Dan akhirnya pada 28 Ramadhan Alhamdulillah,dikala ramai para-para ibu yang sedang menyiapkan persiapan terakhir bagi menyambut hari raya namun DMPKBK masih lagi meneruskan usaha-usaha murni dalam rangkaan menyempurnakan tugasnya dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang serta makanan asas kepada mereka yang perlu dibantu. walaupun hanya kami berlima saja,Ketua, Su,2 ajk serta seorang ahli dmpkbk yang dapat mengedarkan pada namun itu sudah cukup bagi kami untuk meneruskan usaha-usaha yang murni ini.
Dibulan puasa yang mulia , DMPBK telah memberikan sumbangan kepada 120 keluarga bagi 4 DUN, iaitu 4 DUN iaitu DUN A.Molek, B.Baru, Bachang serta A.Keroh.
InsyaALLAH usaha-usaha sebegini akan tetap berterusan tanpa mengira musim.
Apabila berhadapan sendiri dengan mereka yang perlu dibantu, apabila dilihat dengan mata sendiri bahawa betapa susahnya mereka, timbul keinsafan dihati-hati kami bahawa masih ramai yang perlu dibantu.Ada yang bukan sahaja kehilangan kaki malah tangan juga akibat dari menghadapi penyakit .
Semuga dengan usaha kami yang kecil ini, dapatlah meringankan sedikit beban mereka , ditambahi pula dengan menjelangnya hari lebaran.
DMPBKatil mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri". Sepuluh jari disusun rapi , memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan .
No comments:
Post a Comment