tahun dmpbk mengagih-agihkan sumbangan kepada 4 DUN, iaitu DUN A.Keroh,DUN Bachang, DUN A.Molek dan DUN Bukit Baru.



Pengziarahan dari rumah kerumah bermula jam 9.30 pagi sehingga 2 petang.


Dalam sumbangan pada 23 Ramadhan,turut bersama-sama dalam menyampaikan sumbangan ialah Ketua dmpkbk, Dr Khatijah , SU Maturah Hassan,ketua kebajikan Hjh Jamilah Abd Samad, ajk Pn Ropisah Nordin,Pn Rubiah Muhammad,Pn Hamidah Khamis,Pn sumayyah Subuh.
Bagi cawangan Kandang pn zaitun serta pn Norlela selaku ajk muslimat kandang turut bersama-sama mengedarkan sumbangan dari rumah-kerumah.>



Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat para dermawan , yang memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Usaha-usaha yang murni sebegini akan terus diusahakan secara berterusan.


------------------------------------------------------------------------------------






........Pada 23 Ramadhan juga, jam 11 pagi, bertempat dirumah Tn Hj Md Diah selaku, Ketua cawangan Bukit Lintang telah turut mengedarkan sumbangan yang berbentuk makanan asas serta wang . Penerima sumbangan telah mula berkumpul pada jam 11 pagi walaupun hujan renyai-renyai.Dr khatijah telah dijemput bagi menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal serta yang miskin dipesekitaran cawangan tersebut. Turut mengiringi ketua muslimat dmpkbk ialah SU serta beberapa ajk dmpkbk.







Tuesday, September 8, 2009

SURAT TERBUKA BUAT PENYOKONG UMNO



Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

Alhamdulillahirabbil 'alamin. Segala puji bagi ALLAH Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Mengurnia, mempunyai kekuatan, kelebihan dan ihsan.Yang memberi hidayah kepada kita kearah keimanan dan pemelihara sekelian alam. Mengurniakan kepada kita pengutusan makhlukNya yang paling mulia dan paling mempunyai kelebihan di sisiNya, kekasihNya,hambaNya dan RasulNya iaitu Muhammad s.a.w..
Selawat dan salam keatas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W,pembawa jalan kebenaran lagi diredhai.Semulia-mulia makhluk ALLAH SWT , juga kepada para sahabat-sahabat dan segenap keluarganya.

Assalamua'laikum W.B. buat penyokong-penyokong UMNO yang dihormati.
Sebagai membuka tirai bicara ini, marilah kita memulakannya dengan membaca surah Al Fatihah dengan penuh kekusyukan dan tawadhuk sambil memohon ke hadrat ILAHI agar agar diperkenankan oleh NYA.
"Ya ALLAH, berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka. Amin...! Amin...!Ya Rabbal Alamin."

Izinkan aku, insan yang kerdil lagi dhaif ini, mengambil kesempatan yang sedikit cuma, dalam menghabiskan sisa-sisa sempena bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menulis sepatah dua kata buat peringatan diri sendiri dan juga kita semua dalam ruang pesan memesan diantara satu sama lain seperti yang telah dinyatakan dalam surah Al Ashr "Demi masa.. sesungguhnya manusia benar-benar berada didalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan pesan memesan supaya menepati kesabaran" agar kita semua mendapat keredhaan ALLAH SWT didunia dan diakhirat. InsyaALLAH.

Sayugia suka aku mengingatkan diri sendiri serta yang lainnya bahawa..
walau siapa pun kita, walau setinggi mana kedudukan kita, walau sehebat mana kekuasaan kita,walau sebaik mana pun kita, walau sejahat mana pun kita ,walau secerdik mana pun kita, walau sebodoh mana pun kita.Walau semiskin mana pun kita, walau sekaya mana pun kita,
Kita tetap hamba kepada Pencipta segala Pencipta yang tiada sesiapa pun yang bisa terlepas dari pengawasanNYA.Kita tetap hamba kepada Pencipta yang agung di langit dan dibumi dan diantara keduanya.
Kita adalah hamba walau apa pun bangsa kita.Kita adalah insan kerdil yang hanya layak menjadi ....
Hamba kepada Tuhan yang wajib disembah dan ditaati..
Hamba kepada Tuhan yang menguasai alam ini secara mutlak..
Hamba kepada Tuhan Pemberi rezeki..
Hamba kepada Tuhan yang wajib dijadikan tumpuan kecintaan..
Hamba kepada Tuhan Penjaga Kemaslahatan..
Hamba kepada Tuhan Pemberi Kata Putus..
Hamba kepada Tuhan Sumber Perundangan.

"Manusia dijadikan bukan hanya sekadar untuk hidup dialam dunia saja malah akan tetap kekal hidup diakhirat buat selama-lamanya"
"Mati bukanlah penghabisan hidup malah ia adalah pertengahan jalan untuk menuju kehidupan yang kekal abadi"
Bila ditanya kepada imam Ghazali 'apakah yang paling jauh dari kita?' lalu jawapannya 'kenangan masa lalu' dan apabila ditanya'apakah yang paling dekat dengan kita lalu dijawabnya'kematian'.
Oleh itu, marilah sama-sama kita ambil masa yang sedikit ini untuk sama-sama memejamkan mata, fikirlah sejenak dengan minda yang waras dan dengan hati yang tulus ikhlas..jujurilah diri sendiri bertanya ..'dimanakah kedudukan kita sekarang'?.

Kalau kita hanya berkasut tetapi ingatlah ada orang yang tidak berkaki..
Kalau kita hanya berselipar tetapi ingatlah ada orang yang hanya berkaki ayam..
Kalau kita miskin tetapi ingatlah ada orang yang fakir
Kalau kita baik tetapi ingatlah ada orang yang jauh lebih baik dari kita..
Kalau kita jahat tetapi ingatlah ada orang yang jauh lebih jahat dari kita.
Kalau kita kaya tetapi ingatlah ada orang yang jauh lebih kaya dari kita..
Kalau kita amat berkuasa namun ada yang lebih berkuasa dari kita.

Jadi siapakah kita diatas mukabumi ini.Hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa didunia . Kita hanyalah hamba yang hina, apabila jadi bangkai , tiada yang sudi menyudu, tiada yang sudi mematok apatah lagi menghidu.Apabila masuk ketanah, tiada benda yang mampu mengiringi melainkan 3 perkara saja.

Wahai penyokong-penyokong UMNO yang dihormati,
Manusia dilahirkan bersama fitrah. Fitrah manusia rindukan kedamaian dan ketenangan.
Manusia sanggup berkorban dengan apa cara sekali pun demi semata-mata mencari ketenangan dan kedamaian.

Buatlah apa saja pun. Memanjat gunung, merentas dunia, menyelami lautan , mengumpul harta sebanyak mungkin, merampas hak orang, berdusta, memukul orang serta seribu satu macam pun namun ketenangan dan kedamaian tidak akan diperolehi tanpa mengingati ALLAH. Ingatlah Surah Ad Rad mengingatkan kita bahawa "Ingatlah! hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram".(28).Tidak akan ada kedamaian didunia, tidak akan ujud kebahagiaan dikalangan manusia dan tidak akan timbul keserasian dalam undang-undang alam dan fitrah kehidupan melainkan hanya dan hanya kembali kepad ALLAH saja.

Benarkan untuk aku menyatakan sedikit lagi bahawa hidup dibawah Naungan Al Quran adalah puncak segala nikmat yang hanya dapat dimengerti bagi orang yang merasainya, suatu kehidupan murni yang penuh berkat, suatu kehidupan yang mengangkat usia hidup ini ke puncak segala tingkat.Al Quran adalah khazanah hikmah yng maha kaya, yang akan terus-menerus menyerlah rahsianya.Al Quran mempunyai mukjizat yang tetap kekal walaupun melalui peredaran zaman. Mukjizat yang mencabar semua manusia dan jin.Mukjizat yang menjadikan semua ahli kesesatan dan pelampauan diam membisu.
Menjadi basahan kepada hati mereka yang mempunyai penglihatn dan ma'rifat.Mukjizat yang tidak menjadi usang meskipun penolakan yang berterusan dan peredaran zaman.
"sebaik-baiknya kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya (kepada orang lain)".

Wahai penyokong UMNO yang dihormati.
Kalaulah dunia Islam ini mempunyai ajal, tentulah dia telah mati terkubur dalam kurun-kurun yang lalu pada waktu mana dia terbelenggu ketat dan tidak dapat bergerak, sambil memikul beban-beban berat yang timbul dari perjalanan kebudayaan manusia yang telah berlalu begitu lama.

Akan tetapi ternyata dia tidak mati dan tidak mungkin terkubur malah bangkit meronta , memutus temali yang membelenggu dan menyingkirkan beban-beban yang dipikul dipundaknya, lalu menentang dan melawan penjajah yang beransur-beransur keriput dan tua.

Dunia ISLAM pasti bangkit dan tidak tidur lagi lantaran dari akidah yang kokoh dan teguh, akidah Islamiyah.Sekalipun kaum kolonial telah melakukan penjajahan pemikiran, kejiwaan,kemasyarakatan dan politik, namun mereka belum pernah mampu membunuh akidah Islamiyah ini.

Hari demi hari semakin menampakkan kepada umat Islam, bahawa satu-satunya jalan yang lurus ditempuh dalam rangka menciptakan keadilan sosial dalam erti seluas-luasnya, dalm rangka melenyapkan penjajahan, kezaliman dan kerusakan dari muka bumi ini, adalah JALAN ISLAM.

Wahai penyokong UMNO yang dihormati,
UMNO telah berkuasa di Malaysia selama 52 tahun mengamalkan dasar Kebangsaan.Bersatu melalui bangsa dengan menghina bangsa-bangsa yang lain adalah satu kezaliman .Mengajak manusia bersatu diatas nama kebangsaan , tiadakan tercapai matlamatnya.Mengajak manusia bersatu atas nama kebangsaan, tiadalah kesudahannya, tiada penghujungnya melainkan semata-mata simbol hunusan sebilah keris serta berkejaran mencapai pembangunan pencakar langit yang mana hanya menyebabkan manusia berlumba-lumba mencari kemewahan dunia tanpa mengira nilai-nilai murni kehidupan bagi setiap insan.
Lalu guru yang terbaik bagi nya adalah syaitan yang sentiasa mengajak manusia kepada kesesatan dan akhir nya yang berlakulah segala kemaksiatan.Lalu hiduplah kita dalam kebimbangan dan keresahan kerana dikelilingi oleh manusia-manusia yang adakalanya berhati haiwan.

Berbeza bagi pemerintahan yang meletakkan Islam sebagai dasarnya. Dengan meletakkan matlamat bahawa ALLAH adalah tempat tertinggi maka manusia akan berlumba-lumba untuk melakukan segala kebaikan bagi menepati kehendak ALLAH agar selamat hidup dunia dan akhirat.Justuru meyakini sepenuhnya bahawa ISLAM menjamin keselamatan sejagat kepada umat manusia dan membawa rahmat kesekelian alam.

Memang ALLAH sengaja menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa namun yang terpilih tetaplah Islam walau apapun bangsanya.
"Barangsiapa mencari agama selain ISLAM tiadalah akan diterima ,dan diakhirat kelak ia termasuk golongan orang yang menderita kerugian."(Ali Imran:85).

Walaupun melayu sering dikaitkan dengan Islam namun sering didapati akhlak-akhlak bangsa Melayu yang mengaku menganut Islam jauh lebih buruk lagi.Sehinggakan orang-orang bangsa lain yang cuba memahami ISLAM apabila membaca Al Quran yang menjadi panduan umat Islam terkejut, lantas berkata.."Ada Al Quran ke 2 kah? ..sebab akhlak-akhlak mereka tonjolkan selama ini ,menyimpang terlalu jauh dari Al Quran yang ada.

Walaupun setelah 52 tahun pemimpin UMNO berkuasa di Malaysia namun hasilnya amatlah malang sekali. Pembangunan yang dikejari tanpa mengira hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH didalam Al Quran, maka pemimpin UMNO sudah menjerat dirinya sendiri.Pemimpin UMNO sudah tidak mampu pergi jauh lagi diatas kesilapan yang telah dilakukan selama ini.

Walaupun pemimpin UMNO boleh berbangga dengan musabaqahnya, dengan masjidnya dengan sekolah agamanya namun itu hanya sekadar tempelan saja. Pemimpin UMNO tidak ikhlas untuk menegakkan syiar Islam hatta sekecil manapun.
Pemimpin UMNO terus menerus dengan rasuahnya.Terus menerusnya dengan akhlak-akhlak yang bertentangan dengan nilai-nilai murni yang disarankan oleh acuan Islam.

Walaupun sering dilaung-laungkan bahawa Malaysia aman dibawah pemerintahan UMNO.Walaupun sering dimomokkan bahawa Malaysia aman kerana tiada pergaduhan namun sebenarnya itu hanyalah retorik yang penuh dengan kepura-puraan.
Dimana amannya apabila perasuah, peragut, perogol, arak, pencolekan anak-anak serta banyak lagi peristiwa yang berlaku yang menakutkan kita. Kita sebenarnya tidak aman.Mampukah kita nafikan apabila dikatakan bahawa sekarang ini kita hidup bukan saja kebimbangan malah didalam ketakutan.
Kita tidak mendapat keberkatan dari ALLAH apabila kita tidak menjadikan ISLAM sebagai panduan hidup.Maka ALLAH membiarkan kita.Maka yang ada hanyalah bala demi bala yang menimpa kita terus terusan.

Demonstarasi yang sering berlaku sejak kebelakangan ini, adalah disebabkan pimpinan UMNO sendiri yang tidak meletakkan kedudukan sesuatu hukum ditempatnya betul.Undang-undang yang digubalnya sendiri tidak dipatuhi apatah lagi undang-undang ILAHI.. Itulah yang dinamakan menzalimi.

Menahan orang tanpa dibicarakan malah begitu bebas untuk menahan dan terus disambung tahanannya adalah satu kesalahan yang besar disisi ALLAH.('Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang-orang yang benar"..Al Baqarah:11)

Mengadakan pilihan raya dengan memberi rasuah kepada para pengundi juga merupakan saru kesalahan yang besar disisi ALLAH.

Terus menerus membenarkan tayangan-tayangan ditelevisyen dengan tayangan yang karut marut serta penuh dengan dunia khayalan apatah lagi dunia hiburan yang melampau , dengan akhlak-akhlak yang bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Islam juga merupakan satu kesalahan disisi ALLAH.

Wahai penyokong-penyokong UMNO yang dihormati,
Sudah sampainya untuk kamu semua menolak pimpinan UMNO yang banyak telah rosak akhlaknya. Mereka sudah tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu diatas segala ketamakkan mereka maka masakan mereka mampu mengawal rakyat yang sepatutnya dilindungi tanpa mengira kaum.Mereka tidak mampu mengadili diri sendiri masakan mampu mengadili orang lain. Masakan dapat bayangan yang lurus elok kalau asalnya dari kayu yang bengkok.

Lihatlah kebangkitan rakyat sejak kebelakangan ini. Fitrah manusia inginkan kedamaian dan ketenangan. Pilihan raya kecil saja (sejak 5 negeri telah dipegang Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2009)dimenangi satu demi satu oleh Pakatan Rakyat tanpa perlu dibayar kepada para pengundi.
Pimpinan UMNO akan terus terbelenggu dari komponennya sendiri. Hati mereka berpecah belah sebab tiada jaminan dari ALLAH untuk menyatukan hati-hati mereka yang terlalu menyimpang dari ajaran Islam.

Oleh itu , aku insan yang kerdil lagi hina ini, dengan penuh keikhlasan untuk bersama-sama mengajak kamu semua atas dasar kasih sayang untuk kembali kepada pimpinan yang ingin kepada Islam agar kita selamat didunia dan diakhirat.

Sekiranya cemekkan yang diberi diatas, surat terbuka ini, maka tiadalah aku mampu untuk berbuat apa-apa melainkan berdoa agar ALLAH akan membuka hati kamu semua untuk meletakkan Islam ditempat yang tertinggi.Hati manusia milik ALLAH swt.

Aku sekadar menulis diatas peristiwa-peristiawa yang telah berlaku diatas muka bumi Malaysia yang tercinta ini.Aku masih berprangsangka baik bahawa masih ramai diantara kamu yang cintakan Islam dan ingin menegakkan Islam.

Tapi suka aku ingatkan bahawa untuk menegakkan Islam yang syumul/sempurna bukan melalui kepimpinan UMNO.Kerana dasar UMNO adalah kebangsaan.Bangsa adalah ciptaan ALLAH.Maka berdasarkan bangsa bererti berdasarkan fikiran manusia. Fikiran manusia terlalu amat terbatas.
Firman ALLAH
"Kemudian Kami jadikan engkau berada pada satu syariat(peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan jangan engkau ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengerti.Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak darimu sedikit pun (siksaan) ALLAH.Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, dan ALLAH adalah pelindung orang-orang yang bertakwa". (Al-Jatsiyah:18-19)

Ingatlah sesungguhnya Islam yang agung ini bukanlah sebagai agama kepaderian individu. Ia adalah ad-Deen, satu cara hidup yang menghimpunkan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya umat yang mengelokkan proses kematiannya dan tahu untuk mati secara mulia,ALLAH akan mengurniakan kepada umat tersebut kehidupan yang mulia ini dan nikmat yang berkekekalan diakhirat kelak.

Tidak ada kelemahan yang lebih menghinakan kita selain dari cintakan dunia dan takutkan mati.

Oleh itu marilah kita bersama-sama, bertafakur sejenak memikirkan apakah sebenarnya tujuan kita dihidupkan. (Adz Dzaariyat:56)Dan tidak aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembahKU".

Maka jalan terbaik adalah dengan membebaskan diri dari terbelenggu menyembah sesama manusia. Rezeki dari ALLAH bukan dari manusia. Tumpuan kecintaan kita hanya kepada ALLAH bukan manusia.Tidakkah kita mahu merasakan betapa jiwa merdeka itu sebebas unggas, terbang riang diangkasa raya.Menyanyi merdu irama kalbu...indahnya....

Marilah sama-sama kita membantu pimpinan UMNO dari terus melakukan kesalahan serta kesilapan diatas kesombongan serta kejahilan mereka.
Dengan menolak dari menyokong pimpinan UMNO bermakna kita telah membantu mereka untuk memberhentikan segala kezaliman yang telah dilakukan terhadap rakyat ,apabila kuasa sudah tiada ditangan mereka lagi.

Sedarkah kita bahawa , selama dibawah pemerintahan UMNO, segala jalan ISLAM telah terselindung.Sehinggakan keindahan kesempurnaan ISLAM tidak dapat kita kecapi.Kita seolah-olah menjadi musuh dengan ISLAM itu sendiri sebab kita tidak diberi ruang untuk mematuhi hidup seperti ditetapkan oleh ALLAH lantaran gagalnya kita terdedah dengan keindahan Islam yang hakiki.
Tapi sama-sama kita lihat nanti, apabila Islam diberi ruang untuk memerintah maka baharulah rakyat(tanpa mengira kaum) tahu bahawa selama ini kita benar-benar dalam kerugian kerana mengabaikan panduan Al Quran selama ini.

Dan bagi aku, sebenarnya kamu lebih kenal sikap pimpinan kamu sekarang.Meskipun adakala kamu ingin menafikan tentang kesilapan-kesilapan serta kezaliman mereka, tapi renungilah dalam diri kamu sendiri, bicaralah dengan mata hati dengan tulus...Apakah yang sebenarnya yang mahu kamu lindungi..dan apa sebenarnya apa yang ingin dikejari dalam hidup ini.

Siapa yang sepatutnya wajib ditaati.Kita boleh menipu dalam satu masa tapi kita tidak boleh menipu dalam semua masa. Kita boleh menipu orang disekeliling kita, tapi mampukah kita menipu diri sendiri? oleh itu, letakkan tangan didada. tanyalah iman kita untuk berbicara dengan bicara hati..Jujurlah dengan diri sendiri. Janganlah berbangga dengan dosa yang dilakukan, kelak makan diri sendiri.

Sesungguhnya tiada apa yang pasti dalam kehidupan ini melainkan "kematian".
Oleh itu, sebelum semuanya terlambat untuk kita bertemu ALLAH disuatu hari nanti, maka sama-sama kita fikir-fikirkan.

Ingatlah
" Merasa puas dengan rahmat ALLAH dan keadilan ILAHI dan merasa terhindar dari segala prasangka dan waswas itulah menimbulkan kelazatan hidup"

Dan
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,sama-samalah kita merebut peluang dan ruang mencari bersungguh-sungguh malam 'Laylat al Qadr'..malam yang paling utama berbanding malam-malam lain sepanjang tahun.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran)pada Laylat al-Qadr.Dan tahukah kamu apakah Laylat al-Qadr itu? Laylat al-Qadr itu lebih baik daripada 1000 bulan".Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan.malam itu penuh kesejahteraan sampai pagi." (AL QADR)

"Sesiapa yang menghidupkan Laylat Al-Qadr dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan dosa-dosanya lalu".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semuga dipertemukan kita dengan Laylat al-Qadr..InsyaALLAH.

Akhir sekali
Kemaafan jua yang dipinta , sekiranya terdapat kekasaran bahasa.Yang baik itu datang
dari ALLAH dan yang silap itu datang dari kesilapan aku.
Namun ini adalah diantara yang dapat aku lakukan dalam harapan yang terlalu tinggi,dalam kerinduan yang mendalam , ingin melihat Malaysia yang tercinta ini , hidup didalam aman dalam ertikata yang sebenarnya.Aman dalam keadaan pemerintahnya yang adil lagi bijaksana,aman apabila meletakkan segala kedudukkan ditempat yang betul,aman apabila menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup manusia. Al Quran yang pastinya bukan panduan untuk satu bangsa saja malah untuk manusia sejagat dibumi yang sementara ini.Al Quran yang menjadi penawar, petunjuk jalan kebenaran.Bukannya dari ciptaan fikiran manusia, yang ternyata lemah ideanya.InsyaALLAH



Sekian, Wasalam
Buat renungan bersama.
Ikhlas dari
Masturah Hassan
SU DMPKBK.

Tuesday, September 1, 2009

PERINGATAN BERSAMA



'Diantara hamba-hamba ALLAH ada manusia yang tidak termasuk para nabi dan bukan pula syuhada' tetapi pada Hari Kiamat para Nabi dan Syuhada' cemburu kepada mereka kerana kedudukannya disisi ALLAh.
Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka itu? Rasulullah menjawab, 'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan, Demi ALLAH , muka mereka bercahaya.Mereka berada diatas cahaya, tidak berasa takut, tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita. Kemudian Rasulullh membacakan ayat, 'Ingatlah sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak merasa khuatir dan tidak pula bersedih hati(yunus62)
(Abu Daud, Nasai dan Ibn Hibban)