
"Umi, orang nak ikut tau, datang rumah orang dulu, tidur sini, hari sabtu kita naik keretapi' ,siang-siang lagi suara anak sulong aku dah mengingatkan aku bahawa dia ingin menyertai 'BERSIH 3'.
Aku terdiam seketika. Bersetuju tidak , tidak bersetuju pun tidak.Aku teringatkan dua anak kecil itu. Biasalah orang Melaka, mengelar diri sendiri dengan perkataan 'orang' apabila bercakap bersama keluarga sendiri.
Aku terdiam seketika. Bersetuju tidak , tidak bersetuju pun tidak.Aku teringatkan dua anak kecil itu. Biasalah orang Melaka, mengelar diri sendiri dengan perkataan 'orang' apabila bercakap bersama keluarga sendiri.


Terkepung di Kg Baru di tahan polis lelaki dan wanita berderetan, di tanya soalan demi soalan,macam penjenayah, di geledah beg bagaikan tak bermaruah, di ambil gambar berkali-kali bagaikan artis popular bersama kak kintan, kak limah dan K.Sopiah semasa di BERSIH 2.0.
Tapi kali ini untuk membawa 2 anak kecil, agak payah. Ragam anak-anak kecil terutama dalam himpunan ratusan ribu manusia memang bukan nya mudah.
Untuk BANTAH demi BERUBAH memang lah PAYAH terutama bagi pemerintah yang sudah terlalu banyak makan RASUAH.
Jam 10.30 kami telah sampai di Central market.
YDP Bukit Katil menyapa.Dia bersama anak lelakinya.
Beberapa muslimin Bukit katil telah ada di situ termasuk suami aku.

Akhirnya jam 1.45 petang, tinggal aku bersama 3 orang anak perempuan serta 2 orang cucu, mewakili muslimat Bukit Katil di Central Market. Anak-anak kecil bermain dengan belon pemberian dari seseorang . Kami tak pasti siapa orang itu tapi dia di kalangan polis yang mengelilingi kami di situ.

"Umi nak pergi, yang lain tinggal sini, jangan pergi mana-mana sampai umi datang balik" aku cuba juga untuk pergi .
"Hei..hei ..orang nak ikut, orang pun nak ikut ,kita pergi semua", anak-anak aku merayu. Aku batalkan rancangan aku. Kami terus terleka dengan keletah anak kecil itu.
"Ha..ha ..sana dah kena tembak, sini pun kena tembak" aku bergurau dengan cucu aku yang kelihatan sedikit pucat apabila belon nya meletup.Beberapa kumpulan yang ada di situ termasuk polis yang di situ memandang ke arah aku.Memang kami duduk bersebelahan dengan polis-polis yang memenuhi di ruangan di situ.
Tiba-tiba kami lihat dalam lima atau enam orang polis berlari- lari datang dari satu arah, mencacau mendapatkan air untuk mencuci muka. Kelihatan mereka kepenatan. . Mungkin mereka juga turut terkena gas pemedih mata buat pertama kalinya.
"Kak, bawa anak-anak kecil ini ke Masjid Negara. Sini tak selamat.Asap ini bahaya", tiba-tiba seorang polis mengarah kami. Kami sudah terhidu sedikit bau gas dan kami mula nampak asap sudah berada di belakang bangunan Central Market.
"Kak, ikut jalan ini, dekat sikit nak ke Masjid Negara" seorang polis muda menunjukkan arah.Kami berlalu meninggalkan Central Market tanpa mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Sempat juga aku tunjukkan pada anak-anakku , Sekolah MGS yang bersebelahan Masjid Negara. Itulah tangga belakang yang sering aku gunakan sebaik sampai kesekolah. Di sekolah itulah yang aku belajar satu ketika dahulu.Sudah menjadi kebiasaan aku berjalan kaki untuk ke pasar ,apabila membeli apa-apa barang keperluan di dalam ujikaji di kelas. Memang aku berminat di dalam bidang sains.
Hari ini, kelihatan ramai polis berkumpul di kaki tangga yang aku sering naik suatu ketika dulu. Mereka berhimpun di situ. Tiba-tiba hampir jam 5 ptg , polis menutup laluan di depan masjid negara . Semua kenderaan yang lalu di hadapan Masjid Negara terpaksa berpatah balik. Setiap kali kenderaan berpatah balik. polis-polis yang berhimpun di situ akan bersorak beramai-ramai.

Tak tahulah siapa yang akan menjadi mangsa pada kali ini, meskipun jam telah hampir 5 petang.
Aku teringatkan , suami, anak-anak lelaki ku, menantu , orang-orang Melaka dan semua yang masih berada di sana.Cuba membayangkan apa yang sedang berlaku. Cuma doa yang dapat di panjatkan dalam saat segenting itu.
Esokya, kedengaran salah seorang anak sahabat kawasan Bukit Katil, tertangkap manakaka anak-anak kecil itu, berbangga melihat gambar ayahnya yang bertindak berani meskipun risikonya tinggi.
TAHNIAH BUAT KITA SEMUA.
DUDUK -BANTAH
BERDIRI -BANTAHBERLARI-BANTAH
BERKEJAR-BANTAH
DI KEJAR-BANTAH
MENDAKI-BANTAH
TENGGELAM -BANTAH
BAYI-BANTAH
BUDAK-BANTAH
DEWASA-BANTAH
WARGA EMAS-BANTAH
PEREMPUAN-BANTAHLELAKI-BANTAH
DALAM KAMPUNG-BANTAH
DALAM BANDAR-BANTAH
DALAM NEGARA- BANTAH
LUAR NEGARA-BANTAH
MELAYU-BANTAH
CINA- BANTAH
INDIA-BANTAH
MAMAK-BANTAH
SIKH-BANTAH
BANTAH TETAP BANTAH
WALAU TERMUNTAH-MUNTAH
WALAU BADAN DI BELASAH
WALAU BERDARAH
WALAU PARAH

AKHIRNYA BERUBAH
DAN PASTINYA INDAH
APABILA KEBENARAN TERSERLAH
WALAUPUN BERGELUMANG SAAT-SAAT YANG PAYAH
DEMI MELAKAR SEJARAH
mas
"Daku hairan kepada orang yang hanya memikirkan perutnya (makanannya) namun dia tidak memikirkan akalnya. Kemudian menjauhkan apa yang mengganggu perutnya, namun dia membiarkan sesuatu yang dapat menjerumuskannya (Ke dalam neraka)
"Jika kamu inginkan sesuatu keperluan maka carilah ia melalui ahlinya.Lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau, "wahai cucu Rasulullah! siapakah yang di maksudkan ahli itu?". Beliau menjawab , "iaitu orang yang kisahnya di sebut oleh ALLAH di dalam Al Quran, ketika ALLAH berfirman,"sesungguhnya yang boleh mengambil pelajaran hanyalah Ulul al-Bab (orang yang berakal)
No comments:
Post a Comment