HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, November 2, 2009

ADAKALANYA MELAKUKAN KEBAJIKAN ITU....




Cuaca amat panas sekali. Bahang terasa menyelimuti seluruh badan. Cepat-cepat aku berjalan keERV aku . Paling tidak pun hawa pendingin van, dapat meyejukkan sedikit tubuh yang berpeluh-peluh setelah berjalan kesana kemari untuk menyelesaikan beberapa urusan diMBMB pada tengahari itu.

"Alhamdulillah",bisik hati aku apabila terasa lega duduk didalam van setelah pendingin udara dipasang. Aku biarkan seketika sehingga aku rasa benar-benar selesa untuk mula memandu.

Sebaik saja aku mula mengerakkan van kehadapan, kelihatan seorang wanita tanpa berpayung berjalan seorang diri tidak jauh dari situ. Dia menarik perhatian aku. Timbul perasaan simpati dihati.Aku membunyikan hon kepada wanita tersebut sambil melambai tangan kearahnya , dengan harapan agar dia menumpang aku kerana cuaca yang amat panas ketika itu.

Ternyata dia tidak menghampakan aku. Dia berjalan secepat mungkin, tentu gembira kerana ada orang yang sudi menumpangkannya dalam keadaan cuaca yang panas terik itu.

"Nak pergi mana?" aku mulakan soalan sebaik saja dia duduk disebelah aku.

"Nak pi kedai dobi, nak hantaq baju.. banyak tak basuh" jawabnya dalam loghat penang
"Kenapa tak basuh sendiri"aku bertanya lagi

"Susahlah kak" dia menjawab tanpa memandang muka aku.

"Kat mana kedai dobi itu" aku inginkan kepastian darinya dengan harapan aku dapat menghantar terus sekiranya sama arah dengan perjalanan aku.

" Dekat Bukit Katil, dekat kedai yang jual motor itu" jawabnya sambil memeluk erat baju yang dibawanya.

" Tak palah, saya pun hendak balik keBukit Katil. Saya hantar sekali" aku terus mempelawanya.Dia tersenyum gembira tanpa memandang kearah aku.

" Kak..saya ini orang susah. Saya sorang-sorang kat sini.Dah kena tinggal dengan suami . Dah kena tinggal dengan anak. Ada suami pun tak guna . Ada anak pun tak guna. Depa tak pedulikan saya. Saya tak tahu kat sapa nak mengadu.Adik beradik pun tak hiraukan saya. Saya pindah duduk melaka." tiba-tiba wanita itu meluahkan perasaannya.

Aku terdiam seketika.Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita ini. Sebelum ini pun , ada juga yang kami bantu tapi kemudian terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Hilang bersama-sama dengan barang-barang yang dapat kami sediakan bagi menselesakan sedikit kehidupan mereka.

"Habis , awak duduk sini sorang-sorang, awak kerja mana? aku bertanya dengan ragu-ragu kepada wanita yang kelihatan berusia 40han itu.

" Kak, saya orang susah kak..Bantu lah saya kak. Saya takda sapa kat sini." Susahnya saya kak". wanita itu cuba menarik simpati aku.

"Kerja kat mana" aku desak wanita itu untuk menjawab pertanyaan ku.

" Kak, saya kerja kat panggung wayang. Saya jaga tiket kat sana.Dah 3 tahun saya kerja kat sana. Nanti kak datanglah tengok wayang kat sana, saya boleh beri kak tiket percuma. Masuk free."jawabnya bersungguh-sungguh.

Hari ini aku diketemukan dengan orang yang bijak berlakon dalam cubaan mendapat simpati dari aku.

"Datanglah, bila-bila masa pun boleh. Saya ada kat sana", dia terus mempelawa aku.
"Datanglah" dia terus mempelawa.

"Macamana saya nak tengok wayang, saya tak tengok tv pun dirumah" aku berterus-terang
padanya.

"Tak tengok tv? tanya wanita itu dengan kehairanan

"Tak..dah banyak tahun saya tak tengok . Banyak sangat maksiat dalam tv itu.Banyak masa nak guna untuk kerja-kerja lain".aku jawab selamba tanpa menghiraukan apa tanggapan dia terhadap aku ketika itu.Mungkin wanita itu tersinggung.

"anak-anak?" tanyanya lagi

"ikut emak dia"..jawab aku rengkas

Wanita itu terdiam seketika. Mungkin umpannya kali ini tidak mengena.

Tapi dengan tidak semena-mena tiba-tiba dada aku berdebar-debar.Hati aku mula berkata-kata .Siapakah wanita yang aku tumpangkan ini. Adakah dia seorang yang berniat baik atau sebaliknya.
Jantung aku berdegup kencang. Aku teringatkan sahabat aku yang baru menceritakan bagaimana dia telah dipukau oleh sepasang suami isteri yang berbangsa Arab ketika berada dimasjid KLIA.Dengan satu sentuhan saja, sahabat aku ini seperti tak tahu apa yang berlaku. Dia melihat sendiri, sepasang suami isteri itu membongkar beg tangannya,mengambil wang serta sebentuk cincin perkahwinannya. Dia hanya mampu memerhati saja tanpa dapat membuat apa-apa sehinggalah sepasang suami isteri berbangsa Arab itu menghilangkan diri, barulah sahabat aku tersedar apa yang berlaku.

Aku semakin bimbang. Beg tangan aku hanya berada disebelah wanita itu.Fikiran aku mula memikirkan kemungkinan yang buruk boleh berlaku.Hanya aku dan dia saja yang berada didalam van ketika aku.Aku tenangkan hati

"YA,ALLAH. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG. MAHA SUCI MU. AKU TAK MAMPU MELAKUKAN APA-APA TANPA PERTOLONGAN MU.AKU BERNIAT SUCI UNTUK MENUMPANGKAN WANITA INI SEPERTI YANG SELALU HAMBAMU INI LAKUKAN. BUKANKAH ENGKAU YANG MEMINTA HAMBA-HAMBAMU MELAKUKAN KEBAIKAN SESAMA INSAN. MENOLONG DENGAN KERJA-KERJA KEBAJIKAN. BANTU MEMBANTU BAGI YANG MEMERLUKAN. LALU HARI INI HAMBUMU INI LAKUKAN HANYA SEMATA-MATA KERANA SURUHANMU , TANPA MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARIMU MELAINKAN MENCARI KEREDHAAN MU.YA ALLAH. YA TUHAN KU, MAKA JAUHKAN LAH HAMBA DARI SEGALA BAHAYA. YA ALLAH,JIKA TIDAK KERANA SURUHANMU MAKA TIDAKLAH AKU AKAN MELAKUKAN NYA. YA ALLAH, SEMEMANGNYA KERJA-KERJA KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN AMATLAH MELETIHKAN NAMUN DEMI SURUHAN MU , HAMBAMU MENERUSKAN JUGA YANG MANA MAMPU".. itulah doa yang dapat aku panjatkan kehadrat Illahi dalam keadaan ku yang bimbang ketika itu.

Tiba-tiba wanita itu rasa gelisah.Dia cuba membuka pintu ketika van aku bergerak perlahan sewaktu tiba disebuah simpang.

"Jangan bukak pintu, bahaya.Kedai dobi itu depan sana. Kejap lagi sampai" aku menghalangnya dari turun disimpang jalan.Tambah pula simpang itu berbukit.

Dia semakin gelisah. Dia turun dengan pantas sebaik saja aku berhenti dihadapan kedai dobi itu tanpa berkata apa-apa. Dia berjalan pantas tanpa memberi sebarang ucapan, tanpa memandang kewajah aku dan tanpa ucapan terima kasih.

No comments: