Zuhud lawannya
‘’Raghbah/cenderung dan cinta dunia’’adalah tingkatan di atas ketakwaan
dan di atasnya ialah tingkatan wara’,yakin dan ridha.
أيّها النّاس ,الزّهادة قصرالأمل و الشّكر عند النّعم و الورع عند المحارم
Saidina Ali : …Zuhud ialah pendek angan-angan,bersyukur ketika mendapat
nikmat-nikmat dan menjaga diri berhadapan perkara-perkara yang haram.
Saidina Ali : Zuhud dapat disimpulkan dengan dua ayat Al-Qur’an.Firman Allah
لكى لاتأسو ا على ما فاتكم
Agar kamu tidak kecewa dengan apa yang telah berlalu ( yang tidak menyenangkanmu )
ولاتفرحوا بما اتاكم
Dan jangan kamu bergembira dengan apa yang dikurniakan Allah kepadamu.
Diantara
falsafah zuhud ialah kebebasan dan kemerdekaan kerana tidak
berkeperluan adalah skala bagi kebebasan.Para pejuang kebebasan dan
kemerdekaan adalah orang-orang yang ringan bebanan dan pantas pergerakan
maka itu mereka berzuhud dan berpada dengan apa yang ada,meminimakan
keperluan-keperluan diri dan membebaskan diri dari belenggu-belenggu
benda.
No comments:
Post a Comment