....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Sunday, September 13, 2009
MESRA BERKEBAJIKAN
Dalam kesibukkan para-para surirumah sedang mempersiapkan persiapan untuk menyambut hari raya yang hanya akan menjelang beberapa hari lagi tapi Dewan Muslimat PAS Bukit Katil merebut peluang untuk berbakti kepada masyarakat dengan meneruskan langkah lagi dengan agendanya untuk terus membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan hidup.Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,dmpbk mengedarkan barangan asas serta sedikit wang sumbangan hasil dari para-para dermawan .Bermula dari 23/24/27 dan 28 Ramadhan.
Setiap tahun dmpbk mengagih-agihkan sumbangan kepada 4 DUN, iaitu DUN A.Keroh,DUN Bachang, DUN A.Molek dan DUN Bukit Baru.
Pengziarahan dari rumah kerumah bermula jam 9.30 pagi sehingga 2 petang.
Dalam sumbangan pada 23 Ramadhan,turut bersama-sama dalam menyampaikan sumbangan ialah Ketua dmpkbk, Dr Khatijah , SU Maturah Hassan,ketua kebajikan Hjh Jamilah Abd Samad, ajk Pn Ropisah Nordin,Pn Rubiah Muhammad,Pn Hamidah Khamis,Pn sumayyah Subuh.
Bagi cawangan Kandang pn zaitun serta pn Norlela selaku ajk muslimat kandang turut bersama-sama mengedarkan sumbangan dari rumah-kerumah.>
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat para dermawan , yang memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Usaha-usaha yang murni sebegini akan terus diusahakan secara berterusan.
------------------------------------------------------------------------------------
........Pada 23 Ramadhan juga, jam 11 pagi, bertempat dirumah Tn Hj Md Diah selaku, Ketua cawangan Bukit Lintang telah turut mengedarkan sumbangan yang berbentuk makanan asas serta wang . Penerima sumbangan telah mula berkumpul pada jam 11 pagi walaupun hujan renyai-renyai.Dr khatijah telah dijemput bagi menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal serta yang miskin dipesekitaran cawangan tersebut. Turut mengiringi ketua muslimat dmpkbk ialah SU serta beberapa ajk dmpkbk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment