HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, August 9, 2007

Remaja Berkhalwat Di Cekup


Remaja sekarang sudah keterlaluan.Mereka sanggup melakukan apa saja demi untuk memuaskan nafsu sendiri tanpa memperdulikan apakah akibatnya. Siapakah yang patut dipersalahkan?


Buktinya di Kuantan tindakan empat pelajar berusia 13 hingga 15 tahun yang sanggup ponteng sekolah semata-mata mahu memadu kasih membawa padah apabila dicekup penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat, kelmarin.Mereka ditahan di sebuah rumah teres di Kempadang Perdana di sini, apabila kegiatan mereka dikesan selepas anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menerima aduan penduduk tempatan.


Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, empat pelajar terbabit yang juga pasangan kekasih ditemui sedang berbaring dan berpelukan di lantai ruang tamu rumah berkenaan sambil menonton televisyen.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata selepas menerima aduan penduduk, pihaknya membuat siasatan di rumah seorang pelajar perempuan terbabit.


Menurutnya, sebaik tiba di rumah berkenaan, anggota penguat kuasa agama mendapati pintu rumah tidak dikunci manakala keempat-empat pelajar itu didapati sedang berbaring sambil berpelukan.


Katanya, dua pelajar lelaki itu yang akan menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) masih berpakaian sekolah manakala pasangan mereka, pelajar tingkatan satu pula berpakaian biasa."Hasil siasatan mendapati, pelajar perempuan terbabit mengambil kesempatan ketiadaan ibunya yang keluar bekerja untuk memadu kasih. "Apa yang dikesalkan, perbuatan mereka disaksikan dua adik pelajar perempuan itu yang berusia dua dan lima tahun," katanya.


Beliau berkata, rumah pelajar perempuan terbabit hanya 200 meter dari sekolah menengah tempat mereka belajar.Menurutnya, tiga lagi rakan mereka pula berasal dari kampung berlainan di sekitar sekolah menengah berkenaan.


Katanya, memandangkan rumah pelajar perempuan itu paling hampir dengan sekolah, mereka menjadikan kediaman itu sebagai tempat untuk ponteng dan memadu kasih dengan pasangan masing-masing."Kami kesal kerana mereka sudah melakukan perbuatan itu pada usia masih muda sedangkan sepatutnya mereka berada di sekolah untuk menuntut ilmu. "Kami berharap golongan remaja tidak mengamalkan pergaulan bebas hingga mencemarkan maruah mereka sebagai remaja Islam," katanya.


Ahmad Raffli berkata, keempat-empat pelajar itu kemudian dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)."Jika bersalah, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya


APAKAH MEREKA INI AKAN SERIK UNTUK TERUS MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN DENDA YANG SEBEGINI???
AGAKNYA MEREKA AKAN TERUS BERANI LAGI UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT SEKIRANYA HUKUMAN ROTAN 100 KALI SEBAGAI MANA DALAM HUDUD DILAKSANAKAN? TEPUK DADA TANYALAH IMAN........

No comments: