HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, January 28, 2010

MENJEJAKKI ISTERI-ISTERI AJK KAWASAN DAN CAWANGAN




Tak pasti kenapa seperti sudahnya menjadi satu kelaziman, apabila sesuatu program berkala diberhentikan buat seketika maka untuk memulakan kembali agak sedikit payah. Ianya sering kali berulang mestipun setiap kali permulaan telah dipenuhi dengan seribu keazaman. Namun seperti yang ALLAH telah janjikan dalam surah Muhammad ayat 7 yang menyatakan bahawa apabila kita menolong agama ALLAH , pasti ALLAH akan menolong dan menetapkan kedudukan kita.InsyaALLAH.
Dan sememangnya apabila kita berjalan kepada ALLAH, maka ALLAH akan berlari kepada kita.Apabila niat ikhlas yang kita sertakan maka pasti ALLAH membantu dari berbagai arah tanpa kita sedari.

Begitulah juga kepada DMPBK. Dengan segala kelemahan serta kekurangan yang ada , cuba meneruskan kembali agenda-agenda yang agak terkaku seketika. Alhamdulillah, dengan bantuan ALLAH SWT maka terkumpullah sedikit kekuatan demi kekuatan untuk meneruskan program mingguan ini.

Dengan itu Pengerusi Lujnah Tarbiyah Muslimat B.Katil, meneruskan program menjejakki isteri-isteri ajk Kawasan serta cawangan Bukit Katil dalam rangka ziarah-menziarahi bagi memastikan bahawa isteri-isteri ajk Kawasan dan cawangan akan bersama-sama didalam program-program mingguan muslimat bagi menegakkan syiar ALLAH ini.

Alhamdulillah, semalam sebanyak 5 rumah sahabat-sahabat yang telah di ziarahi, sambil menerangkan bahawa betapa pentingnya untuk kita mengeratkan ukhuwah sesama kita bagi menjayakan apa yang ingin kita capai dalam hidup ini. Walaupun pada hakikatnya kita memerlukan masa yang panjang untuk menerangkan serta memahami semua ini namun ianya mesti di mulai.

Suasana serta keadaan yang ada pada hari ini memanglah amat mencabar. Kemelut kehidupan sudah menjadi-jadi. Kita seolah -olah dipaksa menjadi penonton yang amat setia . Menonton kerosakan demi kerosakan dengan akhlak buruk manusia yang begitu berleluasa. Saban hari kita di dendangkan dengan lagu-lagu penjenayahan.Kerakusan demi kerakusan manusia untuk merampas hak orang lain.Kita terus di dendangkan dengan irama-irama sonsang yang amat menyesatkan manusia samada kita sedari atau buat-buat tidak menyedari. Toleh kanan, toleh kiri, pandang depan, pandang belakang ,terasa seperti kita sudah terjerat sama didalam segala kemelut ini.Terasa betapa kerdilnya kita untuk merubah segalanya sebelum bertambahnya dasyatnya lagi kemelut ini.

Namun cukupka kita sekadar memerhati, sekadar menjadi penonton yang setia, sekadar membaca, sekadar mengeluh dan sekadar menulis? Apakah dengan alasan kekerdilan kita, maka kita akan lulus ujian diakhirat sana?

Walau apa pun tanggapan kita sekarang, walau apa pun alasan yang kita berikan, namun kita tetap khalifah diatas muka bumi ini. Kita tiada jawapan yang lain selain itulah jawapan yang ada. Kita diamanahkan untuk memikul beban yang besar ini, untuk membaiki keadaan yang ada. Kita tiada pilihan.Kita terpaksa melakukan mengikut kemampuan kita.Kita mesti mengorbankan masa, tenaga, hartabenda serta jiwaraga untuk kerja-kerja Islam ini.Kita tak minta apa-apa ganjaran melainkan rahmat serta keredhaan ALLAH.

Mungkin kita sudah terlalu lama sibuk dengan kehidupan kita. Dan kesibukan kita didalam mengejar habuan didunia ini menyebabkan kita terlupa bahawa kita punya tugas yang lebih utama.Tugas untuk berdakwah menyampaikan pesanan demi pesanan dari Rasulullah bagi mendamaikan suasana terutama di bumi Malaysia.Malaysia yang sudah jadi haru biru , kacau bilau sehinggakan kita sering terbaca perkataan "SELAMATKAN MALAYSIA".Jadi siapakah yang akan menyelamatkannya kalau tidak kita. Tuding 1 jari kepada orang lain, maka 4 jari menuding kearah kita.

Mungkin ada yang tidak suka dengan kedatangan kami yang ingin mengajak bersama-sama dalam perkembangan arus kebangkitan ini.Mungkin kedatangan kami menganggu zon selesa yang sedang dikecapi sekarang. Zon selesa ketika bersantai bersama suami serta anak-anak , apatah lagi berhadapan dengan tv yang terlalu amat menyeronokkan. Tv yang begitu banyak telah mempengaruhi minda manusia sehinggakan seperti hilangnya fitrah manusia yang sememangnya dilahirkan berjiwa merdeka.Satu rumah mungkin 2 @ 3 tv. Agak sukar untuk menemukan keluarga yang membaca buku atau Al Quran demi menambah ilmu, baik mana tempat yang di ziarahi. Ilmu-ilmu yang mampu mengajar kita diantara iman dan kufur.

InsyaALLAH, Program-program kebaikan tetap akan tetap diteruskan meskipun adakalanya ia amat payah, sepayah memanjat tiang yang licin. Marilah bersama-sama kita merebut peluang ini dan bersama-sama dengan jemaah ini . Ikhlaskan hati kita. Kita tak mahu menjadi seperti orang yang tidak tetap pendirian . Tidak mahu menjadi orang yang mudah melompat sana-sini. Tidak mahu menjadi orang yang angkuh dan sombong ,kononnya seperti semudah orang yang menukar kasut. Pendirian kita jelas. Islam dan jahiliyah tdak ada perkaitan langsung.Ibarat langit dan bumi.

Cuma harapan serta doa yang di harapkan dari ALLAH SWT agar memberikan segala kekuatan serta kemudahan.
Amal semata-mata bukanlah penentu kepada kejayaan melainkan semuanya dengan pertolongan dan kerahmatan dari ALLAH seperti apabila Abu Sufian yang terkenal dengan keangkuhannya bertanya kepada Rasulullah "bagaimanakah engkau bisa mengalahkan aku' lalu dijawap oleh Rasulullah SAW "dengan pertolongan ALLAH".
InsyaALLAH.

Sunday, January 24, 2010

TAHNIAH!!!PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan Tahniah diatas kejayaan Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Bukit Katil pada malam ahad yang lepas.
Pelancaran yang dibuat bersempena dengan ceramah anjuran dari DPPKBK dan cawangan Bukit Katil.

Ceramah telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Negeri Melaka, Ustaz Ghani abdul Rahman, ADUN Kesidang YB Goh Leong San,Dato Tn Ibrahim Tuan Man ,Naib Presiden PAS.

Dato Tn Hj Ibrahim Tuan Man telah juga merasmikan kutipan dana Tabung Komplek PAS Kawasan Bukit Katil.

Jumlah wang yang telah terkumpul setakat semalam termasuk kutipan yang disumbangkan oleh para hadirin dimalam tersebut mencecah hampir RM 20,000.Meskipun kelihatannya seperti kecil namun sebenarnya ini adalah permulaan bagi menunjukkan mercutanda bahawa PAS kawasan Bukit katil akan mula bertapak dibumi Melaka.

Didalam keghairahan kerajaan Negeri Melaka mengistiharkan bahawa Melaka Maju dalam tahun 2010 terutama dalam komitednya mempromosi sektor pelancungan sehingga sanggup membazirkan wang yang begitu banyak bagi benar-benar memastikan promosinya benar-benar berjaya tapi pada hakikatnya kemajuan yang sebenar yang dicapai oleh kerajaan Negeri Melaka sehingga januari 2010 adalah salah guna kuasa. . Apa yang nak di megahkan lagi apabila salah satu tawaran dari pelbagai produk pelancongan yang iaitu Eye On Malaysia telah disita dan juga apabila kincir air juga tidak bergerak.

Semuga gabungan padu berlandaskan keikhlasan dari DPPBK, DMPBK ,NISA serta ulama dapat membuahkan hasil.

"Sesungguhnya kita mendakwah umat manusia ke jalan Islam bukanlah dengan tujuan untuk mencari upah dan tanda jasa , bukan juga untuk memancing pangkat dan bintang kebesaran. Hanya kita mendakwah umat manusia ke jalan Islam justeru kerana kita cinta dan kasihkan mereka, juga kerana kita inginkan mereka beroleh kebajikan dan kebahagiaan, walaupun mereka menyakiti dan menganiaya kita dan malah memusuhi kita sebab itu sudah menjadi asam garam hidup bagi pendakwah ke jalan ALLAH disepanjang zaman.

Layanan-layanan buruk yang kita terima itu tidak boleh menyebabkan kita kecewa dan berputus asa, malah akan menguatkan azam kita bagi meneruskan perjalanan dan bergerak terus.

Umat manusia wajib diberitahu tentang hakikat Islam itu dan hakikat kewajipan mereka sendiri terhadap Islam sebagai jalan untuk beroleh kebajikan dan kebahagiaan yang pasti diberikan Islam kepada mereka.

Begitu juga mereka perlu mengetahui pendapat kita mengenai hakikat jahiliyah yang sedang mereka hayati sekarang.

Hakikat bahawa jahiliyah itu tetap jahiliyah dan tiada sebarang pertalian pun dengan Islam.

Hakikat bahawa selain dari undang-undang dan Syariat Islam itu ialah undang-undang Hawa Nafsu, hakikat bahawa tiada alternatif lain bagi Islam yang merupakan 'KEBENARAN' itu selain daripada 'kesesatan'.

Wednesday, January 20, 2010

MANTAP



Dewan Muslimat PAS negeri Melaka akan menganjurkan program MANTAP bermula pada 22 Feb jam 6 petang dan akan berakhir pada 23 Januari pada jam 12.30 tengahari.

Diharapkan semua ajk muslimat negeri,ajk Kawasan, ajk cawangan dapat menghadirkan diri di program ini bagi meneruskan agenda yang telah ditetapkan ini.

JUMPA DISANA!!!
InsyaALLAH

Tuesday, January 12, 2010

TUNTUTLAH ILMU..

Perjalanan yang mengambil masa melebihi 10 jam , memanglah amat meletihkan.Dari jam 8 pagi bertolak dari Bandaraya bersejarah dan tiba pada jam 8 malam di sebuah hotel di negeri Serambi Mekah namun pengalaman-pengalaman yang dilalui selama menguruskan anak-anak dari Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung,Melaka ke Sek Maahad Muhammadi Pasir Mas bagi anak-anak perempuan manakala ke kolej STAM di Kok Lanas,bagi anak-anak lelaki, memberikan kepuasan bagi ibu-ibu serta ayah-ayah yang turut mengiringi. Alhamdilillah bas baru yang di sewa mampu memuatkan seramai 44 penumpang memang cukup selesa buat kami semua. Seramai 9 pelajar perempuan manakala 12 pelajar lelaki telah diberikan tempat disana bagi penerusan menuntut ilmu serta mendudukki peperiksaan STAM bagi tahun 2010. Bagi pelajar-pelajar yang tidak pernah berjauhan dari ibubapa, diselubungi kesayuan sebaik saja ibu serta bapa cuba meninggalkan mereka, maklumlah ini merupakan pengalaman pertama mereka untuk menetap di asrama tambah lagi jauh dari pandangan ibu dan ayah.




Banyak perkara yang menarik hati ketika disana apatah lagi bila harga makanan nya, air buah yang segar cuma RM 1.20 , ice blended cuma RM 1.00. Nasi berlaukan daging bakar, sop serta sambal belacan baru mencecah RM 2.50 sepinggan. Mungkin harga ini agak asing jika dibandingkan dengan harga makanan yang kami makan singgah disepanjang perjalanan ditempat lain. Diterengganu saja, makan maggi sop dan nasi goreng biasa saja(perasa ikan bilis) dan air teh secawan dan air suam saja sudah menjangkau harga belasan ringgit. Namun apa yang lebih menarik hati ketika di Pasir Mas, semasa kami menunaikan solat Zohor dimasjid , aku sempat merakam gambar pelajar-pelajar yang sedang mengaji Al Quran. Mungkin ini sesuatu yang asing bagi aku kerana mungkin aku belum pernah menemukan pelajar-pelajar yang mengaji di masjid sewaktu tengahari begitu. Mungkin ini telah menjadi amalan bagi mereka setiap hari .



Syukran Jazilan buat semua Ustaz yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat tempat disana terutama Ustaz Kamarudin dan juga cikgu Bibah. Semuga ALLAH membalas segala kebaikan yang dilakukan.

Tuesday, January 5, 2010

LIHATLAH RAGAM MEREKA..2010

KEMBALI KE SEKOLAH .HARI KEDUA PERSEKOLAHAN SESI 2010
(MINGGU SUAIKENAL MAAHAD AR RAHMAH)

(TAHUN 1 AR RAHMAH)

(DI KANTIN BERSAMA GURU )

(PASTI SOLOK GAUNG)

(SEKOLAH RENDAH MAAHAD AR RAHMAH)

Monday, January 4, 2010

ZIARAH-ZIARAHLAH.. KERANA BISA MENGERATKAN UKHUWAH

Alhamdulillah, semalam beberapa dari kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda Bukit Katil telah diberi kesempatan bagi menziarahi 3 keluarga di Bukit Baru. Penziarahan yang bertujuan mengeratkan siratulrahim sesama insan serta bertujuan mengenang jasa-jasa mereka yang telah mereka curahkan selama ini walau dari apa cara sekalipun asalkan semuanya berbentuk kebaikan sesama insan.



Penziarahan ini terlalu bermakna bagi tuan rumah memandangkan jarang para tetamu datang secara serentak beramai-ramai melainkan dijemput atau pun menerima kunjungan dari saudara mara terdekat tetapi kali ini agak berbeza apabila pimpinan PAS datang menziarahi disertai dengan hampir 20 orang dengan membawa sedikit buah tangan sebagai cenderahati.

Dan sudah semestinya apabila semakin kita ziarah menziarahi, baru kita akan dipertemukan dengan berbagai permasalahan yang dialami oleh mereka. Dan disitu timbulnya kesedaran bahawa sebenarnya kita adalah manusia yang terlalu lemah disisi ALLAH S.W.T.dan menyedarkan kita bahawa setiap insan mempunyai tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Semuga program sebegini akan dapat diteruskan selalu kerana bukan saja ia mampu membina kekuatan yang ampuh dikalangan ahli PAS malah sesama insan diluar sana dan semuga mendapat keberkatan dari ALLAH.

Tuesday, December 29, 2009

SANTUNI ANAK YATIM


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah diatas kejayaan mengadakan program "Kembali ke Sekolah". Program bagi meraikan anak-anak yatim dengan memberikan sedikit sumbangan anak-anak yatim dalam bentuk wang , pakaian, sekolah serta alatulis.

.


Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan Kawasan Bukit Katil dan telah mendapat kerjasama dari Lajnah kebajikan pemuda, NISA serta muslimat.
Program yang melibatkan seramai 20 anak-anak yatim dari 20 keluarga dari 20 cawangan Kawasan Bukit Katil.


(salah seorang ibu tunggal memotong kek)

Meskipun pun tidak ramai yang menerima sumbangan ikhlas dari PAS Kawasan Bukit Katil namun itu telah cukup menunjukkan keperihatinan PAS terhadap masyarakat terutama anak-anak yatim.
Dan sudah tentu ini juga telah dapat meringankan beban serta pening kepala yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal yang telah kehilangan suami.

Saudara Qahar, seorang artis dari KL telah dijemput khas juga telah sudi bersama-sama bagi meraikan majlis.Dengan bayaran yang amat berpatutan , dendangan nasyid , Puisi serta nasyid UMMI bersama anak-anak telah menyebabkan ramai diantara muslimat-muslimat turut mengalirkan air mata.

Usapan di kepala nak-anak yatim ini diikuti dengan selawat beramai-ramai cukup memberi makna pada para hadirin semua.


(Hanya sebahagian saja dari anak-anak yatim yang mahu bersama-sama bernasyid)

Semuga program sebegini akan terus diadakan dalam hal untuk menyantuni anak-anak yatim ini.ALHAMDULILLAH.

Wednesday, December 16, 2009

LEGA RASANYA NAMUN UJIAN SILIH BERGANTI

"Ummi..baju ini nak beri siapa" tanya Umairah pada ibunya sebaik saja pulang dari sekolah.
"Baju apa pulak..kan elok lagi. Pakai ajalah" ibu Samirah agak kehairanan dengan pertanyaan anaknya.
"o..o Ummi dah lupa nampaknya. Kan dah habis SPM tadi. Dah tak da kat sekolah Ar Rahmah lagi. Nak belajar kat Kelantan pulak..nak ambil STAM",Sambil Umairah mentertawakan ibunya.
Ummi Umairah tergamam. Merenung tepat kearah anaknya. Dia hampir terlupa bahawa hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM.
"Jadi ..awaklah tak dalah belajar kat Ar Rahmah lagi..e..e..baru ummi ingat" ibu Umairah tersipu-sipu.
"Tak pa..pakai ajalah baju sekolah itu kat sekolah Kelantan nanti. Jimat sikit" ibu Umairah cuba menutup rasa bersalahnya.
"Ummi...ummi..Sekolah kat Kelantan baju sekolah warna lain.. mana sama mi..Jubah ini kat sekolah Ar Rahmah aja. Tak sama.".Umairah ingatkan ibunya sambil tersenyum.
"O.k...pakai aja buat basahan dirumah atau jalan-jalan.." ibu Umairah tersenyum sendirian...
"Dah..dah lepas ini tolong ummi kat dapur pulak" ibu Umairah ingatkan anaknya setelah berbulan-bulan lamanya 'study' merupakan alasan yang paling baik dari membuat kerja dapur.

Akhirnya peperiksaan SPM tamat pada 16 Dis bagi 2009. Lega rasanya. ..seperti hilang satu bebanan yang berat dikepala. Tahun hadapan STAM pula..UJIAN SILIH BERGANTI


Guru-guru yang sentisa prihatin dengan anak-anak muridnya.


Dihari akhir SPM sebelum berpisah..Mungkin banyak kenangan indah yang akan dibawa hingga kehari tua.

Monday, December 14, 2009

SEMUGA BERJAYA PELAJAR-PELAJAR AR RAHMAH...

Didoakan agar pelajar-pelajar sekolah AR Rahmah berjaya dengan cemerlang dalam menghadapi peperiksaan SPM bagi tahun 2009.



Seramai 23 pelajar dari Ar Rahmah termasuk pelajar dan perempuan yang sedang menghadapi peperiksaan diSekolah Menengah Ayer Molek, Melaka.


Pelajar lelaki Ar Rahmah



Pelajar-pelajar berbangsa India yang sedang menelaah disaat akhir matapalajaran B.Tamil


Ustaz Kamarudin Sidek serta Ustazah Zainab mengiringi pelajar-pelajar bagi memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak mengalami sebarang masalah sebelum peperiksaan berjalan.



Kertas terakhir adalah kertas Syariah yang akan dihadapinnya pada 16 Disember setelah menghadapi 9 kertas peperiksaan sebelum ini. Semuga pelajar-pelajar Ar Rahmah dapat menjawab dengan tenang walaupun peperiksaan diambil diSekolah Menengah Ayer Molek.

Friday, December 11, 2009

DIDIKLAH ANAK DARI KECIL



Alhamdulillah..kelas hafazan serta fardhu ain yang dianjurkan oleh Lujnah pendidikan kawasan Bukit katil, yang diketuai oleh c cikgu Rosli sebagai ketua Lujnah pendidikan serta dibantu oleh cikgu Ropisah telah berjalan lancar.



Sehingga hari ini seramai 36 anak-anak telah menyertai kelas hafazan tersebut.
Seorang Ustaz serta seorang ustazah yang telah dilantik bagi mengajar kelas tersebut.
Meskipun masa yang diambil selama 2 minggu ,adalah masa yang terlalu sengkat namun ianya merupakan satu usaha yang murni bagi mendekatkan diri anak-anak kepada AL Quran. Dengan hanya bayaran cuma RM 15.00, ilmu yang anak-anak dapat adalah jauh lebih mahal.


Ibu-ibu yang mengikuti dihari pertama

Semuga berjalan lancar dan diberkati ALLAH.

Thursday, December 10, 2009

MENCARI KEBAHAGIAN SERTA KEPUASAN



Diantara banyak hal yang membuat orang mukmin itu senang adalah perasaan bahawa kebaikan , kasih sayang dan ampunan ALLAH itu sangat dekat padanya.

Diantara tonggak-tonggak yang menyokong kebahagiaan dan ketenangan jiwa adalah kesedaran bahawa Tuhan yang menyayangi ,Mengampuni dan Memaafkan orang yang memohon maaf.Justeru, bergembiralah dengan rahmat ALLAh yang luasnya meliputi langit dan bumi.

"ALLAH lebih menyanyangi hamba-Nya daripada seorang ibu kepada anaknya."

Gemar membuat baik terhadap sesama insan merupakan satu anugerah ILLAHI , dan satu pemberian yang penuh berkat dari ALLAH.

Ibnu Abbas berkata " dalam diriku ada 3 keistimewaan:
Tidaklah hujan turun kebumi kecuali aku akan memuji ALLAH dan bergembira denganya.
Tidaklah aku mendengar seorang hakim yang berlaku adil kecuali aku sentiasa mendoakan kepada ALLAH walaupun aku tidak terlibat dengan perkara yang diputuskan.
Dan tidaklah aku mengetahui satu ayat sahaja dari kitab ALLAH , kecuali aku inginkan orang lain juga mengetahui apa yang aku ketahui.

Ini merupakan satu pandangan yang berbentuk kecintaan untuk berbuat baik terhadap sesama insan, satu bentuk penyebaran nilai-nilai keutamaan di antara mereka, satu usaha untuk menyelamatkan hati mereka dan satunasihat untuk semua makhluk.

Seorang pujangga bermadah
"Tidak perlu lah hujan yang hanya turun dilinkunganku, tetapi tidak menyebar di seluruh negara"


Ramai wanita yang lebih suka menetap dirumah, duduk bersuka ria bersama keluarga, menonton tv. Dikerumuni oleh anak-anak serta suami, dilimpahi wang ringgit, tiada apa yang perlu difikirkan terhadap orang lain. Mungkin sudah cukup syurga baginya disitu.

Namun masih ramai wanita yang ingin melakukan kebaikan sebanyak mungkin , yang ingin mengajak seramai mungkin wanita-waniat lain agar bersama-sama masuk syurga yang dihajati.
Dan yang pastinya DMPKK meneruskan agendanya untuk terus berbakti dengan caranya yang tersendiri...
Semuga dirahmati, InsyaALLAH...

Monday, December 7, 2009

KARNIVAL BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah, dengan cuaca yang amat mendamaikan , karnival telah berjalan lancar selama 3 hari dikawasan Bukit katil. Meski pun sebelum dari berlansungnya Kanival ini, hujan turun mencurah-curah tetapi Alhamdulillah, Maha Suci ALLAH, sepanjang perjalanan karnival, cuaca sungguh menyamankan. . Beberapa acara telah disediakan oleh pehak penganjur, diantaranya acara mini sukan bagi kanak-kanak, mari mewarna ,rawatan percuma,acara menganyam daun ketupat, motor lambat,bowling padang, pecah rangkaian belon,golf,an pasangan bahagia. TYDP Kawasan Bukit Katil juga telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada anak-anak yang menang. Karnival diakhiri dengan ceramah yang menarik ramai para pendengar. Tahniah diucapkan kepada ajk-ajk upu Bukit katil yang telah bertungkus lumus menganjurkan karnival ini. Ini bukanlah satu usaha yang mudah sebaliknya memerlukan pengorbanan yang jitu. Semuga program seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun dan walaubagaimanapun ianya memerlukan pengorbanan untuk mendapatkan dana. Seperti yang telah sedia maklum bahawasSegala-galanya memerlukan wang tapi wang bukan segala-galanya. Semuga diberkati ALLAH.InsyaALLAH Semuga diberkati ALLAH