HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, February 12, 2009

SEJARAH AKAN BERULANG




Engkau menjelang tiba...
Dengan tawa riang...
Membawa kenangan lama...
Sejarah akan berulang...


"Pada 6 mei 1964, lebih dari 10,000 rakyat, telah berkumpul diKota Lama kiri, Kuala Kangsar bagi bersama-sama dihari pengkebumian Jenazah Profesor Zulkifli Ahmad serta isterinya, yang meninggal dunia disebabkan satu kemalangan jalan raya berlangar dengan sebuah Land Rover.


walaupun Tuanku Abdul Rahman telah menerangkan di Dewan Parlimen bahawa perlanggaran itu bukannya satu perbuatan khianat namun berbagai tanggapan serta sangkaan yang muncul ketika itu.


Kematian mereka berlaku didalam kesengitan persengketaan politik diatara PAS dan UMNO.Ketika itu bahan kempen pilihanraya 1964 masih belum reda. Prof Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi penggal kedua.

Dato' Profesor Zulkifli Muhammad telah dilahirkan di Kota Lama Kiri Kuala kangsar,Perak pada 22 Mac 1927.(1927-1964)

Beliau bercita-cita melengkapkan dirinya sebagai seorang ulama' dan juga mendalami ilmu-ilmu Barat seperti psikologi, ekonomi, b.Inggeris, Sains, Biologi, Kurikulum, Falsafah,Undang-Undang Antarabangsa dan Sejarah.

Beliau ditawarkan untuk menjadi mufti oleh kerajaan Perak ketika itu, tetapi ditolaknya kerana itu menyekat jiwa dan fikirannya.

Pada tahun 1954 UMNO malaya telah menawarkan jawatan Setiausaha Agung ,pun beliau menolaknya.

Zulkifli bertanding atas tiket PAS pada tahun 1955.

Pada Muktamar PAS ke 5 , 25 Disember 1956 , beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS.

Puluhan ribu orang Melayu berhimpun dirapat-rapat umum ketika beliau berucap.Beliau lebih terkenal dikalangan orang melayu jika dibandingkan denagn Tunku Abd Rahman dan Tun Abdul Razak.

Beliau wakil rakyat yang sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan, samada persidangan itu 1 minggu atau 2 minggu atau sebulan mahupun 2 bulan.

Beliau mencatat sejarah apabila berucap selama 4 jam di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang undang-undang Malaysia.

Beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menarik balik pengiktirafan keatas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Ketika Tun Abdul Razak merayu agar Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960, beliau dan ahli-ahli parlimen PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah disalahgunakan demi kepentingan UMNO.

Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis politik pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen Pas seperti Nik Abdullah Arshad dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan kemudiannya dibawah akta tersebut..."

----------------------------------------------------------------------------------
2..
" Dr Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca dari serangan lelah. Sebenarnya Dr burhanuddin Al helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau telah dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih sembuh.

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.

Penjajahan British menahan beliau kerana penulisannya dalam majalah "Taman Bahagia'
yang membela umat Palestin.

Beliau ditahan British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka agar orang Melayu tidak menyerang gerila kaum Cina yang berjuang didalam hutan kerana menentang British.

Beliau ditahan dibawah ISA pada januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Beliau jatuh uzur dalam tahanan .Pada Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Diantara syaratnya dalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik bakik pada 22 September 1969.

Sebagai seorang Aktivis Dakwah dan Politik, beliau memegang 15 jawatan .

Beliau fasih dalam bahasa-bahasa Arab, Inggeris, Belanda, Jerman dan Urdu

Beliau bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu Muda(KMM) tahun 1939 dengan tujuan menentang penjajahan British.

Diatas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

Inilah ungkapan pantun pusaka beliau ketika berucap sebagai pemimpin tertinggi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945 dalam rapat umum besar-besaran di Melaka pada Disember 1946.

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, beliau masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Beliau bersetuju menyertai PAS pada Disember 1956.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu mat diterima rakyat, khasnya dikalangan melayu sehingga PAS meraih kejayaan pada tahun 1959.

Diatas kejayaan ini, Parti Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS dibawah pimpinan beliau.Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.
Oleh itu dalam pilihanraya 1964, Suruhnajaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak betanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Beliau menghasilkan beberapa buah politik.

Beliau juga menulis dalam bidang kerohanian dengan tajuk "Tasauf dan Tarikat" 1966.
Buku ini telah diterbitkan oleh sebuah syarikat dibawah H Abdullah bin H Nordin Arrawi..(Bapa kepada Tn Guru Yusuf Rawa dan semesti datuk kepada Dr Ust Mujahid..MASYAALLAH)

Beliau juga anak kelahiran Perak. Nama sebenarnya Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 diChangkat Tualang. (1911-1969)"


Demikanlah diantara sedutan yang sempat aku catitkan bagi dua orang tokoh dalam buku 'TOKOH GERAKAN ISLAM MALAYSIA'..yang ditulis dan disusun oleh Tn Hj Saari Sungib. Terdapat lima orang Tokoh didalamnya..Aku telah membaca buku itu pada tahun terbitannya iaitu Dis 2005. Buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat buat aku. Memang aku telah lupa akan isi kandungannya cuma aku dapat tampalkan 'penanda buku '(book-markers) yang terdapat gambar kelima-lima Tokoh tersebut diBalai Islam Bukit Katil. Memang penanda buku turut disertakan dalam penjualan buku yang hanya benilai RM 5.00 saja tapi nilaian isi kandungnnya dalah ratusan tahun.

Dan... kemelut yang berlaku diPerak pada masa sekarang menyebabkan aku terpanggil untuk mengulangi membacanya. Sejarah tidak pernah menipu. Walaupun, fakta ini tidak pernah disebut semasa aku dibangku sekolah, namun Alhamdulillah dengan adanya hasil- hasil tulisan yang sebegini..kebenaran pasti terserlah jua akhirnya.

Mereka adalah pejuang tetapi kerajaan UMNO- Barisan Nasional tidak pernah mengiktiraf mereka dan pejuang-pejuang seangkatan dengannya sebagai pejuang -pejuang kemerdekaan

Semuga dengan terbitnya buku ini maka hasrat untuk sentiasa memperingati serta menghargai sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh ulung PAS yang telah melalui pelbagai ujian getir dalam membangunkan gerakan Islam, dapat sentiasa menaikkan semangat perjuangan dan pengorbanan bagi para pejuang kebenaran..INSYAALLAH

Semasa aku bersekolah di MGS , Jlan Young ( nama Lama), bersebelahan Masjid Negara , aku sering kemakam Pahlawan serta sering ketugu Negara hasil dari momokan dari fakta yang tidak sebenarnya.

Perak serta Ipoh adalah tempat terakhir aku tinggal sebelum aku terus menetap di Melaka. Medan Kid..Stesyen Keretapi..Mubarak Store..Canning Garden..Taman Cccempaka..masih jelas diingatan..
Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat aku dikurniakan Hidayah. Naqib serta naqibah aku masih ramai disana.



2 X aku jatuh diPerak. Sekali aku jatuh semasa diatas pokok besar (dah lupa buah apa yang nak dipetik) kampung kawan aku, diManong Kuala Kangsar ketika aku ditingkatan 2 tahun 1977 dan sekali aku jatuh cinta dengan Hidayah ALLAH yang Maha Agung lagi Perkasa semasa aku belajar disana..


PERAK
Engkau...sekali lagi mencipta sejarah!!!!
Apakah bukit-Bukit itu....???

No comments: