HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, May 23, 2010

TAK SEMUA ORANG SENANG


"Ah Yaa.. kasi tolong sekali lagi" tiba-tiba wanita cina itu datang lagi kekedai aku. 4 Beg barangan dari Tesco di tangannya. Aku ketawa melihat nya kerana aku dah mengenalinya sejak aku hantar dia balik kerumahnya tempoh hari.

'Nyonya..beli barang lagi..hari itu baru beli barang..hari ini lagi beli barang" aku mengusiknya kerana dia memang kelihatan penat akibat terpaksa berjalan kaki dari JPJ ,Bukit Katil sehingga ke kedai aku yang aku anggarkan lebih kurang 1.5 km jaraknya.

"Apa baru beli....sudah dekat satu bulan, awak kata baru...sudah lama lah ..barang2 dapur sudah habis" dia menjelingkan matanya sambil ketawakan aku..
Aku terkesima seketika . Rasanya macam baru seminggu aku bertemu nya . Aku cuba buka diari aku, bilakah tarikh pertemuan yang lalu. Memang betul kata nyonya itu, tarikhnya 25 April dan kini dia datang sekali lagi pada 20 Mei cina , bermakna telah hampir sebulan . Cepatnya masa berlalu. Rugilah bagi orang-orang yang tidak merebut peluang untuk melakukan kebaikan sedangkan masa terus berlalu.

"Tolonglah buat repot, susahlah tak da bas dekat sini. Ramai sudah komplen..kita bukan orang kaya..kita pun susah..suami takda..anak sekolah..mana ada kereta. kena naik bas..bas pun tak da..manyak susah.." sungutnya lagi.

"Tak pa...nyonya jangan susah hati..saya sudah beritahu saya punya kawan. Nanti mereka akan tolong" aku berterus terang kepadanya. Memang aku telah beritahu kepada YDP Bukit Katil, setelah YDP yang bertanya sebaik saja membaca dalam blog DMPBK.

"Wah..betul kah ?..betulkah?...itu macam banyak baguslah. Saya boleh tunjuk awak ...itu orang-orang yang bising tak ada bas..Awak ada pangkat kah?..awak punya kawan pun ada pangkat kah.?.kerja atas-atas kah? , dia mula nampak keceriaannya sebaik saja aku beritahunya.

Aku ketawa kerana memang sebenarnya aku ada juga hantar beberapa orang ke JPJ ketika aku melihat mereka berjalan kaki di hadapan kedai aku. Walaupun cuma lebihkurang 1.5 km tapi bagi wanita yang berusia, penat juga.

"Saya tak da pangkat..saya ahli PAS. Kita orang boleh tolong buat repot ," aku cuba meyakinkan dia.

"PAS?..PAS ?...apa itu ?" dia kehairanan.
Aku tersenyum. Ha..rupa-rupanya dalam keghairahan nak mengundi dalam pilihanraya, masih ada lagi yang tak kenal PAS dan aku yakin masih ramai lagi yang tak mengenali PAS.

"Awak tahu DAP?, aku cuba mengujinya.

"Oh itu DAP aaa.....tak ada guna...bas tak lalu dekat sini pun..mereka tak peduli", nampak benar kemarahannya.

" Ai ya.nyonya..sini bukan PAS atau DAP jaga. Sini BN jaga", aku cuba menerangkan padanya.

"O...O.BN...itu Ali Rostam kah? saya tahu ...saya tahu...dia ada kasi zink dekat rumah kampung belakang sana....oh..oh..itu Ali Rostam ..tapi dia tak peduli bas tak lalu kat sini. Dia ingat sini semua kaya-kaya punya orang..manyak susah.." dia masih lagi bersungut.

"Tak pa nyonya. nanti saya ambil gambar nyonya...siapa nama nyonya?, aku mula terasa ada satu amanah di sana.

"O..nama saya Margaret Lee....eh..eh..jangan ambil gambar saya. saya tak cantik . sudah tua..nanti adik beradik saya tengok saya punya gambar dalam suratkhabar..manyak malulah..tak mau..awak boleh ambik gambar orang lain. Saya boleh kasi tunjuk", dia terus ketawa lagi.

Sekali lagi aku menghantar nyonya itu pulang. Aku masuk kerumahnya. Dia memberikan aku air tapisan.

"Jangan risau..saya bersih..Saya jaga kebersihan. Awak boleh tengok dapur saya. Cantik dan kemas...ai ya..saya puji diri saya sendiri", berdekah-dekah dia ketawa.

Memang rumahnya kemas. Tersusun dan bersih. Aku tak rasa janggal di rumahnya kerana seperti rumah orang melayu juga. Rupa-rupanya emak dan bapanya keturunan 'Baba Melaka'
Terpampang gambar emak dan ayahnya berpakaian Nyonya Baba .

"This is my husband", dia menunjukkan gambar perkahwinan nya yang di gantung di dinding.
"He's very nice husband", dia terkenangkn suaminya yang telah meninggal dunia 15 tahun yang lalu.

"Sangat baik, suka tolong saya. kalau dia free mesti tolong saya buat kerja dapur...kalau makan nasi, dia kasi kopek ikan sama saya .kasi saya makan ...selalu macam itu..banyak sayang sama saya... tapi sekarang dia sudah meninggal..tuhan lagi sayang sama dia.."kelihatan air matanya mula bergenang di matanya..
Aku tersenyum. Aku pernah berhadapan dengan sepasang suami isteri berbangsa cina yang duduk semeja dengan aku, ketika membuat paspot antarabangsa.di A.Keroh. Suami nya sibuk menyuapkan isteri nya yang sedang memangku anak kecil walaupun isterinya cuba mengelak kerana malu tapi suaminya bersungguh-sungguh menyuapkannya.

Banyak rintihan yang sempat di ceritakan pada aku. 2 dari 4 anaknya tidak menetap dengan nya. Mereka tinggal bersama ibu saudara yang masih bujang.

"Saya pun tak tahu , kenapa 2 anak saya itu tak nak duduk dengan saya. you see my house..very clean and tidy....tapi mereka tak nak juga balik..saya bukan ibu yang jahat...saya tak kahwin lagi..tapi dia tak nak duduk sini," dia mengeluarkan keluhan hatinya.

Petang itu aku menjadi pendengar yang baik dari keluhan hati seorang ibu tunggal yang berbangsa cina ,beragama Kristian.

Di setiap sudut dindingnya ada lambang salib . Dia mengadu setiap hari dia berdoa.

Sebelum pulang aku memberikan sedikit sumbangan makanan asas yang telah aku siapkan di dalam van. Memang niat aku nak di hantar kepada beberapa ibu tungal . Dia menolak kerana malu. Tapi akhirnya menerima juga sumbangan itu.

Bila aku nak ambil gambar dia, baru aku perasan bateri hs dah lemah. tak ada peluang nak ambil gambar Margaret Lee. Mungkin pertemuan yang ketika pula.

Dan perkara ini.. 'tiada pengangkutan awam yang di sediakan di sepanjang Bukit Katil dan Bukit Duyong' akan di ambil tindakan seterusnya oleh Ketua Penerangan Kawasan Bukit Katil, Tn Hj Yusop Wahab.






No comments: