HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, July 11, 2011

MUNGKIN , KAMI YANG BELUM CUKUP BERANI

Dengan semangat yang berkobar-kobar ,kami bertolak pada 6 Syakban./ 8 Julai , Jumaat pada pada jam 5.30 petang dari Melaka. 
Pada Jam  6.57 petang kami terkandas di TOL Sg Besi. Kenderaan bersusun panjang kiri dan kanan . Kelihatan ramai penumpang yang keluar dari kereta masing-masing kerana kepanasan, tak kurang juga ke tandas. Terdapat kereta yang rosak di letakkan di bahu jalan mungkin sudah kepanasan enjinya dan sudah semestinya yang paling ketara adalah SB2, yang merayau -rayau mencari mana-mana kereta yang di syakki untuk ditahan .


"Bayangkan kalau di akhirat , kita beratur sebegini menunggu giliran untuk di hisab", tiba-tiba aku membuka cerita tentang keadaan hidup sesudah mati sekadar tazkirah sebelum kita betul-betul mati dan pemergian kita pun belum tahu apa yang akan berlaku.

"Tak tahu lah macammana keadaan kita masa itu " kak Limah menjawab di ikuti juga   suara kak Piah dan kak Kintan tanda setuju.

"Kalau keadaan macamana kita tak sabar, macamana kita nak menghadapi keadaan yang lebih getir di sana?" aku menyambung lagi sebagai muhasabah diri.

 Alhamdulillah, jam 9.20 kami melepasi sekatan. Melepasi sekatan polis bagaikan melepasi satu bala yang besar.

Walaubagaimanapun kami  merasakan sekatan itu tidak lah terlalu lama meskipun hampir 3 jam kami terkandas di dalam.
InsyaALLAH mungkin berkat doa dari ustaz,ustazah serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kemudahan , kekuatan di antara satu sama lain. Turut kelihatan beberapa buah kereta yang sedang di tahan . Sahabat-sahabat mulai telepon serta  sms dari bebarapa tempat bertanyakan di mana kami berada.

"Apasal yang awak nak ikut TOL sg Besi, ikutlah jalan lain kalau nak ke Kg Baru lagi senang". makluman dari  seorang sahabat yang telah pun sampai ke Kuang  ,                                         meskipun sebenarnya mereka bertolak lebih lambat dari kami. Jalan terus dari Melaka ini, nampaknya lebih mudah untuk ke Kg Baru.

Alhamdulillah, melepasi sekatan Polis seperti melalui sekatan  hantu yang sering di momok-momok sewaktu kecil.
Kereta berjalan lancar, laju tiada gangguan , kenderaan boleh di bilang dengan jari. mana taknya , semua kenderaan masih jauh di TOL Sg Besi sana.

Akhirnya jam 10 malam kami tiba di Kg Baru tanpa mana-mana sekatan lagi.

"Hei !..Hari itu kata, tiap-tiap hari ada polis sekat jalan, kepung kat Kg Baru, tadi kita orang lalu  kat sini,tak ada pun sekatan". Aku bertanya        kepada kakak aku yang sudah 40 tahun menetap di situ. Dia menetap di tanah  

 persendirian yang telah di warisi oleh kelurga suaminya sejak hampir 100 tahun yang lalu.

"Adalah , memang ada..ntah malam ini tak da pulak. tak tahulah asal" kakak aku pun turut  hairan. Alhamdulillah, kami   tidur di tempat yang selesa cuma ada  yang tidak dapat melelapkan mata.


7 Syakban 1432/ 9 Julai 2011

 Tiba-tiba jam 7 pagi kami dikejutkan dengan bunyi helikopter yang sedang berlegar-legar. Rasanya seperti di atas kepala aja. Aku sempat menjengah dari tingkat atas rumah yang kami dudukki. Memang macam itu lah perangai BN, cuba nak menakutkan orang ramai terutama orang-orang di  Kg Baru.

Jam 10 pagi kami keluar menuju ke LRT. Sebaik kami menghampiri simpang ke LRT , kelihatan ramai polis yang sedang berdiri memerhati kami dari  jauh.

"Jom ikut jalan lain..ada polis itu,"kak Limah mengajak kami mengikut jalan lain.

"Tak apa..kita tak bawak apa-apa pun, cuma makanan  serta  beg tangan aja, mereka tak boleh tangkap kita" aku begitu yakin sambil berjalan terus menuju jalan ke LRT.
Bukan aku tak hendak mengikut jalan lain, sebenarnya aku pun tak tahu jalan lain yang nak menuju ke LRT selain dari jalan yang kami lalui sekarang.

"Nanti dulu..nak pergi mana"? tiba-tiba seorang polis lelaki menahan kami.

Kami diam dan memandang tepat kearah beberapa polis lelaki yang tercegat dekat simpang.

"Tengok IC" pinta polis tersebut. Kami   memberikan IC kami tanpa mempersoalkan apa-apa pun

"Tengok beg ..dalam  ada apa"?, pinta seorang polis lagi yang aku kira agak tinggi sedikit pangkatnya.Kami menunjukkan dengan harapan kami agar kami di benarkan meneruskan perjalanan.

"Tak ada apa-apa...tapi tolong kedepan sana berjumpa dengan Che Puan", arah seorang polis. Kami akur seperti orang bodoh.

Dalam beberapa meter di hadapan , simpang yang lain , terdapat beberapa orang polis lagi termasuk 3 orang polis wanita.

"Tolong duduk..awak semua nak kemana" tanya polis wanita tersebut manakala seorang polis lelaki mencatit nama kami di atas sebuah  buku yang kosong, yang masih tidak tercatit apa-apa di atasnya. Aku tersenyum. Itulah di antara tektik mereka untuk menakut-nakutkan kami .

"Jalan -jalan makan  angin dan  jalan-jalan cari masjid" aku menjawab selamba di hadapan 10 orang polis yang mengelilingi kami.Mereka semua terdiam.

"Awak semua dari Melaka..Pergi rumah siapa dekat sini"? polis wanita yang bernama Kamariah meneruskan pertanyaan.

"Rumah kakak", aku berterus terang aja.

"Nak pergi mana", polis wanita itu  bertanya lagi.

"Nak pergi cari makan" kak Piah pula menjawab.

'Tak payah cari makan hari ini..tak guna " polis lelaki pula mencelah. Dia kelihatan agak garang.

" Nak pergi shopping kat Jusco " kak Piah sambung lagi.

"Makcik ..tahu tak hari ini  semua kedai tutup. Jusco pun tutup . Pergi besok aja. Baik makcik duduk rumah tengok TV lebih baik. Tak payah keluar hari ini", Polis lelaki itu mulai bersuara tinggi.

"Hai . ini pemberita ke"..dari tadi asyik ambil gambar" aku tanya satu soalan bodoh setelah dia sibuk mengambil gambar kami dari pelbagai sudut.Sekejap kekanan , sekejap ke kiri.Sekejap ke depan, sekejap kebelakang.

" Dah chek barang-barang ..ada apa-apa? Polis wanita yang bergelar che Puan itu bertanya kepada polis yang memeriksa beg kami tadi.

" Kami cek , takut kalau ada parang ke , senjata ke" polis wanita itu memberitahu tanpa kami bertanya apa-apa.

Kami mengerling. Tidak terlintas langsung di kepala otak kami bahawa yang di carinya merupakan  senjata melainkan baju berwarna kuning. Apakah orang seperti kami di anggap penjenayah .

"Dengan baik,sekarang kami bebaskan kamu semua tapi tolong bersurai  dan balik rumah . Sekarang ini tempat larangan. Jangan sampai kami tangkap kamu lagi sekali  . Nanti kami akan cekup kamu masuk dalam lori dan bawa ke PULAPOL, Semarak . Kamu akan di penjarakan selama 2 minggu. Balik rumah kakak,  tak guna kamu pergi mana-mana . Semua tempat telah di kepung" polis wanita itu cuba mengugut kami.

 Kami jalan selamba berpatah balik tanpa mahu mengeruhkan suasana.Kami tahu dalam situasi BN sedang meroyan sekarang, lebih baik berdiam diri dan mencari pelan B pula.

Kami berpatah balik. Kak Kintan sebuk menelepon, apa yang perlu kami buat sekarang. Kami berbincang seketika. Di simpang lain, kami nampak polis sedang menunggu mangsa lain.
Jalan ke  LRT telah di kepung. Kami berhenti  di hadapan rumah kakak aku.. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta mewah. 

"Kak, tak boleh jalan macam ini, memang senang dia tangkap. Akak tunggu orang masuk masjid, bila orang keluar ramai-ramai, kita pun keluar. Mereka susah nak tangkap bila ramai-ramai' , ujar budak muda yang berkereta mewah itu. Kami akur, mungkin ada kebenarannya .Dia telah memerhatikan kami, sejak kami ditahan  lagi.

Sedang kami mencari jalan lain , bagaimana untuk melepasi ke stadium, tiba-tiba datang seorang pemuda . Tanpa segan-silu ,dia mengatakan dia sedang kepenatan, jalan telah di kepong dan mencari tempat untuk tumpang duduk. Aku dan kak Kintan mengerling di antara satu sama lain. Apakah ini SB yang mengikuti kami dari tadi.

Kakak serta abang ipar aku tidak keberatan untuk mengizinkan dia duduk bersama kami. Kami berempat angkat kaki, masuk di dalam rumah kerana meragui tetamu yang tanpa di undang itu. Tambahan pula rumah kakak aku juga telah memasang baner yang membantah tentang perbadanan Kg Baru yang kesnya masih belum selesai.

Jam hampir 1.30 tengahari. Pemuda tadi masih berbual bersama abang ipar aku . Dia rancak berbual seolah-olah dia terlupa tentang rancangan asalnya .
Kami semakin resah. Jalan keluar masih buntu. Rasanya macam nak terbang aja keluar dari Kg Baru.Aku mundar-mandir keluar rumah.

 Telah mula kelihatan ramai anak-anak muda yang mula mundar-mandir menuju ke Masjid Kg baru. Mereka melalui jalan di hadapan kami. Tiba-tiba mereka berhenti. Polis telah menghalang mereka di hadapan.Mereka berpatah balik,  dan sebentar kemudian kelihatan beberapa orang polis  cuba mengejar mereka.
Di hadapan simpang pula  kelihatan beberapa anak muda yang telah di sumbatkan kedalam lori polis. Lori berpatah kebelakang dan menyumbatkan lagi anak-anak muda yang di syakki. Polis turut mundar-mandir di sepanjang jalan , mencari-mencari dan terus mencari mangsa lagi. Yang pastinya Masjid di kawal ketat.

9 Julai 2011/7 Syakban 1432, Kg Baru yang begitu sinomin dengan aku semasa  aku kecil dan  di bangku sekolah lagi. Dari banyak rumah Tradisional yang telah bertukar ke rumah banglo.
Perintah berkurung pada 13 Mei 1969 masih menghantui aku dan hari ini sekali lagi   Kg Baru bagai di kenakan perintah berkurung. Terkenal dengan Bas Sri Jaya dengan no 6 dan 8 serta bas mininya bernombor 20. Chow Kit laluan rasmi .

Tarikh ini,jalannya menjadi lengang- selengang nya. Jalan yang sentiasa sibuk, dipenuhi dengan kedai jualan di sepanjang jalan bagaikan di langgar garuda. Sepi dan sunyi. Hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang berada di atas jalan raya, itu pun boleh di bilang dengan jari.

" Ada satu surau kat sini, kat mana itu..apa nama nya.?, tiba-tiba tanya seorang polis bertanya pada kami  yang kebetulan berdiri di pagar rumah kakak aku.

Kakak aku berterus terang mengarahkan polis yang bertanya itu.. Kalau polis itu bertanya pada aku, pasti aku suruh dia cari sendiri.Tak tahu lah berapa ramai lagi yang akan di tangkapnyan di surau itu. Polis serta pasukan bermotor yang memakai jaket hijau sentiasa berpusing-pusing , mundar-mandir.

Datang pulak jiran kakak aku, mengatakan bahawa polis bertanya padanya, siapa punya kereta yang ada banyak bersusun di jalanraya termasuk kereta kami .

Sebentar kemudian kami menerima sms bahawa 130 orang telah di tangkap di kg Baru....

BN semakin mengarok, semakin terok. 


Jam 2 , pemuda yang rancak berbual tadi, meninggalkan kami. Kami masih tak dapat bergerak kemana-mana.

"Itulah Mas, kalau kita ikut jalan lain tadi tentu kita dah lepas" kak Limah  meluahkan perasaan nya. 

"Sebelum ini, bila di tahan , cek barang-barang , tak ada apa-apa barang yang di syakki, kita lepas. Boleh jalan-jalan lagi. Ambil gambar sana-sini. Boleh pergi masjid. Boleh pergi mana-mana..tak da hal pun..itu sebab saya tak kisah tadi",aku menjawab dengan nada yang turut kesal apa yang berlaku.

"Tak berbaloi datang, kalau tak dapat sama-sama berhimpun. Kalau kena tangkap masa itu puasa hati jugak" kak Piah  turut meluahkan perasaannya.

"Hari ini memang kita semua telah terkepong..kita tak da pilihan, tak pa..mungkin lain kali kita tak boleh masuk bandar lagi, kita terus datang dari mana-mana, naik kenderaan awam.Tak boleh buat cara ini lagi. Mati kutu kita" aku cuba sedapkan hati sedangkan di dalam hati , hanya ALLAH yang tahu.

Deringan serta sms bertalu-talu buat kami berempat. Suami  dan anak-anak serta menantu semua di situasi yang berbeza. Semua sahabat-sahabat menyatakan di mana mereka sekarang, yang pastinya semua ada kepungan polis. 

"Dah kena sembur dengan pemedih mata" di antara sms yang di terima dari anak dari KL Central.

"300 orang dah di tangkap" mereka sms lagi. 

Kami hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Memang kami galad sewaktu sahabat-sahabat serta anak-anak muda kami  di simbahi dengan air pemedih mata serta bom asap, kami di hidangkan dengan makanan yang lazat oleh tuan rumah.

Jam 4-30 kami pulang. Masih terdapat road block di mana-mana. 

"Kak, tahu tak Hj Rahim dah kena tangkap" siti menelepon aku dari Melaka jam 5.59 petang sewaktu kami dalam perjalanan pulang.

 Aku terkejut.Patutlah bila aku sms isterinya, bertanyakan tentang pemedih mata di sana, dia tak jawab lagi. Mungkin keadaan sudah agak tegang di KL Central ketika itu.

Kali terakhir jam 2.46 pm  isterinya sms aku bahawa Anwar, izah,ust  Hadi, Tian Chua berarak kat sini (KL Central)

Aku sms isterinya supaya tenang. Malam mereka pasti keluar.
Semuga di permudahkan ALLAH. Bukan senang nak rasa naik black Maria dan jadi orang tahanan.
Bagaimana resahnya orang yang di tahanan berpagar ,macam itu jugalah resahnya orang yang menjadi tahanan di rumah. Kerana mereka ingin  terus berjuang seperti mana orang yang telah mati syahid ingin terus mati syahid 100 kali lagi.
(Maaf..orang UMNO tak akan dapat rasa ini.)

Kak Kintan turut menelepon isterinya supaya tenang dan memastikan ada orang yang dapat mengikutnya apabila suaminya di bebaskan.

Sebaik kami sampai di Melaka jam 6.30 petang,aku menerima sms lagi bahawa ada orang yang meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kami terkedu. 

"Al Fatihah, Sdr Baharudin (suami Ketua keadilan wanita PKR cbg Swangsa) meninggal dunia akibat sesak nafas dalam himpunan td. Boleh ziarah di NO 9-0-4 , blok Camar, Jln AU 3/8" ...di antara sms yang aku terima pada jam 9 malam.

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. 

UMNO, engkau bolehlah ketawa lebau walaupun pada hakikatnya hambau. Memang engkau dah melampau.
Tunggulah masanya ,Engkau akan merasau dan mencacau.




Mungkin, sebenarnya kami yang belum cukup berani
untuk berhadapan dengan situasi sebegini
Sepatutnya kami terus berlari
Biar berkali-kali di tahani polisi.

Ya, sepatutnya kami perlu bawa sekuntum bunga wangi
tanda kedatangan kami adalah suci
Bukan berniat memusuhi
sebaliknya untuk mencari kebenaran sejati...





Puisi ,
Buat saudara Allahyarham Baharudin.
Kami tidak mengenali mu
Siapa kamu ,dari mana kamu
tapi kami tahu
datangmu  dan tujumu..

Engkau menjadi mangsa kekejaman
Kerakusan Insan berjiwa kebinatangan
Memang mati adalah satu kepastian
Namun , mati mu dalam sanjungan.
Mungkin itu adalah sebuah impian
yang begitu lama engkau idamkan
Dengan  penuh keikhlasan...

Dalam jutaan kehadiran 
Engkau insan pilihan
Usia  emas bukannya alasan
untuk menjadi wira PERJUANGAN
Buat kami yang di tinggalkan

Al Fatihah
Mas.










No comments: