HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, June 29, 2007

BUAT PEJUANG GMI




I.S.A.... ITU SALAH AKU????

Itu Salah Aku???

Salahkah aku???
Bangun menentang satu kezaliman
Salahkah aku???
Bangkit menentang penindasan
Salahkah aku???
Berdiri menentang ketidakadilan
Salahkah aku???
Berjuang menentang kerakusan
Salahkah aku???
Bermati-matian mempertahankan Keimanan

DARI
Pemimpin-pemimpin yang dalam kehausan
Menghisap darah rakyat keterlaluan
Hilang sudah pertimbangan
Hidup dalam kerakusan
Sudah tidak dapat membuat perbezaan
Diantara yang hak dan kebatilan

SEBAB
Fitnah, rasuah,Judi, Merampas hak, adalah amalan
Meroboh rumah rakyat sudah kebiasaan
Lebih keterlaluan, RUMAH ALLAH berani dirobohkan
Tol, Cukai, disana-sini satu kemestian
Banduan pun berani ditelanjangkan
Sehingga rakyat terasa satu bebanan
Apatah lagi yang hidup dalam kesusahan


LANTAS
Kebangkitan rakyat sangat digeruni
I.S.A. kepada yang disyakki
Penangkapan tanpa bicara, itulah yang dijalani
Hukum RIMBA, itulah yang dikehendakki
Tanpa mahkamah , tanpa saksi
Tak kira pegawai atau petani
Lebih-lebih pada para lelaki
Asalkan tidak melaungkan
"REFORMASI...REFORMASI.."
Kerana itulah ancaman yang ditakuti

JUSTERU
Dipukul,ditumbuk dipenjara perkara biasa
Deraan demi deraan tidak terhingga
Kononnya banduan tapi direkacipta
Melemahkan semangat, itulah tujuan yang dipinta
Supaya mengaku kesalahan yang tiada
Demi menakutkan rakyat jelata
Agar mereka terus bermaharajalela

DAN
Salahkah aku???
Kiranya aku adalah salah seorang daripada jutaan rakyat jelata
Kiranya aku adalah seorang diantara ribuan mereka
Yang bangkit melaungkan
..REFORMASI...REFORMASI..
Walau dengan apa cara
selagi kudrat masih ada
Selagi aku ada upaya

INGIN AKU NYATAKAN PADA MEREKA
Rumah ALLAH, rumah suci
Ombak Tsunami pun pandai menghormati
Masjid Baitul Rahman di Aceh, masih tegak berdiri
Walau tiada apa yang mengelilinginya lagi
Cukuplah dengan tersungkurnya Masjid diPantai Timur sana
Usahkah dibiarkan bumi ini dibasahi air mata sengsara
Cukuplah dengan dosa yang ada
Usah diundang lagi bala yang dah banyak melanda
Cukuplah dengan penderitaan yang tidak dipinta
Usah dibiarkan rakyat jelata terus menderita
Akibat dari hilang keberkatan dariNYA

INGIN AKU MAKLUMKAN LAGI
Yang masih tidak percaya
atau yang masih buta
dan yang masih meraba-raba
Bukalah hati.. mata.. Minda
Inilah Malaysia, Inilah Malaysia bumi tercinta
Macam tak percaya tapi nyata.

AKAN AKU SAMPAI JUGA
Walau kehujung dunia
tak kira dimana jua
Selagi aku boleh berkata
Selagi ada pendengarnya
selagi aku bernyawa
Meskipun diriku adalah taruhannya.

UNTUK
menentang kezaliman itu
menentang penindasan itu
menentang kerakusan itu
demi mempertahankan KeISLAMAN yang jitu

WALAUPUN
ianya masih tidak berbaloi
Dengan kesakitan,penderitaan,penghinaan yang aku terima dipenjara sana

NAMUN
Aku berpuas hati
kerana masih dapat meneruskan perbicaraan diakhirat nanti
TUNGGULAH....TUNGGULAH
Masa untuk diadili
Dimahkamah Agung lagi Suci
Bukan...bukan lah... lahir dari perasaan yang mendendami
Apatah lagi untuk mengadili
Tapi itulah JANJI ILLAHI
Setiap manusia akan melalui
Tiada siapa dapat melepasi

HINGGA
ISLAM akan kepuncak jaya
Kerana disitu terletaknya KEADILAN kepada semua
Tak kira bangsa dan agama
Aku YAKIN bukan sekadar PERCAYA
ALLAH tetap bersama

AKHIR SEKALI
Salahkah aku???
Wahai isteri kesayangan ku
Meninggalkan mu dalam kesunyian

Salah kah aku???
Wahai anak-anakku
Meninggalkan mu dalam ratapan

Salah kah aku???
Wahai ibubapaku
Meninggalkan mu dalam kesedihan

Salah kah aku???
Wahai sahabat-sahabatku
Meninggalkan mu meneruskan pejuangan

Salah kah aku???
Wahai pemimpin -pemimpin ku yang zalim
sehingga aku disumbat
kepenjara

I.S.A.
Itu Salah AKu??? @ Itu Salah A....... ?????

UMMU NISA'
29 Jun 2007
12.10 tgh

No comments: