Perpustakaan Awam Selangor yang telah berwajah baru telah dapat menarik para pengunjung di luar dari jangkaan.terutama pada hujung minggu.
TAHNIAH ! buat saudari Mastura Mohamad serta seluruh kakitangannya termasuk juga kepada penasihatnya, Dr Halimah Ali (termasuk juga buat para-para suami yang telah memberikan sokongan samada dengan secara sedar atau tidak ) yang telah berjaya mebuat satu anjakan paradigma terutama kepada rakyat Selangor dengan terbinanya bangunan baru PPAS yang telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan bagi para pengunjumg samada golongan tua atau muda dan tidak ketinggalan juga kemudahan untuk kanak-kanak.
Semuga impian saudari Masturah Mohamad yang inginkan rakyat Selangor agar menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua, akan tercapai.
Rakyat perlu berilmu demi menjamin kebahagiaan kehidupan dan tidak siapa pun dapat menafikan bahawa Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya.."
(AL ALAQ 1-5)
(Berita kejayaan terbinanya PPAS ini jauh lebih baik dari berita kenyataan Najib bahawa ISA akan di mansuhkan)
No comments:
Post a Comment