Sebaik kami duduk menghadapi makanan, pakcik Mohd Diah , makcik Aisyah ,Tn Hj Yasim(NYDP Kawasan Bukit Katil )juga turut sampai. Kami tersenyum, kerana rupanya bukan kami saja yang terlewat. Kelewatan mereka di sebabkan adanya program turun padang bersama Dr Zulkifli sebelumnya. Kami makan duduk semeja.
Dan sekonyong-konyongnya , tiba pula Tn Hj Mustapa , zaujah serta anak-anaknya lalu seketika kemudian di ikuti pula saudara Karim yang baru teringat majlis walimah itu.
Kami semua tersenyum sesama sendiri, di atas kelewatan yang tidak di sengajakan.
Sibuk Hjh Kintan nak melayani kami semua ketika itu.
Alhamdulillah, Tahniah DMPKBK kepada Hjh Kintan Man yang baru saja di lantik pada 1 Mei sebagai Ketua Muslimat Negeri Melaka.
Tahniah juga kerana pada hari ini , 7 Mei mendapat satu lagi menantu lelaki dari Pahang.
Malangnya, kami tak sempat mengambil kami pengantin baru, kerana tersipu-sipu malu di atas kelewatan kedatangan kami.
Semuga di berkati ALLAH..
Semuga di berkati ALLAH..
No comments:
Post a Comment