Maka selamat lah sudah negeri Melaka di iktiraf "Melaka Maju" pada 20 hb 10 tahun 2010 pada jam 20.10 minit malam . Satu tarikh yang amat menarik dan sudah semestinya tidak akan di ketemukan lagi. Masa itu telah pun berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi.
Maka pada 20.10 2010 pada jam 20.10 malam bersamaan 8.10 malam , pengisytiharan yang di buat oleh Perdana Menteri secara langsung dari PWTC telah di raikan bersama-sama oleh 50K rakyat Melaka yang telah di arahkan hadir ke stadium Hang Jebat sebelum jam 7 malam.
Dan betapa pada tarikh 20.10.2010 bersamaan 11 Zulkaedah 1431, telah di takdirkan juga waktu menunaikan solat Isyak bagi negeri Melaka jatuh pada jam 20.09 malam cuma kurang 1 minit saja dari waktu pengisytiharan 'Melaka maju' pada 20.10 malam.Kenapa tidak saja di takdirkan jatuhnya waktu Isyak negeri Melaka pada 20.11 malam @ sama? Sama-sama kita fikirkan.
Dan sudah semestinya pengisytiharan itu di buat sebaik saja AZAN ISYAK di negeri Melaka sedang berkumandang. Betapa di kala makhluk lain sedang kusyuk memuji yang Maha pencipta yang maha Agung tetapi terdapat ramai manusia yang terus sombong, angkuh lagi bongkak dengan bunga apinya.
Dan amat malang lagi, apabila sudah semestinya peluang amat terbuka luas bagi para muda-mudi untuk berpeleseran di malam tersebut. Siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa tiada pengawanan yang akan berlaku di malam tersebut ? dan apakah 'Sekolah Harapan' akan bertambah lagi ahlinya 9 bulan kemudian atau ' Sekolah Harapan' akan bertambah lagi selepas 9 bulan kemudian?
Berbaloikah pengisytiran 'Melaka Maju' sekiranya perkara ini benar-benar berlaku?
No comments:
Post a Comment