....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Friday, November 27, 2009
BERHATI-HATILAH WALAUPUN REMEH
"Kak, macamana ya..kalau anak saya dapat hadiah?" tanya Ija kepada Umairah.Ija merupakan seorang guru Tadika .
"Hadiah apa" Umairah inginkan kepastian. Umairah merupakan sahabat baik Ija
"Hadiah pelajar terbaik" jawab Ija sambil merenung kewajah Umairah
"Anak anti belajar didalam kelas anti"?Umairah inginkan kepastian
"Ya" jawab Ija sambil menyusun buku-buku diatas meja
"Anti nak akak jawab secara peribadi" Umairah memandang tepat kearah Ija. Ija mendiamkan diri.
"Terus terang akak cakap, kalau anak akak belajar didalam kelas akak sendiri, akak tidak akan melantik dia sebagai pelajar terbaik" Umairah cuba berterus terang.
"Tapi...itu hak dia. Anak saya memang pandai. Bukan saya saja nak bagi dia hadiah.Dia rajin belajar" suara Ija agak meninggi. Mungkin tersinggung dengan jawapan Umairah tadi.
Umairah tersenyum. Sudah lumrah seorang ibu , berbangga diatas kejayaan anak-anaknya.
"Tadi anti tanya akak, jadi akak jawab secara peribadi. Itu jawapan akak.Bukan akak suruhanti ikut cakap akak". Umairah cuba menenangkan Ija
"Tapi kak..kenapa akak tak setuju..biarlah dia dapat hadiah" Ija tidak berpuas hati dengan jawapan Umairah tadi.
"Memang kita tahu anak kita pandai dan rajin dan layak dapat hadiah, cuma kebetulan apabila dia berada didalam kelas yang kita mengajar dan dia mendapat hadiah terbaik maka ada persoalan disana". Umairah cuba nak menjelaskan sesuatu kepad Ija.
" Tapi kak..saya jujur" Ija masih mepertahankan pendapatnya
" Ila, kita tahu, kita memang jujur. Kita tahu tanggungjawab kita..tapi orang diluar sana tak tahu. Mereka akan berkata-kata, 'memamglah anak dia dapat, emak dia ajar...Mesti emak dia beritahu soalanlah tu..Baik hantar tadika lain...'
Ija...jangan beri ruangan pada sebarang fitnah..".Umairah cuba terangkan sesuatu meskipun ada kalanya keadaan sebegini memamg sukar untuk difahami.
"Biarlah apa mereka nak cakap, yang penting kita tak buat macam itu" Ija masih berkeras
"Ija, akak pun tak kesah.Tapi bagi akak apabila sesuatu tugas telah dipertanggungjwabkan keatas kita maka ia merupakan satu amanah. Jadi akak akan menganggap tadika ini kepunyaan akak.
Jadi akak akan menjaga imej tadika ini agar tetap diberi kepercayaan oleh ibubpa diluar sana untuk mendidik anak-anak mereka. Kita ingin menarik seramai mungkin bukan kerana wang semata-mata tapi dakwah itu sendiri.Ini lah peluang untuk mereka belajar tentang Islam sewaktu kecil..tak kiralah kat tadika Islam mana-mana..
Biarlah kita beri hadiah-hadiah itu kepada anak-anak mereka yang berhak daripada kita utamakan anak-anak kita". Umairah cuba memperjelaskan
Ija membatu seketika. Ija termenung jauh. mungkin sedang memikirkan sesuatu.
" Maaf,terpulang pada anti. Sebagai seorang guru tadika , anti berhak keatas pendapat anti sendiri. Tapi bila anti tanya akak, akak jawab secara peribadi. Biarlah kalau anak-anak kita pandai pun, nanti tahun depan guru-guru disekolah akan beri dia hadiah. ALLAH pasti membalas diatas kejujuran kita". sekali lagi Umairah menenangkan Ija. Ija masih tetap mendiamkan diri.Umairah membiarkan Ija bermain dengan perasaannya sendiri.
Adakalanya walaupun sesuatu perkara itu dianggap remeh namun kita berhadapan dengan hati-hati manusia.Walaupun kita rasa kita jujur, namun itu tidak pernah menghalang untuk menimbulkan sebarang fitnah.Selagi boleh dielak maka seeloknya elaklah sebarang fitnah. Syaitan tidak pernah berhenti dari menjalankan tugasnya.
Pernah ketika Rasulullah berjalan dengan isterinya didalam gelap lalu bertembung dengan sahabat, lalu Rasulullah menyatakn bahawa itu adalah isterinya meskipun sahabat itu tidak mempersoalkannya. Namun Rasulullah tetap berhati-hati dengan hati-hati manusia yang sentiasa dipengaruhi oleh syaitan yang mengalir didalam badan sebagaimana mengalirnya darah..
Tindakan TGNA amatlah dipuji. Ianya tetap akan disanjung meskipun kita sudah tiada lagi. InsyaALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment