Alhamdulillah. Ajk dmpbk dapat mengadakan pertemuam bersama-sama ajk muslimat cawangan Paya Dalam petang tadi setelah sekelian lama tidak dapat berbuat demikian , di atas berbagai urusan .
Pertemuan ini merupakan pertemuan yamg menarik kerana apabila ramai muslimat Paya Dalam yang dapat bersama-sama hadir bagi meraikan kami.
Semuga pertemuan ini juga meupakan satu pertemuan yang dapat memberikan suntikan bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan di atas muka bumi ini.
Lebih menarik lagi apabila Dr Khatijah sempat menceritakan detik-detik indah di alam persekolahan sekolah rendah apabila 2 orang gurunya dapat bersama-sama hadir di dalam pertemuan itu. Ada peristiwa -peristiwa menarik yang sempat di ceritakan oleh Dr Khatijah dalam pertemuan yang sengkat itu.
"Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula di alam persekolahan". Pasangan kepada 2 orang gurunya itu juga merupakan guru di sekolah yang sama.
Yang pastinya, pertemuan ini akan berterusan bagi memastikan semua kerja-kerja kebajikan akan berlancar serta mengeratkan ukhwah dan mendapat redha ALLAH. insya ALLAH
"Dan mereka memberi makanan yang di sukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang di tawan. (Mereka berkata) "Sesungguhnya kami memberi makanan kepada mu hanyalah untuk mengharap redha ALLAH . Kami tidak mengkehendakki balasan dari kamu, dan tidak pula ucapan terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari yang (Di hari itu orang bermasam muka) penuh kesulitan ( yang datang) dari Tuhan kami. "Maka ALLAH memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiaraan hati. dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka ( dengan) surga dan (pakaian) sutera. (Qs. 76:8-12)
"Selemah-lemah orang adalah dia yang tidak sanggup mencari kawan, tapi yang lebih lemah dari itu adalah dia yang menyia-nyiakan kawan-kawan yang di milikkinya.
(Saidina Ali)
"Selemah-lemah orang adalah dia yang tidak sanggup mencari kawan, tapi yang lebih lemah dari itu adalah dia yang menyia-nyiakan kawan-kawan yang di milikkinya.
(Saidina Ali)
No comments:
Post a Comment