....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Tuesday, October 19, 2010
BILA ANAK KECIL JUGA TURUT BERTANYA
"Asalammualaikum..macik.. boleh saya bincang ?" tiba-tiba seorang anak kecil yang baru balik dari sekolah masuk ke kedai aku.
" Apa? ..adik sebut bincang..?' aku agak terkejut dengan pertanyaan anak kecil yang masih berpakaian seragam sekolah itu.
"Nak bincang pasal apa..awak nak tunangke atau awak nak kahwin? aku sengaja mengusiknya.
"Bukaaan lah makcik" dia kelihatan sedikit marah sambil menjeling ke arah aku.
Aku tersenyum dengan gelagat anak kecil yang nampak bijak walaupun telah kehilangan ayah
.
"Saya nak tanya pasal hari jumaat itu. Apa sebabnya depan kedai makcik ramai orang kumpul? anak kecil itu berterus terang."
"Oh ..nak bincang pasal itu rupanya..ingatkan tadi nak bincang pasal kahwin"' aku ketawa kecil .
Anak kecil itu tersipu-sipu.
"Tanya pakcik..pakcik terangkan" aku menyuruh anak kecil itu duduk berhadapan suami aku agar dia dapat penjelasan yang sebenarnya.
Setelah di terangkan serba sedikit tentang mengapa bantahan di lakukan terhadap pencerobohan surau dan PASTI di Bukit Katil dengan bahasa yang paling mudah untuk di fahami bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun , ternyata anak kecil itu tidak berpuas hati .Kerutan di wajahnya jelas menunjukkan dia turut tidak bersetuju dengan pencerobohan itu.
"Adik setuju tak , kalau surau di robohkan"? aku bertanya lagi setelah melihat memek mukanya yang menunjukkan sedikit penyesalan dengan apa yang di lakukan terhadap surau dan PASTI.
"tak lah makcik....tak suka" anak kecil itu bersungut
"sebab"? aku bertanya lagi sengaja untuk menguji mindanya.
"Surau tempat kita sembahyang. Kita sembahyang kat situ. Dia orang tak sembahyang kat situ .Dia orang tak boleh robohkan surau itu" jawab anak kecil . Tanda tanda kemarahan jelas di wajahnya.
Aku tersenyum seketika betapa anak kecil ini, sedangkan memikir tentang kenapa orang melayu yang mengaku beragama Islami sanggup nak merobohkan surau serta PASTI .Itu merupakan di antara soalan-soalan yang di tanya kepada suami aku ketika mereka sedang berbincang.
Anak kecil itu, mengingat aku kepada peristiwa demo di Bangsar , pada tahun 1974, ketika itu aku baru darjah 5..aku bersekolah di Bangsar. Sepanjang perjalanan balik dari sekolah, aku lihat di antaranya pondok judi TOTO yang terletak di hadapan Kampung Paya , telah di rosakkan.. Memang ketika itu aku turut tertanya-tanya sebab aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku. Sukar untuk memahaminya dalam di usia kanak-kanak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment