Dalam Heboh Timbalan PM dan Menantu PM mendakwa Malaysia adalah sebuah NEGARA ISLAM HADHARI, rupa-rupanya NEGARA ISLAM ini tidak menjamin KESELAMATAN terutamanya kepada kaum WANITA. Entahlah, duduk dalam rumah pun takut, keluar rumah pun takut. Bermacam-macam kemungkinan yang dirisaukan. Apakah negara ISLAM MALAYSIA ini tak sama dengan NEGARA ISLAM zaman RASULULLAH dan SAHABATNYA terdahulu?
ISLAM HADHARi ni kan serba boleh....Inilah peristiwa yang dialami oleh seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nyaris menjadi mangsa cabul seorang lelaki dipercayai 'gila seks' ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pak Bang, di Terengganu kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 19, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Pa apabila dihimpit sebuah motosikal dinaiki lelaki terbabit di Jalan Pak Bang.Difahamkan, pada mulanya, remaja terbabit menyangka lelaki itu cuba memotong motosikal dinaiki mangsa bersama adiknya lalu memperlahankan motosikal bagi memberi laluan kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik menghampiri motosikal mangsa, lelaki berkenaan dikatakan cuba mencabut kunci motosikal itu sebelum cuba mencabul mangsa menyebabkan adiknya menjerit ketakutan.
Bagaimanapun, kehadiran sebuah motosikal lain dari laluan bertentangan menyebabkan lelaki berkenaan terus melarikan diri dengan memecut motosikalnya sebelum sempat mencabul mangsa.
Menurut Ana, ketika kejadian, dia dan adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah ibu saudaranya sebelum dihimpit sebuah motosikal tidak berlampu ditunggang lelaki berkenaan yang berpakaian serba hitam."Saya ingatkan dia mahu memotong motosikal saya lalu memperlahankan kenderaan sebelum dia tiba-tiba menghimpit motosikal saya sambil tangannya menghala ke arah kunci motosikal."Saya yang cemas dengan gelagat lelaki itu kemudian menjerit ketakutan sebelum muncul cahaya lampu sebuah motosikal lain dari arah depan menyebabkan lelaki itu terus memecutkan motosikalnya
Berikutan kejadian itu, saya kini trauma dan sukar tidur malam kerana sering teringatkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.Ibu mangsa pula berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa apabila mendengar jeritan anaknya itu sebaik mereka tiba di rumah.
"Saya ingat mereka berteriak memanggil saya. Rupa-rupanya, dia nyaris menjadi mangsa cabul lelaki gila seks yang sebelum ini heboh diperkatakan penduduk kampung, namun ramai yang tidak membuat aduan polis," katanya.Wanita itu berkata, kejadian cubaan cabul itu dikatakan sering berlaku di kawasan berkenaan kerana sepanjang Jalan Pak Bang menuju Kampung Pak Pa tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan keadaan begitu gelap," katanya .
UNTUK KAUM WANITA PERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU PERTAHANAN DIRI, CARILAH APA-APA JENIS SILAT YANG BOLEH DIPELAJARI. ZAMAN SEKARANG NI TAK KIRA UMUR ASALKAN PEREMPUAN TULEN, PASTILAH NAK DIJADIKAN MANGSA. BILAKAH NAK AMAN DUNIA NI YEA.......
No comments:
Post a Comment