HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, November 5, 2010

TOLONG,JANGAN ROBOH PASTI KAMI!-ANAK2 PASTI



Hari ini 5 Ogos 2010. Tadi kami lihat ada demo lagi di hadapan Masjid Bukit Katil. Kami lihat ramai orang di sana. Kami lihat ramai pakcik-pakcik dan makcik di sana. Kami masih kecil lagi tapi kami macam dah tahu tujuan demo itu.

PASTI kami hendak di robohkan. Itu sebabnya ramai orang berkumpul di sana tadi . Ada polis , FRU pun ada. Mereka ramai-ramai datang nak ganggu demo itu. Kami tak suka kalau polis dengan FRU datang nak ganggu demo itu. Memang patutlah orang ramai buat demo. Sebab nak bantah tanah ,jangan kena ambil. 

Kenapa mereka nak roboh dan ambil tanah kami .Dah lapan tahun generasi kami belajar di PASTI kami. Tiada pun lepasan anak-anak PASTI , yang jadi jahat. Tiada yang menjadi perompak atau penjenayah ..tapi kenapa mereka dengki hati nak robohkan PASTI kami juga.


Pemimpin  kata nak buat jalan ke taman. Takkan nak buat jalan ke taman , PASTI kami kena roboh. Kami nampak banyak lagi tanah lain yang boleh di ambil buat jalan. Tak payah menyusahkan sesiapa. Tak payah robohkan PASTI kami.

Semalam dalam surat khabar kata ' Pemimpin  beritahu.. 'PASTI kami tidak ada pelan, sepatutnya dah lama roboh'...."BOHONG"..memang betul-betul bohong. Kami ada bukti yang PASTI ini adalah sah dan ada pelan. 
Kenapa pemimpin cakap ,'PASTI JAYA INSAN tak ada pelan'...Kenapa pemimpin itu nak bohong lagi?.

Ustazah selalu pesan pada kami jangan suka cakap bohong. Nanti ALLAH , Rasulullah, ibu ayah dan orang ramai semua tak suka dengan kami, nanti kita masuk api neraka.


Ustazah beritahu lagi, "Siakap senohong, Gelama ikan duri, bercakap bohong ,lama-lama mencuri"..Jadi kami pun tak mahu cakap bohong sampai bila-bila. Kami takut ALLAH marah dan takut masuk api neraka bila dah mati.


Tapi kenapa pemimpin pulak yang berani cakap bohong.  Pemimpin kita kan dah tua, kenapa tak takut dengan ALLAH? tak takut ke nanti masuk api neraka bila mati?


Mungkin betul cakap ustazah, mula-mula berbohong lama-lama mencuri. Ustazah beritahu orang yang mencuri adalah orang yang ambil barang orang lain tanpa minta izin dari tuannya. Dia ambil senyap-senyap. Tapi  macamana pulak orang yang nak ambil tanah orang tanpa kebenaran dari tuan tanah? Tuan tanah tak nak beri tapi mereka nak ambil juga secara paksa. Itu apa pulak namanya? Rampas ke?Macam orang Yahudi rampas tanah rakyat Palestin aja .

Ustazah pernah bercerita pada kami bahawa Saidina Omar nak ambil sedikit saja tanah rakyat untuk membesarkan Masjid Nabawi tapi mahkamah tidak membenarkan kerana rakyat tidak mahu tanah mereka di ambil jadi Saidina Omar pun  mengalah walaupun dia mempunyai kuasa. Lalu tanah rakyat tidak di ambil. Rakyat pun senang hati kerana Saidina Omar seorang pemimpin yang baik , dia mengikut undang-undang. Rakyat pun sayang dekat Saidina Omar. Saidina Omar juga  senang hati, rakyat selalu doakan kerahmatan untuknya.

Walauapa pun yang akan berlaku seterusnya, setiap hari kami berdoa agar PASTI kami terpelihara sampai bila-bila.

Walaupun kami masih kecil tapi jiwa kami besar. Kami bercita-cita mahu jadi pemimpin yang bertaqwa, pemimpin yang benar benar  adil . Kami mahu rakyat hidup aman tenteram di dunia dan di akhirat.


Cuma kami masih terfikir2..Kenapa mereka takut dengan adanya PASTI kami? LALU nak robohkan PASTI kami.


TOLONG, JANGAN ROBOHKAN PASTI KAMI..
KAMI SAYANG PASTI KAMI


1 comment:

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh said...

dulu msa kecik2.. sy x dpt nk mrasai PASTI sbb saya masuk KEMAS... KEMAS ajar sy dgn kwn2 yg lain menyanyi.. tiap2 pg kene jd artis.. jahil tau kalo asyik duk nyanyi.. tp semua itu sudah berlaku...