Terkilan juga rasanya kami, bagi ajk-ajk dmpbk kerana tidak dapat bersama-sama mengiringi Cikgu Normala Sudirman bekas Calon PAS Dun Tenang, yang telah sudi meluangkan masa bersama -sama rakyat Melaka dalam meraikan orang-orang tua di Rumah Orang Tua Tebing Tinggi Bukit
Katil jam 2.30 petang semalam 2 Oktober .
Kebetulan Ketua Dmpbk ada urusan peribadi yang tidak dapat di elakkan.
Timbalan Dmpbk sebuk berada di hospital menjaga anaknya yang sakit mata akibat terkena peluru mainan ketika bermain bersama anak jiran.
Setiusaha pula di serang penyakit Asma pada sehari sebelum kedatangan Cikgu Mala , terpaksa juga mendapatkan rawatan ke hospital dan terpaksa berehat di rumah selama beberapa hari.
Ketua Lajnah Perpaduan Nasional berada di Penang.
Ketua Penerangan di tahan di wad memandangkan anak kelahiran yang ke 9 ini, didapati uri di bawah walaupun kandungannya baru berusia 7 bulan.
Manakala ajk-ajk yang lain sebahagian nya menguruskan anak-anak untuk pulang ke asrama pada hari ahad tersebut memandangkan suami-suami mereka berada di Penang.
Dan ada yang menguruskan hal para tetamu yang ziarah di rumah mereka.
Dengan itu , mungkin Cikgu Mala agak kehairanan kerana tiada seorang pun Muslimat dari Muslimat Bukit katil yang dapat mengiringi cikgu Mala di sepanjang Cikgu Mala berada di Melaka semalam, yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila muslimat memberi ceramah di Bukit katil pasti ajk dmpbk akan turut sama mengiringi meskipun tak ramai tapi tetap ada. Berbanding dengan semalam agak jauh beza keadaannya.
Alhamdulillah, Ketua Muslimat Negeri dapat mengiringi Cikgu Mala.
Maafkan kami di atas ketidak sengajaan kami, ajk dmpbk.
Doakan kami
No comments:
Post a Comment