Dewan Muslimat PAS Bukit Katil sekali lagi menyahut cabaran bagi sama-sama membantu untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan diPermatang Pasir setelah Allahyarham Dato' Mohd Hamdan YANG telah pergi meninggalkan kita.Allaryarham telah dapat mengekalkan kemenangan tiga kali berturut-turut.
2 wakil Muslimat Bukit Katil , Rubiah Muhammad serta Maryam telah pun berangkat dengan menaiki bas express untuk ke Permatang Pasir semalam , 17 Ogos bersamaan dengan hari penamaan calon.Kedua-dua wakil muslimat Bukit Katil begitu bersemangat sekali untuk bersama meraih kemenangan seterusnya walau mereka baru saja balik dari PRK Manek Urai.
Adalah amat penting untuk memastikan bahawa PAS menang lagi kerana ianya merupakan satu simbol gabungan keakraban yang sedia ada dalam Pakatan Rakyat.
1 comment:
Ramadhan adalah musim meraih kebaikan .Ia adalah musim bagi golongan muttaqin dan peniaga salihin.,
Post a Comment