HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, October 28, 2011

RENUNGAN


gambar hiasan
Riwayat yang di sampaikan oleh Asma binti Umais, yang berkata, " suatu kali saya berada bersama Fathimah. Ketika Rasulullah S.A.W datang , Fathimah mengenakan kalung emas yang merupakan bagian ghanimah yang di perolehi Ali bin Abi Talib yang kemudian di berikan padanya. Melihat itu Rasulullah S.A.W berkata 

" Wahai anakku, janganlah hendaknya engkau menyebabkan orang mengatakan bahwa, Fathimah itu puteri Muhammad,sedang engkau mengenakan pakaian orang-orang durhaka"

'Ketika itu pula Fathimah melepaskan kalungnya dan menjualnya hari itu juga. Hartanya dia belikan seorang mukminah yang berstatus budak yang kemudiannya di merdekakannya. 
Rasulullah S.A.W mendengar hal itu, dan beliau sangat gembira dengan tindakan Fathimah tersebut dan Ali pun memperolehi berkahnya pula

Thursday, October 27, 2011

KE CAWANGAN KANDANG PULA


 Alhamdulillah, sempena cuti Deepavali, DMPKBK mengambil  kesempatan berjumpa serta berbincang dengan Muslimat cawangan Kandang pula setelah sekian lama tidak dapat bertemu.

 Puan Kintan selaku Ketua Muslimat negeri Melaka , juga tidak ketinggalan turut sama memberikan sedikit kata-kata motivasi bagi memberikan sedikit suntikan kepada muslimat yang hadir dalam program ini.

Semuga muslimat-muslimat akan terus berusaha gigih bagi memastikan kemenangan,

Sunday, October 23, 2011

DMPBK KE CAWANGAN PAYA DALAM

Alhamdulillah. Ajk dmpbk dapat mengadakan pertemuam bersama-sama ajk muslimat cawangan Paya Dalam petang tadi setelah sekelian lama tidak dapat berbuat demikian , di atas berbagai urusan .

Pertemuan ini merupakan pertemuan yamg menarik kerana apabila ramai muslimat Paya Dalam yang dapat bersama-sama hadir bagi meraikan kami.
Semuga pertemuan ini juga meupakan satu pertemuan yang dapat memberikan suntikan bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan di atas muka bumi ini.

Lebih menarik lagi apabila Dr Khatijah sempat menceritakan detik-detik indah di alam persekolahan sekolah rendah apabila 2 orang gurunya dapat bersama-sama hadir di dalam pertemuan itu. Ada peristiwa -peristiwa menarik yang sempat di ceritakan oleh Dr Khatijah dalam pertemuan yang sengkat itu.

"Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula di alam persekolahan". Pasangan kepada 2 orang gurunya itu juga merupakan guru di sekolah yang sama. 

Yang pastinya, pertemuan ini akan berterusan bagi memastikan semua kerja-kerja kebajikan akan berlancar serta mengeratkan ukhwah dan mendapat redha ALLAH. insya ALLAH

"Dan mereka memberi makanan yang di sukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang di tawan. (Mereka berkata) "Sesungguhnya kami memberi makanan kepada mu hanyalah untuk mengharap redha ALLAH . Kami tidak mengkehendakki balasan dari kamu, dan tidak pula ucapan terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari yang (Di hari itu orang bermasam muka) penuh kesulitan ( yang datang) dari Tuhan kami. "Maka ALLAH memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiaraan hati. dan  Dia  memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka ( dengan) surga dan (pakaian) sutera. (Qs. 76:8-12)

"Selemah-lemah orang adalah dia yang tidak sanggup mencari kawan, tapi yang lebih lemah dari itu adalah dia yang menyia-nyiakan kawan-kawan yang di milikkinya.
(Saidina Ali)





Wednesday, October 19, 2011

SABARLAH ADIK AMMAR


Mungkin ada benarnya apabila ada orang berkata " Terimalah apa kita tidak suka dan sukalah apa yang kita terima". 

Meskipun adakalanya kata-kata ini seperti sedikit  menyakiti namun redha dengan ketentuan Illahi , pasti dapat menenangkan hati.

Mungkin tidak salah juga apabila di katakan " Apa yang berlaku ke atas diri kita, itulah yang terbaik buat kita"..
Tapi orang juga selalu berkata : "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."
Buat adik Ammar Muizuddin, bersabarlah dengan apa yang berlaku.

 Adik Muizudin merupakan anak ke dua kepada Timbalan DMPKBK, Puan Mahani Osman. Baru berusia 12 tahun

Ketika sedang bermain bola di padang, tiba-tiba sebiji peluru pistol mainan tertembak terus ke dalam matanya.  Seperti sukar untuk mempercayai nya  tapi memang "malang tidak berbau."
dan yang pastinya "banyak perkara lagi yang akan kita temui dalam kehidupan ini samada kita suka atau pun tidak".




Harith Amsyar adik ke 6
Kemalangan ini menyebabkan adik Ammar terpaksa tinggal di hospital hampir seminggu.



Adik Daniel, anak ke lima
Alhamdulillah, kini adik Ammar telah pun sihat, cuma matanya masih sedikit tidak selesa.


Kami berdoa agar adik Ammar akan sembuh sepenuhnya dan ceria seperti sebelumnya.

Monday, October 17, 2011

DAH TAK SABAR NAK BACA

NONE"Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Buku nipis 16 halaman bertajuk
Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

 

 "Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR."


Yang pastinya , tentu buku ini merupakan sebuah buku yang menarik untuk di baca oleh kaum wanita , bagi   mengetahui betapa borosnya isteri perdana menteri dalam keadaan para-para ibu terpaksa berjimat serta mengikat perut dalam berbelanja dalam  keaaaan harga barang yang tinggi sekarang.

TAHNIAH!! DAPAT BABY LAGI

Alhamdulillah. ..Ketua Lajnah Tarbiyah , Ustazah Noraini  Haji Sidek , ajk dmpkbk mendapat baby lagi. Menambah seorang lagi mujahidah.
  












Menjadikan  cahayamatanya kini seramai 4 mujahidah.
Anak  keempat yang comel, di lahirkan pada 3 Oktober,  di beri nama Hur'Ain. Di lahirkan seberat 3.35 kg.
 Muslimat Air Molek turut menziarahi Ustazah Noraini , petang tadi.
Semuga cepat sihat dan dapat bersama-sama mencurahkan tenaga dalam menghadapi PRU 13.








*Dan kini Ketua Penerangan DMPKBK , Puan Fatimah Hj Wahit pula ,  sedang menunggu kelahiran cahaya matanya yang ke 9.

Telah mempunyai 4 Mujahid dan 4 Mujahidah. Beliau kini berada di hospital sehingga selamat melahirkan baby dalam beberapa minggu lagi, insyaALLAH.

Kami doakan agar di permudahkan dan semuanya selamat.

Saturday, October 15, 2011