Sebaik-baik kekayaan adalah Qanaah(bersyukur dengan apa yang ada) dan seburuk-buruk kemiskinan adalah merendahkan diri.

Gunakanlah akal fikiran , kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan bebar-benar hidup.

Orang yang banyak bergurau akan menghilangkan kewibawaan dan kebanyakkan orang yang berwibawa adalah yang pendiam.

Kesempatan yang baik itu cepat berlalu dan lambat pula untuk berulang lagi

Anda akan tercela ketika anda tidak mensyukuri nikmat.

Orang yang rugi adalah yang membiarkan bahagianmu berlalu,padahal telah di tawarkan kesempatan kepada mu

Di waktu yang lain Sayyidina Hassan di tanya tentang maksud dermawan, lalu beliau menjawab," Iaitu memberi sebelum di minta".

apabila kamu inginkan sesuatu keperluan maka carilah ia melalui ahlinya. Lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau 'Wahai cucu Rasulullah!, siapakah orang yang di maksudkan ahli itu?
Beliau menjawab: iaitu orang yang kisahnya di sebut oleh ALLAH di dalam Al Quran, ketika ALLAH berfirman," Sesungguhnya yang boleh mengambil pelajaran hanyalah Ulul al-Bab (orang yang berakal)

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU TETAP AKAN MENERUSKAN LANGKAHKU. SEBAB BAGI SEORANG PEMUDA , MATI ITU BUKAN SESUATU YANG MEMALUKAN .APABILA KEBENARAN MENJADI NIATNYA DAN BERJUANG SEBAGAI SEORANG MUSLIM...KALAU AKU TETAP , AKU TAK PERNAH MENYESAL. DAN KALAU AKU MATI, AKU TIDAK MENDERITA. CUKUPLAH UNTUK DI SEBUT DENGAN KEHINAAN, BILA ENGKAU TETAP HIDUP TAPI DI HINAKAN. ( Saidina Husain)

RENUNGAN

LIDAH

1.Lidah orang mukmin berada di belakang hatinya sedangkan hati orang munafik berada di belakang lidahnya.

2. Tidaklah lurus iman seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidaklah akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

3.Demi ALLAH, tidaklah aku melihat seorang hamba bertakwa dengan takwa yang membawa manfaat baginya sehingga dia menyimpan lidahnya.

4.Sesungguhnya lidah ini sentiasa tidak mematuhi pemiliknya.

5. Berbicaralah, niscaya kalian akan di kenal kerana sesungguhnya seseorang tersembunyi di bawah lidahnya.

6. Ketenangan seseorang terdapat dalam pemeliharaan terhadap lidahnya

7. Lidahmu menunutut , apa yang telah engkau biasa padanya.

8.Lidah laksana binatang buas, yang jika di lepaskan niscaya dia akan mengigit.

9. Jika lidah adalah alat untuk mengekspresikan apa yang muncul dalam fikiran, maka sudah sayugianya engkau tidak mengunakannya dalam hal yang tidak ada dalam fikiran itu.

10. Perkataan tetap berada di dalam belenggumu selama engkau belum mengucapkannya.
Jika engkau telah mengucapkan perkataan itu, maka engkau lah yang terbelenggu olehnya.
Oleh kerana itu , simpanlah lidahmu sebagaimana engkau menyimpan emas mu dan perakmu. Adakalanya perkataan itu mengandung kenikmatan tetapi ia membawa bencana.

11.Sedikit sekali lidah berlaku adil kepadamu , baik dalam menyampaikan keburukan mahupun kebaikan.

12. Timbanglah perkataan mu dengan perbuatanmu dan sedikitlah dalam berbicara kecuali dalam kebaikan

13. Ada kalanya diam itu lebih kuat daripada jawapan.

14. Jika akal telah mencapai kesempurnaan maka akan berkuranglah pembicaraannya.

15. Apa yag terlewat dari mu kerana diammu lebih mudah bagi mu untuk mendapatkannya daripada yang terlewat dari mu kerana perkataanmu.

16. Sebaik-baik perkataan seseorang adalah apa yang perbuatannya membuktikan.

17.Jika rengkas (dalam perkataan) sudah mencukupi maka memperbanyakan (perkataan) menunjukkan ketidakmampuan mengutarakan sesuatu. Dan jika rengkas itu di rasa kurang ,maka memperbanyakkan (perkataan ) wajib di lakukan.

18.Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyaklah kesalahannya.Dan barangsiapa banyak kesalahannya maka sedikit malunya. Barangsiapa sikit malunya maka sikit wara'nya. Barang siapa sedikit wara'nya maka mati hatinya dan barangsiapa mati hatinya maka dia masuk api neraka.

Saiyidina Ali







Sunday, December 25, 2011

WACANA PENERANGAN

insyaALLAH , Satu wacana "Merancang Kempen Berkesan " akan di adakan di HAMAS pada 26 Dec bersamaan 1 Safar 1433 . Bermula dari jam 9 pagi. Anjuran DMPNM.

Muslimat di jemput hadir.

0 comments: