HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, October 29, 2010

KASIHAN!

Kasihan!  .. mungkin itulah perkataan yang paling  mudah untuk di sebut, apabila melihatkan berbagai-bagai tragedi yang begitu sadis, amat memedihkan hati, yang saban hari menimpa  ke atas kaum wanita. 
Dari pembunuhan Altantuya yang di bom , tragedi pembakaran Datuk Sosilawati yang , kesah seorang ibu yang ingin di campak dari tingkat yang tinggi, kesah isteri yang di sepak terajang ,   dan 1001 macam lagi deraan yang telah di ketahui umum, yang tidak perlu di nyatakan lagi.
Memang amat malang  apabila kejadian-kejadian yang amat memedihkan hati ini , di lakukan oleh  mereka-mereka yang mengaku beragama Islam tapi akhlaq mereka begitu hodoh seperti haiwan. 
Kesah seorang suami yang sanggup kencingkan ke muka isteri nya  juga , tidak kurang menariknya..Apalah yang dapat di harapkan lagi kepada seorang suami yang bersikap sebegitu keji. Isteri  yang sepatutnya di hargai, telah dianggap seperti haiwan.

Islam telah mewajibkan kepada para suami supaya berbuat baik terhadap isteri, berbicara dengan cara yang sebaik-baik , bermuamalah , bergaul dengan baik kepada isteri meskipun dia benci dengan isterinya. Ini merupakan satu pengiftirafan  yang tinggi yang di berikan oleh ALLAH kepada wanita. Bukankah ALLAH telah berfirman: 'Dan bergaullah dengan mereka secara yang patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak'..(An Nisaa:19).

Rasulullah di utuskan demi menyelamatkan kemanusiaan dan membuktikan kepada alam sejagat akan kejayaan risalah yang di bawanya. Rasulullah contoh umat. Kalimah syahadah yang  di sebut, yang bersaksikan bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan nabi Muhammad Pesuruh ALLAH sekaligus merelakan diri kita untuk menjadi Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita tanpa adanya pilihan kedua. 


Rasulullah sehebat-hebat manusia. Beliau bukanlah merupakan manusia agung dalam pengertian yang sempit.Beliau kekasih ALLAH . .Namun beliau mempunyai cinta yang mendalam terhadap isteri-isterinya. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Rasulullah pernah membongkokkan lututnya untuk di pijak oleh Saidatina Safiah untuk menaiki kenderaan dan pernah pada satu masa unta yang mereka naiki ,  tersadung lalu mereka berdua terjatuh. apabila orang ramai datang untuk menyelamatkan Rasulullah, maka Rasulullah berteriak mengatakan bahawa 'wanita mesti di tolong dahulu'. 
Pernah satu ketika semasa mengadakan permainan akrobatik dari Habsyah, Saidatina Aisyah meletakkan dagunya di bahu Rasulullah dan baginda berulangkali brtanya , apakah saidatina Aisyah berpuas hati dengan pertunjukan itu. Dan didalam pertandingan lumba lari  bersama isterinya, ada masanya  Rasulullah kalah,dan adakalanya Rasulullah pula yang menang.

Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Begitulah di antara akhlak yag di tunjukkn oleh pemimpin yang agung ini. Beliau  seorang yang dapat memahami kekegembiraan dan kekesediahan orang lain.Beliau seorang yang amat di senangi oleh orang-orang di sekelilignya.




Monday, October 25, 2010

SELAMAT BERTUGAS..PASTIKAN KEMENANGAN

  Seperti yang telah di jadualkan , bermula dari 28 Okt 10, Muslimat PAS Bukit Katil juga tidak ketinggalan , akan sama-sama turun ke Galas bagi membantu jentera muslimat Kelantan .Muslimat Bukit Katil begitu bersemangat sekali untuk bertugas , bagi memastikan bahawa perjuangan yang di tinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim sulaima mesti di teruskan..InsyaALLAH


Friday, October 22, 2010

INSAF LAH DATIN SERI


ASTAGHFIRULLAH.... 
Malunya kami 
Dengan kelakuan isteri Perdana Menteri
Nampaknya seperti gah sekali
Tapi sayang , amat jahil sekali.

Hati kami tercalar lagi
Hati kami terluka kembali
Lihatlah  apa yang terjadi
Betapa di hinanya Nabi kesayangan kami 
Betapa ISLAM di anggap sepi..
Tak cukupkah dengan penghinaan selama ini?
Apa motif yang tersirat di hati
di sebalik tragedi ini?



Ingat..Datin Seri 
Walau sehebat mana kekuasaan di beri
Walau semua mampu di milikki
(maaf..kecuali kedamaian ,ketenteraman dan ketenangan di hati)
(sebab itu ,hanya bagi mereka yang mengenali Illahi)
Sehingga masuk bakul , angkat sendiri
Tak semena-mana jadi 'first lady'
Namun..mana mungkin manusia menembusi langit dan bumi
Hidup di dunia bukan boleh buat sesuka hati
Ada batasan yang di beri 
Ada panduan yang menanti
Ada pencatit kanan dan kiri
Ada pembalasan di hujung nanti..
 Walau seribu fesyen show Islam yang ingin di tunjukki
Tiada gunanya kalau aurat sendiri masih terdedah lagi



Tutuplah aurat Datin Seri
 Sebelum nyawa di ambil pergi
Ya...Sebelum kita mati....
Tak kembali lagi...


Mas

Thursday, October 21, 2010

BERBALOIKAH DI ISYTIHAR 'MELAKA MAJU SEKIRANYA...

Maka selamat lah sudah negeri Melaka di iktiraf "Melaka Maju" pada 20 hb 10 tahun 2010 pada jam 20.10 minit malam . Satu tarikh  yang amat menarik dan sudah semestinya  tidak akan di ketemukan lagi. Masa itu telah pun berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi.

Maka pada 20.10 2010 pada jam 20.10 malam bersamaan 8.10 malam , pengisytiharan yang di buat oleh Perdana Menteri secara langsung dari PWTC telah di raikan bersama-sama oleh 50K rakyat Melaka yang telah di arahkan hadir ke stadium Hang Jebat sebelum jam 7 malam.

Dan betapa  pada tarikh 20.10.2010 bersamaan 11 Zulkaedah 1431, telah di takdirkan juga waktu menunaikan solat Isyak bagi negeri Melaka jatuh  pada jam 20.09 malam cuma  kurang 1 minit saja dari waktu pengisytiharan 'Melaka maju' pada 20.10 malam.Kenapa tidak saja di takdirkan jatuhnya waktu Isyak negeri Melaka pada 20.11 malam @ sama? Sama-sama kita fikirkan.

Dan sudah semestinya  pengisytiharan itu di buat sebaik saja AZAN ISYAK di negeri Melaka sedang berkumandang. Betapa  di  kala makhluk lain sedang kusyuk memuji yang Maha pencipta yang maha Agung tetapi terdapat ramai manusia yang terus sombong, angkuh lagi bongkak dengan bunga apinya.

Dan amat malang lagi, apabila sudah semestinya peluang amat terbuka luas bagi para muda-mudi untuk berpeleseran di malam tersebut. Siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa tiada pengawanan yang akan berlaku di malam tersebut ? dan apakah 'Sekolah Harapan' akan bertambah lagi ahlinya 9 bulan kemudian  atau ' Sekolah Harapan' akan bertambah lagi selepas 9 bulan kemudian?

Berbaloikah  pengisytiran 'Melaka Maju' sekiranya perkara ini benar-benar berlaku?


Tuesday, October 19, 2010

BILA ANAK KECIL JUGA TURUT BERTANYA


"Asalammualaikum..macik.. boleh saya bincang ?" tiba-tiba seorang anak kecil yang baru balik dari sekolah masuk ke kedai aku.

" Apa? ..adik sebut bincang..?' aku agak terkejut dengan pertanyaan  anak kecil yang masih berpakaian seragam sekolah itu.

"Nak bincang pasal apa..awak nak tunangke atau awak nak kahwin? aku sengaja mengusiknya.

"Bukaaan  lah makcik" dia kelihatan sedikit marah sambil menjeling ke arah aku.

Aku tersenyum dengan gelagat  anak kecil yang nampak bijak walaupun telah kehilangan ayah
.
"Saya nak tanya pasal hari jumaat itu. Apa sebabnya depan kedai makcik ramai orang kumpul? anak kecil itu berterus terang."

"Oh ..nak bincang pasal itu rupanya..ingatkan tadi nak bincang pasal kahwin"' aku ketawa kecil .
Anak kecil itu tersipu-sipu.

"Tanya pakcik..pakcik terangkan" aku menyuruh anak kecil itu  duduk berhadapan suami aku agar dia dapat penjelasan yang sebenarnya.

Setelah di terangkan serba sedikit tentang mengapa bantahan di lakukan terhadap pencerobohan surau dan PASTI di Bukit Katil dengan bahasa yang paling mudah untuk di fahami bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun , ternyata anak kecil itu tidak berpuas hati .Kerutan di wajahnya jelas menunjukkan dia turut tidak bersetuju  dengan pencerobohan itu.

"Adik setuju tak , kalau surau di robohkan"? aku bertanya lagi setelah melihat memek mukanya yang menunjukkan sedikit penyesalan dengan apa yang di lakukan terhadap surau dan PASTI.

"tak lah makcik....tak suka" anak kecil itu bersungut

"sebab"? aku bertanya lagi sengaja untuk menguji mindanya.

"Surau tempat  kita sembahyang. Kita sembahyang kat situ. Dia orang tak sembahyang kat situ .Dia orang tak boleh robohkan surau itu" jawab anak kecil . Tanda tanda kemarahan jelas di wajahnya.

Aku tersenyum seketika betapa  anak kecil ini, sedangkan memikir tentang kenapa orang melayu yang mengaku beragama  Islami sanggup nak merobohkan surau serta PASTI .Itu merupakan di antara soalan-soalan yang di tanya kepada suami aku ketika mereka sedang berbincang.

Anak kecil itu, mengingat aku kepada peristiwa demo di Bangsar , pada tahun 1974,  ketika itu aku baru darjah 5..aku bersekolah di Bangsar. Sepanjang perjalanan balik dari sekolah, aku lihat di antaranya pondok judi TOTO yang terletak di hadapan Kampung Paya  , telah di rosakkan.. Memang ketika itu aku turut tertanya-tanya sebab aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku. Sukar untuk memahaminya dalam di usia  kanak-kanak..

Sunday, October 17, 2010

TAK ADA GUNANYA


Apa guna "Rumah Harapan"
Kalau PASTI dan SURAU hendak di robohkan
Apa guna Pemulihan
Kalau tak ikhlas dalam Pencegahan.

A
Apa guna pegang Kuasa
Kalau tak menjaga Amanahnya
Apa guna memerintah lama
Kalau hanya buat ALLAH Murka.

Wednesday, October 13, 2010

TERIMA KASIH REEZAL MERICAN

Terima kasih Reezal Merican
Di atas isu murahan
Ada kalanya , seperti malas nak layan
Tapi elok juga di ketengahkan
Agar rakyat bertambah faham...

Terima kasih Reezal Merican
Isu murahan memberi peluang
Pimpinan PAS menerangkan
Ulasan demi ulasan
Penjelasan demi penjelasan

Terima kasih Reezal Merican
Di atas kurang kebijaksanaan membuat tindakan
sehinggakan ada warga emas P.Pinang memulangkan sumbangan
Kononnya....HA!!..Sumbangan dari Duit Haram...
Lalu tersenyum para ilmuan...

Terima kasih Reezal Merican
Rakyat semakin faham
Apabila pendedahan demi pendedahan
Tentang ISLAM yang penuh kesyumulan
Yang akhirnya  akan mendapat tempat di hati  insan
 IAnya mudah dan penuh keindahan
HA!...Penanda ISLAM akan menang...

Apakah kemenangan itu yang sebenarnya yang ditakutkan???

Mas.

Sunday, October 10, 2010

MUSLIMAT MENERUSKAN LANGKAH,turun padang.


Alhamdulillah, Dewan Muslimat PAS Bukit Katil serta beberapa muslimat dari beberapa kawasan di Melaka , telah berkesempatan untuk bersama-sama turun padang bagi menjayakan program bersama rakyat yang diadakan pada Ahad 10.10.2010. Program yang di anjurkan oleh BPPNM ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dari ahli-ahlinya.

Bermula seawal pagi, di mulai dengan ucapan pimpinan YDP PAS Kawasan Bukit Katil, di sertai juga dengan ucapan suntikan semangat, Ustaz ghani Abd Rahman selaku Pesuruhjaya PAS, Melaka.
Penyertaan dari ahli-ahli yang datang melebihi luar jangkaan, memudahkan program berjalan lancar.
Hanya ALLAH yang mampu membalas segala pengorbanan yang di lakukan selama ini.