HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Tuesday, February 17, 2009

BUKIT KATIL...MENGORAK LANGKAH...



ALHAMDULILLAH....PAS Kawasan serta Dewan Muslimat Kawasan Bukit Katil akan bersama-sama mengorak langkah bagi memastikan bahawa syiar Islam akan terus tertegak dimuka bumi ALLAH ini. Sekali lagi kelas cambah fikiran diantara semua ajk kawasan telah diadakan selama satu hari bertempat disalah sebuah hotel diBandar Hilir baru-baru ini.Semuga Takwim kali ini akan lebih memberikan kesan demi menjayakan satu perjuangan samada dalam satu matlamat jangkamasa pendek atau matlamat jangkamasa panjang.

Yang pentingnya, hasil dari perbincangan itu dapat memberikan suntikan bagi setiap lajnah-lajnah yang terlibat bagi menjayakan perancangan yang telah dibuat bersama. Ini memerlukan penglibatan oleh semua ajk serta pengorbanan serta kesungguhan bagi menghasilkan natijah yang diinginkan.

Tugas-tugas ini merupakan satu amanah yang mesti dipikul. Ianya satu tugas yang perlu diambil tindakan secara serius yang pastinya bukan hanya menjadi satu kertas kerja yang tersusun didalam fail semata-mata. Ianya bukanlah sekadar satu teori ..yang mana apabila sampai tempoh ..maka satu teori lain yang dikemukakan.

Setiap diri bertanggungjawab diatas amanah ini..Tidak ujud istilah bahawa aku ini.. "Melukut ditepi gantang"... atau ..tak palah ! ramai orang lain lagi yang boleh buat..."Rebutlah peluang serta ruang sebab apabila kita menghalang maka ditakuti ianya terus hilang"...maka rugilah kita...kerana masa yang pergi tak mungkin akan kembali lagi..Hidup ini hanya sekali...Tiada istilah cuba-cuba...ISLAM menyarankan agar membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

Semuga kita terus bersama-sama dapat membentuk acuan yang ISLAM kehendakki samada kita dapat melihat hasilnya atau tidak. Memang bukan kita yang mulakan dan bukan kita yang mengakhirinya...ia berterusan.."Muafakat membawa berkat". Jadilah insan yang sentiasa bantu-membantu , bersatu padu serta tolong menolong dalam kesejahteraan hidup.



Sama-samalah kita menyedarkan diri kita bahawa dalam hal bekerjsama untuk kebaikkan maka apabila paha kanan dicubit maka peha kiri juga terasa sakit..

Usahlah dibiarkan walaupun seorang sahabat yang terasa dirinya dianiaya dikala bersama-sama. Jangan biarkan hanya seorang sahabat saja yang menyusunkan kerusi tanpa prihatin dari sahabat-sahabat yang lain. Mungkin ini dianggap remeh tapi didalam Islam tiada yang remeh . Semua pekerjaan yang dilakukan walaupun sebesar zara pun akan dicatit juga.Dan yang pastinya..siapa yang melakukan akan mendapat pahala..dan tidakkah kita mahu merebut pahala ..dan yang tentu paling membahagiakan bukan saja kerja yang dilakukan bersama-sama dapat mengambil masa yang sedikit malah setiap semua mendapat ganjaran pahala bersama. Cuma pastikan kerja itu kerana ALLAH bukan terpaksa atau manusia.

Semuga usaha yang dilakukan walaupun kecil mendapat keberkatan dari ALLAH lantas diberinya kemenangan dunia dan akhirat..INSYAALLAH..

Kami orang Islam...
Memikul amanah besar...
Ilmu ..Iman...Amal...
Merangkai satu gagasan.

Dipelusuk dunia..dimayapada..
Islam berkembang ..menentang badai..
Tiada beza sesama kita..
Disisi ALLAH nilainya taqwa..
..

5 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

DAH SETAHUN AKU NAK JOIN PAS MELAKA TAK DAPAT DAPAT.

ORANG MELAKA NI HANG TUAH SANGAT KE.

ATAU CANGGIH SANGAT.

DAH CAKAP PADA SOFI.
DAH CAKAP PADA HJ. MD YASIN
DAH CAKAP PADA HJ. BAKRIN
DAH CAKAP PADA HJ.MD. DIAH

ATAU MEREKA NI JENIS SIPUT?

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

@ mungkin mereka ini rasa prof yang canggih kot?

@ mungkin mereka tak berapa jelas tentang maksud join itu?

Abd Halim Said said...

Awat lagu tu tuan. Cakap je memang le macam tu. Dapatkan le borang ahli , isi dan hantar semula insyallah kan sekarang ni tengah kempen Jom sertai PAS. Kalau depa tak de borang habag kat cek , insyallah boleh chek uruskan.

Hamirdin b Ithnin said...

saya dah jadi ahli PAS mungkin sebelum awak lahir lagi.


Saya dah tubuhkan cawangan PAS mungkin lebih banyak daripada seluruh cawangan di Negeri melaka.

Saya pun dah tubuhkan sebuah PAS kawasan.

Cuma nak beralih angin.

Cuma sepoi tidak betiup

jgn marah!

Abd Halim Said said...

Laa ni kes nak tukar cwgn/kawasan le ni . Apa nak susah , buat aje surat pd PAS Pusat , nyatakan tuan nak tukar "angin"@ nak balik kg. Nak curah bakti kat kg halaman ke atau apa-apa aje le berserta cwgn@kawasan baru tu... Kalau segede-gede cwgn dan kawasan boleh tubuh takkan le perkara sekonit ni tak leh nak buat. Bisa diatur pak ..