HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, October 29, 2010

KASIHAN!

Kasihan!  .. mungkin itulah perkataan yang paling  mudah untuk di sebut, apabila melihatkan berbagai-bagai tragedi yang begitu sadis, amat memedihkan hati, yang saban hari menimpa  ke atas kaum wanita. 
Dari pembunuhan Altantuya yang di bom , tragedi pembakaran Datuk Sosilawati yang , kesah seorang ibu yang ingin di campak dari tingkat yang tinggi, kesah isteri yang di sepak terajang ,   dan 1001 macam lagi deraan yang telah di ketahui umum, yang tidak perlu di nyatakan lagi.
Memang amat malang  apabila kejadian-kejadian yang amat memedihkan hati ini , di lakukan oleh  mereka-mereka yang mengaku beragama Islam tapi akhlaq mereka begitu hodoh seperti haiwan. 
Kesah seorang suami yang sanggup kencingkan ke muka isteri nya  juga , tidak kurang menariknya..Apalah yang dapat di harapkan lagi kepada seorang suami yang bersikap sebegitu keji. Isteri  yang sepatutnya di hargai, telah dianggap seperti haiwan.

Islam telah mewajibkan kepada para suami supaya berbuat baik terhadap isteri, berbicara dengan cara yang sebaik-baik , bermuamalah , bergaul dengan baik kepada isteri meskipun dia benci dengan isterinya. Ini merupakan satu pengiftirafan  yang tinggi yang di berikan oleh ALLAH kepada wanita. Bukankah ALLAH telah berfirman: 'Dan bergaullah dengan mereka secara yang patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak'..(An Nisaa:19).

Rasulullah di utuskan demi menyelamatkan kemanusiaan dan membuktikan kepada alam sejagat akan kejayaan risalah yang di bawanya. Rasulullah contoh umat. Kalimah syahadah yang  di sebut, yang bersaksikan bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan nabi Muhammad Pesuruh ALLAH sekaligus merelakan diri kita untuk menjadi Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita tanpa adanya pilihan kedua. 


Rasulullah sehebat-hebat manusia. Beliau bukanlah merupakan manusia agung dalam pengertian yang sempit.Beliau kekasih ALLAH . .Namun beliau mempunyai cinta yang mendalam terhadap isteri-isterinya. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Rasulullah pernah membongkokkan lututnya untuk di pijak oleh Saidatina Safiah untuk menaiki kenderaan dan pernah pada satu masa unta yang mereka naiki ,  tersadung lalu mereka berdua terjatuh. apabila orang ramai datang untuk menyelamatkan Rasulullah, maka Rasulullah berteriak mengatakan bahawa 'wanita mesti di tolong dahulu'. 
Pernah satu ketika semasa mengadakan permainan akrobatik dari Habsyah, Saidatina Aisyah meletakkan dagunya di bahu Rasulullah dan baginda berulangkali brtanya , apakah saidatina Aisyah berpuas hati dengan pertunjukan itu. Dan didalam pertandingan lumba lari  bersama isterinya, ada masanya  Rasulullah kalah,dan adakalanya Rasulullah pula yang menang.

Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Begitulah di antara akhlak yag di tunjukkn oleh pemimpin yang agung ini. Beliau  seorang yang dapat memahami kekegembiraan dan kekesediahan orang lain.Beliau seorang yang amat di senangi oleh orang-orang di sekelilignya.




No comments: