Alhamdulillah, Program 'Himpunan Halwa Negeri Melaka' yang telah di adakan pada 21 Mei, bertempat di Dewan HAMAS , Simpang Kemendor, Jasin telah berjalan lancar. Program pertama ini, sejak dari Muktamar pada 1 Mei, telah mendapat sambutan yag menggalakan dari muslimat-muslimat Negeri Melaka. Seramai 30 Muslimat dari Kawasan Bukit Katil telah bersama-sama hadir bagi menjayakan program ini.
Dengan Tema "Melestari Kebajikan Memimpin Kemenangan" muslimat negeri Melaka terus berusaha bergiat cergas bagi memastikan bahawa PR akan menerajui Negeri Melaka. .Program yang cuma mengambil masa setengah hari saja, ini telah memberikan impak yang besar kepada Halwa di tambah pula dengan kehadiran Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat, Timbalan ketua Pengarah 3, Jabatan Pilihanraya Pusat (JPP) iaitu Dr Siti Mariah Mahmud. program ini juga turut di hangatkan dengan kata-kata semangat 'Ciri-ciri Pejuang Muslimat zaman Rasulullah dan masa kini dari Puan Hjh Shopiah Hj Ahmad, Timbalan Ketua DMPNM..
' Jentera Muslimat mesti di perkasakan untuk memastikan gerak kerja pilihanraya lebih berkesan. Pengundi wanita merupakan lebih kurang 50% pengundi dan amatlah penting golongan wanita di beri perhatian dengan serius..Program-program anjuran Halwa mestilah memenuhi citarasa wanita namun apa yang penting perlu di selitkan dengan tazkirah dan dakwah' ..di petik dari kata-kata Dr Mariah Mahmud selaku pembentang kerjanya yang bertajuk 'Halwa..kekuatan dan peluang.
Tidak ketinggalan juga dengan kata-kata semangat dari Hjh Shopiah Hj Ahmad dalam pembentangan kertas kerjanya ' ciri-ciri pejuang Muslimat zaman Rasulullah dan masa kini'.yang mengingatkan kita tentang peranan wanita yang yang telah berjuang di zaman Rasulullah saw. Dengan mengambil contoh semangat dari isteri kesayangan Rasulullah, Saidatina Khadijah r.a., yang telah melakukan pengorbanan yang terlalu besar untuk Islam.. Sumayyah bt Khayyah , syahidah pertama yang mengorbankan nyawa demi Islam yang tercinta serta Asma' Abu Bakar yang terkenal dengan membawa makanan dalam peristiwa hijrah.
Dan muslimat Bukit Katil juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dalam program bengkel percambahan fikiran yang di anjurkan oleh MTD Ayer Molek pada 29 Mei 11. Dengan temanya "PAS ganti UMNO" , seorang pakar motivasi telah di jemput khas bagi membentangkan kenapa PAS perlu mengantikan UMNO.
Cuma suka juga di ingatkan juga tentang seorang lagi mujahidah pejuangan Islam yang selalu terlepas pandang , Seorang anak yang perempuan yang di lahirkan ketika wanita di anggap barang dagangan , di kala bayi wanita di tanam hidup-hidup, di kala masyarakat jahiliah dengan bangganya mendendangkan syair " Anak laki-laki kami adalah putera kami sedang anak wanita kami adalah puteri laki-laki asing".
Sayyidah Fatimah seorang wanita agung , di lahirkan pada 20 Jamadilakhir . Kelahiran anak kecintaan Rasulullah. Anak kepada Sayyidah Khadijah al Kubra. Di beri gelaran Az zahrah yang bererti Cahaya.
Sayyidah Fatimah seorang wanita agung , di lahirkan pada 20 Jamadilakhir . Kelahiran anak kecintaan Rasulullah. Anak kepada Sayyidah Khadijah al Kubra. Di beri gelaran Az zahrah yang bererti Cahaya.
Seperti mana ibunya,Sayyidah Khadijah , seorang wanita yang kaya dengan kesetiaan dan pengorbanan , berperibadi agung merupakan wadah yang menampung luka-lara hati dan jasad Rasulullah saw melalui pengorbanan , cinta , kebersihan hati.
Sayyidah Khadijah meninggalkan warisan berupa Sayyidah Fathimah , anak perempuan yang penyayang, pemberani dan rela berkorban.Seorang wanita yang memilikki sifat-sifat kemuliaan seperti ilmu, iman dan takwa.Wanita yang paling berilmu di antara kaum wanita di seluruh alam semesta.
Sayyidah Fatimah Az Zahrah sentiasa berada di samping Rasulullah untuk menghilangkan duka nestapa setelah sepeninggalan Sayyidah Khadijah, ibunya.
.
Sayyidah Fatimah bukan sahaja mengabdikan dirinya kepada ayahnya ketika di dalam rumah malah juga turut berfikir tentang cara membela dan menyelamatkan ayahnya di luar rumah . Sayyidah Fatimah adalah satu-satunya wanita yang membela Rasulullah ketika Abu Jahal melemparkan kotoran unta di kepala Raulullah ketika sedang melakukan solat.
Sayyidah Fatimah begitu berani menentang Abu Jahal dengan melarangnya dari melakukan perkara yang keji terhadap ayahnya meskipun di kala itu umurnya masih muda.
Sayyidah Fatimah begitu berani menentang Abu Jahal dengan melarangnya dari melakukan perkara yang keji terhadap ayahnya meskipun di kala itu umurnya masih muda.
Sayyidah Fatimah berangkat dari Madinah ke medan Uhud dengan berjalan kaki,bagi membersihkan wajah suci Rasulullah saw mengusap darah yang membasahi Rasululllah saw.
Sayyidah Fatimah membakar sepotong kayu dan membubuhkan abunya ke atas luka-luka Rasulullah saw lantas darah pun berhenti mengalir dan yang paling menakjubkan Sayyidah Fathimah turut menyiapkan senjata untuk ayahnya, dalam peperangan yang terjadi di hari berikutnya.
Sayyidah Fatimah membakar sepotong kayu dan membubuhkan abunya ke atas luka-luka Rasulullah saw lantas darah pun berhenti mengalir dan yang paling menakjubkan Sayyidah Fathimah turut menyiapkan senjata untuk ayahnya, dalam peperangan yang terjadi di hari berikutnya.
Dalam Perang Khandaq dan dalam peristiwa penaklukan Kota Mekah, Sayyidah Fathimah sentiasa di samping ayahandanya. Dalam perang Khandaq, Sayyidah Fathimah mendatangi nabi dengan membawa roti, setelah Rasulullah tinggal selama beberapa hari tanpa makanan.
Sayyidah Fathimah memasang tenda dan menyiapkan air nabi saw, untuk berwudhuk dan mandi sehingga debu-debu di tubuh hilang. Saiyiddah Fathimah jugalah yang menyediakan pakaian bersih untuk Rasulullah, untuk keluar ke Masjidil Haram.
Saiyiddah Fathimah Az Zahrah bersama-sama wanita Bani Hashim datang ke Masjid Nabawi berkhutbah, untuk mengumumkan pandangan dan penderitaan beliau di hadapan kaum muslimin, pemuka-pemuka kaum Muhajirin dan Ashar. Khutbah Sayyidah Fathimah merupakan bagai 'terpaan taufan' yang hembusannya mampu membangunkan jiwa-jiwa yang tertidur dan menunjukkan baginya jalan kebenaran. Akhirnya, khutbah Sayyidah Fathimah bak 'petir menyambar' yang menerpa kepala musuh-musuh Islam dan membinasakan mereka.
Khutbah Sayyidah Fathimah banyak mengandungi pelajaran-pelajaran penting. Beliau menjelaskan masalah-masalah filsafat dan rahsia-rahsia hukum, analisis sejarah politik Islam, dan juga perbandingan antara Arab di masa jahiliah dan setelah datangnya Islam.
Dan juga tidak kurang menariknya apabila anaknya, Sayyidah Zainab al kubra muncul mewarisi ibunya, Sayyidah Fathimah Az zahrah.
Sayyidah Zainab yang mewarisi kefasihan ayah dan ibunya, juga turut bangkit menyampaikan khutbah di pasar Kufah (Iraq) dan di majlis yazid bin muawiyah, akibat dari penyembelihan As Syahid Husain , abangnya, keluarganya serta sahabat-sahabat di Karbala.
Sesungguhnya, kebahagiaan hakiki seseorang adalah manakala ia masuk surga, tempat rahmat Ilahi yang sangat luas. Dan manusia yang paling mulia adalah yang pertama memasukkinya.
Melalui riwayat-riwayat ahlusunnah yang terkenal, Rasulullah saw menisbahkan secara berulang kali kebanggaanya ini kepada Sayyidah Fathimah az zahra..dalm kitab Mizan al-'tidal karya al Dzahabi di nukil sebuah riwayat dari Rasulullah saw. "orang pertama yang memasukki surga adalah Fathimah.
Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda, 'orang pertama yang masuk surga adalah Fathimah bt Muhammad. Perumpamaan Fathimah di tengah umat ini ( adalah) sama seperti Maryam de tengah bani Israel".
Di nukilkan dalam kitab Dzakhair al-uqba dari ibnu Abbas, bahawasnya Rasulullah saw bersabda, "terdapat empat wanita penghulu dunia, yaitu Maryam bt Imram, Asiah bt Muzahim, Khadijah bt Khuwalid dan Fatimah bt Muhammad dan wanita yang paling mulia , adalah Fathimah'.
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar untuk menjadikan mereka idola-idola kita untuk terus menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Marilah kita mengisi kekosongan masa kita dengan membaca banyak kisah-kisah para pejuang-pejuang muslimat.Terlalu banyak kisah-kisah yang masih tersembunyi di sebalik tabir di atas kesilapan kita kerana kurangnya membaca.
Ilmu tidak pernah berakhir. Lagi banyak kita membaca ,lagi kita tahu bahawa betapa jahilnya kita. Usahlah membuang masa dengan menonton segala kemasiatan yang di hidangkan di depan kita sekarang.
Kita berlari, di kejari, di tangkap, sewaktu kita berdiri teguh untuk menentang kezaliman , sewaktu kita di dendangkan dengan gambar-gambar perempuan-perempuan yang berkemban baik di dada akhbar mahu pun di dada tv setiap hari, sewaktu arak telah berleluasa, sewaktu rasuah sudah di anggap biasa, sewaktu penguasa telah memperkosa undang-undang yang mereka gubal sendiri.
Tidak kurang juga , terdapat insan-insan yang di soal siasat ketika mereka sedang menyambut hari kelahiran serta kesyahidan anak serta cucu-cucu Rasulullah.
Memang dunia seperti nampaknya semakin gila namun kehidupan mesti di teruskan dengan memikul amanah yang besar.
Amat malangnya, di kala Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yang unggul di Arab Saudi seribu tahun dahulu, namun hari ini bukan sahaja wanita di Arab Saudi di larang memandu kereta malah wanita juga di larang mengundi.
Akhbar hari ini menyatakan negara Iran membantu Hamas untuk terus berkuasa, tetapi akhbar semalam membentangkan bagaimana Arab Saudi sedang mengumpul sekutunya untuk menyerang Iran.
Apakah itu tanda-tanda akhirzaman semakin hampir..
Sejarah berulang.
Akhbar hari ini menyatakan negara Iran membantu Hamas untuk terus berkuasa, tetapi akhbar semalam membentangkan bagaimana Arab Saudi sedang mengumpul sekutunya untuk menyerang Iran.
Apakah itu tanda-tanda akhirzaman semakin hampir..
Sejarah berulang.
No comments:
Post a Comment