HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Tuesday, August 25, 2009

SELAMAT BERANGKAT KETANAH SUCI, KAK ROBIAH.



Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci pada K Robiah Mohammad bagi menunaikan umrah pada 4 Ramadhan /25 Ogos sempena juga ketika pengundian sedang berjalan diPermatang Pasir.Didoakan agar kak Robiah selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat keredhaan serta kerahmatan dari ALLAH S.W.T.
Kak Robiah merupakan ajk DMPKBK.

Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk dalam usaha untuk menunaikan umrah bersama ibu yang tercinta, namun itu tidak menghalang kak Robiah untuk bersma-sama membantu berkempen diPermatang Pasir pada 17 hingga 20 Ogos yang lalu.

Alhamdulillah, dan akhirnya ketika kemenangan menjadi milik PAS sekali lagi di Permatang Pasir, Kak Robiah masih didalam perjalanan keTanah Suci. Kali ini kak Robiah tiada bersama-sama dihari mengundi kerana sudah menjadi kelazimannya untuk bersama-sama menghadirkan diri sewaktu pengundian sedang dijalankan di mana-mana prk diadakan.Kak Robiah akan sentiasa diiringi suami tersayang akhie Abd Ghani ,dihari mengundi walaupun sebelumnya kak Robiah telah bantu berkempen dihari sebelumnya. Begitulah kegigihan kak Robiah meskipun telah berusia 55 tahun.

Semuga usaha Kak Robiah , sentiasa di redhai ALLAH SWT.InsyaALLAH

Monday, August 17, 2009

DMPBK TERUS-TERUSAN MEMBANTU



Dewan Muslimat PAS Bukit Katil sekali lagi menyahut cabaran bagi sama-sama membantu untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan diPermatang Pasir setelah Allahyarham Dato' Mohd Hamdan YANG telah pergi meninggalkan kita.Allaryarham telah dapat mengekalkan kemenangan tiga kali berturut-turut.

2 wakil Muslimat Bukit Katil , Rubiah Muhammad serta Maryam telah pun berangkat dengan menaiki bas express untuk ke Permatang Pasir semalam , 17 Ogos bersamaan dengan hari penamaan calon.Kedua-dua wakil muslimat Bukit Katil begitu bersemangat sekali untuk bersama meraih kemenangan seterusnya walau mereka baru saja balik dari PRK Manek Urai.

Adalah amat penting untuk memastikan bahawa PAS menang lagi kerana ianya merupakan satu simbol gabungan keakraban yang sedia ada dalam Pakatan Rakyat.

Tuesday, August 11, 2009

HIDUP LAH DENGAN BERKASIH SAYANG



Diriwayatkan dari Barirah, dari Nabi s.a.w bahawa Nabi bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat beberapa kamar yang luasnya dapat dilihat dari dalam dan sebaliknya. Kamar-kamar itu disediakan Allah untuk orang-orang yang saling menyayangi, orang yang mahu saling mengunjungi dan orang yang saling membantu kerana ALLAH".

Dan diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a bahawa dia berkata: Nabi s.a.w bersabda :" orang-orang yang saling menyayangi dan orang-orang yang saling mengunjungi kerana ALLAH , maka mereka itu bersinggahsanakan batu permata merah, disinggahsana itu terdapat 70,000 kamar yang menyinari penghuni syurga sebagaimana matahari menyinari dunia.Maka penduduk syurga pun berkata :" Marilah kita semua pergi melihat orang-orang yang saling menyayangi kerana ALLAH." Dan ketika mereka sudah dekat, dari orang-orang yang saling menyayangi kerana ALLAH maka wajah-wajahnya menjadi turut bersinar, seperti matahari yang menyinari penduduk dunia.
Mereka(penghuni kamar tersebut) mengenakan pakaian dari sutera hijau dan tertulis pada dahi mereka: " Mereka itu adalah orang-orang saling menyayangi , dan saling mengunjungi kerana ALLAH Taala.



Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa dengan kedatangan Islam, ukhuwah yang berasaskan agama telah mengambil tempat semangat perkauman dan kebangsaan yang berleluasa dizaman jahiliyah.

Dengan perasaan ukhuwahlah , kita dapat melahirkan satu macam perasaan serta kesedaran akan tanggungjawab terhadap masyarakat dan sudah semestinya akan ujud suatu perasaan keselamatan dan ketenteraman yang dipenuhi dengan keadilan.

Dengan ujudnya perasaan kasih sayang inilah maka akan lahirlah sifat mengambil berat urusan saudara sesama muslim tanpa mementingkan diri sendiri.

Oleh itu DMPKBK sekali lagi merebut peluang dan ruang sementara masih diberi kesempatan bernafas bagi meneruskan bakti kepada sesama insan.



Dalam menghadapi kesibukan harian, alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk terus melakukan amal kebaikan dengan membantu seorang ibu yang telah dimamah usia yang kini dijagai oleh anak lelaki yang telah kehilanggan isteri sejak hampir dua tahun yang lalu.

Dalam masa yang terlalu terhad, DMPKBK telah turut membantu mengemas diruang tamu serta membersihkan sedikit halaman rumahnya dalam usaha mengindahkan suasana kerana ALLAH itu indah dan DIA suka pada keindahan.



DMPKBK berazam untuk meneruskan kerja-kerja yang murni ini bagi memupuk ukhuwah serta sikap kepedulian sesama insan.
Semuga usaha murni ini akan mendapat keredhaan dari ALLAH.INSYAALLAH.

Sunday, August 9, 2009

Ziarah-meneruskan agenda




Alhamdulillah, Dewan Muslimat PAS Bukit Katil meneruskan agendanya dengan menziarahi ukhtie Wasilah , yang telah pun melahirkan anak ke5. Khadijah Umairah nama diberi sempena nama kepada isteri Rasulullah saw.Wasilah isteri kepada akhie Jauhar Mohd Dawi, merupakan Ketua Penerangan Pemuda Bukit Katil yang kini menetap diTaman Sri Jati.

InsyaALLAH, Semuga akan lahir serikandi yang meneruskan perjuangan ini.


Sunday, August 2, 2009

DARI MELAKA KETAHANAN SEMENTARA


Jam 11.30 pagi berada dibandar.Bersantai-santai











Cuba menyebarangi ke Dataran Merdeka tapi dihalang oleh polis.





Menuju kemasjid negara. Ditahan bagi pemeriksaan beg. Pemeriksaan telah dilakukan sebanyak 4 kali untuk masuk kedalam masjid Negara bagi menunaikan solat Zuhur.





Berhenti seketika dihadapan Dayabumi. Jam 12.30 tengahari.Mehilangkan lelah.


Alhamdulillah..Sampai juga kemasjid Negara setelah melepasi 4 pemeriksaan polis. Terpaksa melalui jalan yang jauh.jam 1.10 tengahari





Sempat mengambil gambar terakhir sebelum berpisah.Tawakal.Memang dah tahu risikonya tinggi.


Berjalan keluar dari Masjid Negara.2.30 petang








Disembur air asid dari arah hadapan .


Berpatah balik kebelakang.Sempat bermunajat dan menunaikan solat hajat.Diimamkan oleh Ustaz mujahid. Lalu trak gas pemedih mata yang datang dari arah masjid negara pula ditembak ketika solat hajat sedang dilakukan.Keadaan menjadi huru-hara seketika. Sebahagian lari kebukit dan sebahagian lari melepasi tembok yang tinggi tak kira lelaki dan perempuan. sesuatu yang sukar untuk dipercayai namun manusia mampu melepasi apabila terdesak. Takbir


Detik-detik mencemaskan . Trak FRU hanya ada dibeberapa meter saja dari sini.


Bukit yang tinggi mampu didaki meskipun bertumit tinggi..memang hebat manusia ini.






.


.


Didalam Black Maria. Ditahan setelah terkepong Kiri, kanan , depan dan belakang. Setelah setengah jam terkepong dibukit yang bersemak polis mengarahkan semua untuk keluar. Minta diserahkan kad pengenalan secara paksa. Semua diarah duduk. Ditepi jalan .Rupa-rupanya ramai termasuk Ustaz Mujahid termasuk muslimin dari Bukit Katil, Melaka.


Senyuman seorang srikandi walaupun tak tahu apa yang akan terjadi seterusnya.


OKT dalam Black Maria, dalam perjalanan ke tempat tahanan.


Ditahan di Balai Fru Cheras.Batu 9. Gambar hanya dapat menunjukkan sebahagian kecil saja yang telah ditahan.
Dari 4.30am sehingga 9.00 malam


Kami baru saja melapasi pagar tahanan sebaik saja kami dibebaskan. Alhamdulillah.
Ramai sahabat-sahabat yang setia menunggu. Termasuk juga Ustaz Idris dan juga Wan Hasrina.


........
Kami lari dari tembakan gas pemedih mata. Kami terkepung dibukit. Lama kami mendiamkan diri. Jam 3.30 kami ditahan. Diminta serahkan kad pengenalan. Ada yang diugut sekiranya tidak diserahkan kp akan didenda RM 3000.

OKT semua nya tenang.Ikut arahan. Cuma ada polis wanita yang menjerit marah-marah kerana katanya menyusahkan mereka.

"Menyusahkan orang lain saja. Kan bagus kalau tengok tv dirumah" jerit seorang polis lelaki.

"Ya ALLAH , kami datang beramai semata-mata mencari keredhaan MU dalam menentang segala kezaliman.Bukankah itu yang telah Engkau ajarkan kepada kami agar kami menyeru kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar. Sekiranya benarnya keikhlasan hati kami , maka mudahkanlah serta berikanlah segala kekuatan pada kami serta selamatkalah kami." itulah diantara doa yang sempat aku ucapkan sambil menadah tangan kehadrat ALLAH yang berkuasa.

"Buatlah apa pun, nak doa ke, nak apa ke". itulah kata-kata sindirin yang dapat aku dengar daripada polis melayu yang bersikap kasar , terasa seperti mempersendakan doa.
Aku hanya memandang kerahnya yang sudah agak tua sambil hati aku berkata bahawa , selepas dia pencen, maka dia sudah tidak berkuasa lagi masa itu baharulah dia kan rasakan apa yang sebenarnya yang dia perlu cari dalam kehidupan yang sementara ini.Masa nak meninggal nanti barulah nak cari orang untuk membacakan doa.

Masing-masing menghulurkan KP seperti yang diminta.Kami akur walaupun ada juga OKT yang ragu-ragu untuk memberikan kerana tetap beranggapan kami tidak bersalah.

Kami sekadar menyatakan protes terhadap ISA lalu datang untuk bersama-sama menghantar memorandum keIstana Negara.

Kami diarah duduk ditepi jalan.

Selang 20 minit black maria yang pertama pun sampai. Kumpulan pertama OKT dimasukkan kedalamnya.Terlalu padat.Tapi terpaksa juga.

Berapa minit kemudian datang 2 lagi Black Maria yang seterusnya.Kami menaiki beramai-ramai.

Black Maria melalui depan Masjid Negara.

Kelihatan ramai yang turut memberikan sorakkan dari perkarangan Masjid Negara.Tanda sokongan. Kami turut melambai kearah mereka.

Sepanjang perjalanan , banyak juga kenderaan yang membunyikan hon tanda sokongan.

Jam 5.15 petang OKT di tempatkan di Balai Fru Cheras. Sudah ramai OKT yang telah ditahan. Dari mata kasar kelihatan hampir seribu orang.

Aiman Athirah, Norlaila Othman , anaknya serta beberapa wanita penggerak GMI telah pun ditahan terlebih awal.

Sedikit kekecuhan berlaku apabila peguam-peguam tidak dibenarkan masuk yang mengundang kemarahan OKT dengan alasan "OKT tidak ditahan". Memang bunyi nya pelik, tapi itulah yang berlaku.

"Kak Mas, kena tangkap kat mana" Norlaila menghampiri aku .Kami bersalaman.

OKT wanita yang baru sampai semua tersenyum kerana memang ada yang telah mengenali diantara satu sama lain.

Kekecuhan berlaku lagi , apabila salah seorang muslimat telah ditarik begnya oleh salah seorang polis disitu menyebabkan OKT-OKT yang ada disitu bergegas bangkit meluru kearah tempat kejadian. OKT mulai marah, melarang perbuatan polis yang biadap itu. Selang beberapa minit keadaan kembali tenang..

Norlaila Othman serta anaknya , Aiman Athirah serta beberapa penyokong kuat GMI telah diminta untuk dibawa ketempat lain.Pada mulanya mereka menentang tapi akhirnya terpaksa akur. Mereka dibawa dengan Black Maria. Terdapat juga wanita-wanita lain juga dibawa bersama mereka tapi ketika wanita-wanita yang lain ini balik, Aiman, Norlela serta penyokong kuat GMI tidak bersama-sama lagi.

Sebelum maghrib beberapa kumpulan OKT telah pun dilepaskan. Mereka dibenarkan menaiki bas PDRM yang disediakan .

Waktu Maghrib , OKT yang tinggal minta kebenaran untuk menunaikan solat.Mereka dibenarkan solat disurau berhampiran.

Sebaik saja kami 4 OKT wanita keluar dari menunaikan solat maghrib, seorang polis wanita berbangsa India datang menghampiri.Ketika itu hanya tinggal 7 wanita sahaja yang tinggal. Wanita-wanita lain yang pergi mengiringi Aiman dan Norlela , masih belum pulang.
Polis wanita itu menyerahkan KP kami.Caranya lebih sopan berbanding polis wanita yang berbangsa melayu yang adakalanya bersikap kasar terhadap OKT.

Kami berasa lega.Menunjukkan kami boleh pulang awal.

Sedang aku berurusan cara mana nak balik, tiba-tiba datang pula seorang SB wanita berbangsa cina menghampiri aku. Kami bersalaman.

"Nanti jumpa lagi di Melaka". Kata SB wanita itu pada aku.Kami sempat berkenalan semasa disoaljawab pada sebelah petang. Aku tersenyum.

"Datang, jangan tangkap saya..sudahlah" Kata aku sambil ketawa.
"Eh, Tak lah", SB wanita cina itu tersenyum.

"Saya jalankan tugas" ujarnya lagi sambil memandang aku dengan ketawa.
Aku merenung mukanya. Aku tak tahu apa sebenarnya yang tersirat dihatinya.Aku sering juga telah membaca sikap-sikap SB yang pandai berpura-pura kerana sememangnya mereka telah terlatih dengan sikap sebegitu.

"..kita masing-masing ada tugas. Tugas awak mengikut arahan dari orang atas dan saya juga mempunyai tugas. Tapi tugas saya merupakan satu tanggungjawab yang besar dalam menentang kezaliman. Menegakkan kebenaran.Walaupun berisiko tinggi." Kalau tidak , lebih baik tengok tv dirumah".Tiba-tiba aku bersuara padanya untuk melepaskan luahan hati yang terbuku sejak tadi mestipun aku mengetahui percakapan aku itu bagaikan mencurahkan air didaun keladi. Dia tersenyum mungkin senyuman sindiran

"Kali ini kamu tak bernasib baik.Kamu tertangkap" tiba-tiba SB wanita berbangsa cina ini menyampok semasa aku sedang disoaljawab oleh SB lelaki berbangsa Cina disebelah petang lalu memandang terus kewajah ku.Aku turut merenung wajahnya.

"Tak Pa..Pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman itu mahal." aku menjelaskan padanya sambil berjenaka.Dia tersenyum. Dia mengiyakan kata-kata aku, tapi mungkin dalam hatinya mengatakan aku bodoh kerana menyusahkan diri.

Disitulah bermulanya pengenalan kami.Lalu disitu dia mengambil kesempatan untuk mengenali diri aku. Mungkin itu cara terbaik yang dapat dia lakukan dalam mengenali aku dalam tugasnya sebagai SB. Aku berterus terang saja apabila ditanya tentang peribadi walaupun sebenarnya aku ragui mereka.Aku lebih senang untuk berterus terang demi satu kepuasan.Diwaktu itu aku seperti terasa bodoh kerana membenarkan dia mengenali diri ku namun keyakinan aku dengan janji ALLAH menyebabkan hilang segala kegusaranku.

Tiba-tiba datang lagi seorang lagi SB lelaki berbangsa India datang menghampiri kami.
Turut sama-sama mengiringi untuk kepulangan kami. Dia tersenyum. Aku turut tersenyum.Apakah yang tersirat dihati mereka berdua, sukar untuk meneka. Mungkin itu adalah diantara strategi mereka .Biarlah mereka dengan tugasan mereka.Mereka telah dibekalkan dengan akal fikiran untuk membezakan yang mana salah , yang mana benar.Penilaian terletak ditangan mereka..

Aku hanya berpegang pada prinsip pada surah Muhammad ayat 7:Apabila kamu menolong agama ALLAH, pasti ALLAH akan menolong dan menetapkan kedudukan kamu". Aku tak pernah meraguinya sejak mengenali Islam 26 tahun yang lalu.

Jam 8.30 malam , aku ,anak aku yang turut sama ditahan serta seorang lagi wanita berjalan kaki menuju kepintu pagar tanda berakhirnya penahanan terhadap kami yang kononnya tidak ditahan. "Pelik bunyinya tapi benar berlaku".Itulah ungkapan yang sebaiknya .Sebaik saja melepasi pintu pagar yang dikawal ketat itu, terasa seperti melepasi satu lelahan yang amat penat.

Diluar ramai yang sedang menunggu..Mereka turut gembira dengan pelepasan kami walaupun sebenarnya kami tidak mengenali diantara satu sama lain..

"Baru keluar atau menunggu" Ketua muslimat Selangor menyapa sebaik saja kami melepasi pintu pagar.
" Baru keluar"Jawab aku tersenyum sambil bersalaman.Itulah pertemuan kali kedua aku dengan Wan Hasrina , Ketua Muslimat Selangor selepas pertemuan kami yang pertama di Muktamar 2009,Ketika aku bertanyakan padanya tentang buku "Panduan naqibah".



Mereka adalah diantara ratusan OKT yang telah ditahan pada 1hb Ogos 2009, kerana berhimpun secara aman untuk bersama-sama menghantar memorandum keIstana Negara. Akta yang bagaikan "HUKUM RIMBA" sama sekali akan ditolak oleh manusia-manusia yang berjiwa merdeka.

Monday, July 27, 2009

TARBIYYAH TIDAK BERMUSIM..



Alhamdulillah,Dewan Muslimat PAS Bukit Katil dapat bersama-sama menghadiri Ijtimak Tarbawi pertama bagi sesi 2009-2011 yang telah diadakan pada Maahad Ar Rahmah pada 26Julai bersamaan 4 Syaaban .
Ijtimak yang pertama bagi sesi 2009-2011 ini telah dapat menarik 150 ahli bagi bersama-sama menghadirinya.
DMPKBK telah meghantar 10 wakil bagi meneruskan agenda tarbiyyah.


Al fadhil Ustaz Zulkifli Hj Ismail telah membentangkan kertas kerja pertamanya yang bertajuk "kepentingan tarbiyyah dalam harakah Islamiah"
Ia merupakan satu tajuk yang menarik untuk dkupas.

Tarbiyah didalam PAS sebagai sebuah jemaah Islam adalah untuk melahirkan individu muslim yang Soleh, Seimbang dan terhimpun pada dirinya akhlak-akhlak Islam dan ilmu pengetahuan Islam yang diperlukan sehingga ia dapat menjadi golongan mujahiden yang sentiasa mendapat pertolongan ALLAH SWT didalam jihad yang didokong oleh jemaah.



Akhlak-akhlak tersebut sebagai contoh

1.Al Wala' atau kesetiaan kepada ALLAH, Rasul dan pimpinan.
2 Kasih kepada ALLAH
3.Rendah hati kepada golongan beriman
4.Tinggi hati kepada golongan Kuffar
5.Berjihad menegakkan ugama ALLAH

"Kekuasaan politik sebagai alat bukan matlamat hakiki" itulah diantara pengisian tarbiyah yang disampaikan oleh ustaz Zul. Untuk lebih menyedari hakikat kepada ahli-ahli bahawa kekuasaan yang kita perjuangkan ini, sekali pun wajib adalah sebenarnya sebahagian alat dan wasilah sahaja. Asas kepada siyasi yang kita perjuangkan adalah kaedah yang berbunyi " Hukum wasaail (perantaraan) adalah menyerupai hukum maqasid(tujuan)".



"Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi, nescata mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada ALLAH kembali segala urusan.
(Al Hajj:41)

Ahli-ahli dari cawangan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu jemaah. Ahli cawangan inilah yang paling dekat dengan masyarakat. Apabila satu cawangan itu lemah maka mesej perjuangan itu tidak akan sampai kepada masyarakat secara berkesan.

Yang menjadi lebih malang lagi apabila ahli-ahli cawangan jadikan program-program pada hanya musim pilihanraya.Sedangkan tanggungjawab tarbiyah serta dakwah mestilah berterusan, tiada musimnya.


Orientasi gerak kerja jemaah yang bersifat songsang adalah menjadi punca kelemahan yang beterusan, kuat diatas lemah dibawah.
Sedarlah bahawa kekuatan dibina dari bawah bukan dari atas.

Thursday, July 23, 2009

KENAPA TAK TANYA SAJA TUAN GURU NIK AZIZ FATWA...

DEDIKASI BUAT MENTERI BESAR HARAM, DR ZAMBRY ABD KADIR
KENAPA TAK TANYA FATWA TENTANG

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Pesta bogel-bogelan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Minum air syaitan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Main judi harian?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Beri lesen pelacuran?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Zina diizinkan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Mudharat rokok yang dihalalkan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Mengebom orang dihutan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Pembunuhan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Merogol anak bini orang?

Mana lebih haram
pasang lilin @Pecah rumah orang?

Mana lebih haram?
Pasang lilin @ Rompakan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Meragut orang dijalanan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Filem lucah murahan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Tangkap orang tanpa pembicaraan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Aurat wanita didedahkan?


Mana lebih haram
Pasang lilin @ Rasuah ,makan duit haram?

JANGAN LUPA NAK TANYA JUGA

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Rampas kuasa cara haram???

Sunday, July 19, 2009

MENGAPA MUSLIMAT MELAKA BALIK AWAL ???



Manek Urai kembali tenang setelah tamat prk pada 14 Julai 2009. Abe Uji telah diamanahkan untuk meneruskan perjuangan PAS sekali gus perjuangan Islam kerana dasar PAS adalah Islam.Abe Uji berperanan besar untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Manek Urai bahawa Islam sajalah yang menyelamatkan manusia didunia dan dan diakhirat terutama pada pengundi-pengundi muda.

Andaian demi andaian yang dibuat sebaik saja keputusan prk diketahui.Kemenangan tipis PAS amat memeranjatkan banyak pihak.Berdasarkan fenomena yang terjadi semasa berkempen , orang ramai melihat PAS sudah jauh kehadapan.Tambah menjadi hangat apabila jam 3 petang , PAS mengunjurkan angka sudah memperolehi majoriti lebih 2,000 undi disaat itu.Sms dihantar dengan maklumat PAS menguasai banyak peti undi.

BN memang tetap dengan coraknya setiap kali prk. Ramai pengundi di Manek Urai yang 'kaya sehari'.BN sukar untuk berubah dan mungkin tidak boleh berubah.Orang kata 'kalau seseorang yang apabila mencecah usia 40 tahun keatas , dia akan terus mengekalkan perangai lamanya.Kalau baik akhlaknya maka baiklah, kalau buruk akhlaknya, maka buruklah perangainya' .

BN dah 50 tahun maka tidak mustahil BN akan terus dengan akhlak buruknya. Rasuah, menipu dan banyak lagi keburukan yang kalau hendak diceritakan disini, ditakuti berjela-jela.Ramai yang dah tahu.BN akan membuat apa cara sekalipun untuk memastikan kemenangannya meskipun perbuatannya bertentangan dengan apa yang dikehendakki oleh Islam.Memang dari dulu dan hari ini. BN tidak boleh menafikan kerana itulah hakikatnya.

'PAS LAWAN KERAJAAN'.Itulah tajuk Fikrah 1457. Tidak dinafikan memang setiap kali prk PAS, KEADILAN dan DAP akan berlawan dengan kerajaan yang angkuh dan sombong.
Namun dengan kesedaran rakyat diatas penindasan maka ,ALHAMDULLLAH dan pastinya dengan pertolongan ALLAH dengan mudah akhirnya Pakatan Rakyat memperolehi 5 negeri walaupun BN punyai 1000 tektik untuk menipu. Dan sejak dari PRK 12, maka melonjatlah kemenangan Pakatan Rakyat satu-demi satu bagi prk disemananjung dengan majoriti yang besar kecuali diBatang Ai Sarawak.

"Itupun peti undi dah dibawa dengan helikopter nak kira ..mcmana nak ikut. Kalau naik kereta ke, naik bot ke, bolehlah ikut tapi kalau naik helikopter macammana nak ikut. Memang kalahlah kita" ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memberikan sedikit ucapan semasa program minum petang, diwarung Keadilan, Ayer Molek semalam)

Dalam keghairahan Zone Keselesaan yang amat sangat yakin bahawa PAS akan menang dengan majoriti yang besar melebihi majoriti undi PR12 dan mungkin memadai saja dengan petugas PAS Kelantan untuk menguruskan prk ini.

Adalah agak memeranjatkan , apabila muslimat PAS Melaka yang ditugaskan untuk membantu di Manek Urai , balik awal dari waktu yang ditetapkan malah mereka telah pun membatalkan tiket keretapi yang telah ditempah dari semasa mereka mula ke Manek urai lagi.

Sepatutnya dalam keadaan PAS LAWAN KERAJAAN maka lebih ramai lagi muslimat yang diperlukan bagi memenangkan prk ini terutama disaat-saat akhir berkempen. Tapi apabila ditanya kenapa mereka balik awal, maka terdengarlah jawaban bahawa di Manek Urai sudah terlalu ramai petugas Kelantan terutama muslimat dan mereka sendiri pun ada yang tak tahu nak buat kerja apa.

Apabila ditanya pula kepada muslimin Bukit Katil , apakah tugas mereka maka terdengarlah jawaban 'menjaga keselamatan'saja.

Apabila terbaca didalam Fikrah tulisan saudara Zulkifli Yahya yang menyatakan bahawa terdapat petugas-petugas luar yang mengeluh kerana seolah-olah kedatangan mereka tidak dihargai.

"Masaalahnya dari prk Dun semarak dulu pun , kita pergi nak membantu tapi akhirnya cuma makan, tidur dan melancong saja.Kita nak apa pun tak dibenarkan, sedangkan mereka sendiri pun tak mengatur program hingga ketahap maksimum...
Pemantauan dari hati kehati terhadap pemilih secara harian, pengedaran perang saraf , gerak saraf pintu kepintu secara harian, program-program memasyarakatkan PAS dalam pelbagai bentuk secara agresif seperti yang kita buat dikedah setiap kali piliharaya, tidak berlaku disini.
Mereka macam tak tahu nak buat kerja mengubah kecenderungan pengundi selain dari ceramah".Ujar seorang petugas luar.

Seorang lagi sahabat yang bersemangat ke Manek Urai dengan skuad yang terdiri dari komputer, pakar perang saraf dan pakar ziarah khusus.

"Sampai sini kami hanya diberi tugas mengawal keselamatan dalam kampung. DiKedah kita tak pernah hadkan jentera luar yang nak datang membantu. Kalau tenaga berlebihan kita beri Surah Yasin, suruh mereka bermunajat siang dan malam.Kita tahu yang datang adalah pakar-pakar pilihanraya peringkat negeri masing-masing, pastinya jauh lebih baik dari tenaga peti undi tempatan, jadi tak perlu disekat kebebasan mereka mengatur program. Kita tak boleh bersikap "Bodoh Sombong".keluhan hati seorang lagi petugas luar.





Dan apabila dibaca pula tulisan yang ditulis oleh Saudara Sayuti Omar didalam Siasah
diantaranya menulis


"Tema praya yang dikemukakan kali ini bersifat vokal dan tidak bersifat nasional.Ini melihatkan pada umum bahawa praya ini dikendalikan oleh PAS Kelantan saja.Lantaran pandangan ,sumbangan dan bantuan luar tidak diperlukan. Secara tidak langsung prk ini dilihat kurang penting dan kurang bersemangat.

Sikap sesetengah petugas pilhanraya juga tidak menunujukkan kepaduan dalam menghadapi BN.Misalnya ada setengah petugas dari Kelantan sangat yakin dengan kemenangan besar sehingga tidak mengalu-alukan kedatangan petugas luar.Suasana ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kesan dari sikap ini menyebabkan sesetengah dari PAS sendiri merasa tawar hati.


Walau apa pun yang telah berlaku, dan seribu andaian yang boleh dibuat namun kita terutama yang dalam satu jemaah,perlulah berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan terutama yang melibatkan hati sahabat-sahabat kita.

Sahabat-sahabat yang datang dari jauh, telah melakukan satu pengorbanan yang besar , telah meninggalkan anak isteri yang mungkin dalam kesakitan, telah mengambil cuti , telah mengeluarkan wang kocek masing-masing semata-mata berniat untuk membantu agama ALLAH ini tak kira walau dimana tempatnya. Mereka ikhlas datang untuk membantu.

Sekiranya benarlah apa yang berlaku bahawa petugas luar tidak diperlukan sangat dalam prk Manek Urai kerana PAS Kelantan amat konfiden untuk menang besar berdasarkan pengalaman yang mantap selama berbelas tahun dapat memerintah Kelantan dan menang dalam majoriti yang besar di PRU12 di Manek Urai...
maka ..MAAF ...apa yang hanya mampu dapat diingatkan bahawa dengan tidak secara langsung maka sifat Ria' serba sedikit telah menyelubungi sesetengah petugas Kelantan. Ria' bererti sombong. Sombong bererti sifat syaitan yang sangat dibenci oleh ALLAH SWT.

Maka mungkin juga itu diantara sebab mengapa PAS Manek urai hampir-hampir lemas didalam keriangan .Hampir-hampir tenggelam didalam keghairahan kemenangan.Seolah-olah pertolongan ALLAH itu lambat namun Alhamdulillah, mungkin keberkatan dari banyak pihak yang ikhlas,doa-doa ,yang perjuangannya demi mencari keredhaan ALLAH maka ALLAH beri kemenangan walaupun tipis.

BN sudah tidak boleh menang lagi diatas kezalimannya sendiri. BN akan terkubur tanpa pusara. BN sudah terjerat dengan perangkapnya sendiri.Saban hari jalan kebuntuan adalah kawan karibnya.Satu demi satu BN terdedah dengan sikap buruknya. Walaupun BN cuba menafikan namun BN lebih tahu apa yang didalamnya.BN boleh menipu jutaan rakyat namun BN tidak boleh menipu diri sendiri.Tidak mustahil lambat laun, BN akan menerima pemberontakan dari komponennya sendiri.

Fitrah manusia rindukan kedamaian dan ketenangan.Tidak dinafikan masih ramai lagi yang dalam BN yang rindukan kebenaran.Sehebat serta sebesar mana manusia, kita tetap hamba ALLAH . Hidup dibawah pengawasanNYA. Manusia yang tetap terikat dengan peraturan ALLAH.Kita tidak ada dua tuhan.Dialah yang Maha Berkuasa.Manusia yang tidak dapat menembus langit dan tidak dapat menembus bumi.

Sudah menjadi sebutan " orang yang duduk dengan penjual minyak wangi pasti serba sedikit akan terbau harumnya dan orang yang duduk dengan pembuat besi serba sedikit akan terkena bahanngnya."Sampai bilakah mereka mampu menahan bahang percikan besi , apatah lagi kalau betul-betul tercucuh dengan besi panas.

Maka pihak kebenaran lah yang akan mengambil tempatnya namun pihak kebenaran akan tetap diuji dan kemenangan tipis PAS di Manek Urai merupakan satu amaran diarus kebangkitan kemenangan.

PAS parti berdasarkan ISLAM. Oleh itu setiap gerak dan langkahnya tidak boleh terkeluar dari syariat ISLAM. Segala amalanya samada buruk atau baik tetap akan dikira meskipun sebesar zarah sekalipun.Ramai yang mungkin menganggap remeh ,tapi ingtlah " Kita tidak dimasukkan kesyurga dengan amalan kita tapi dengan RAHMAT ALLAH SWT.INSYAALLAH.

"MAAF...Hanya sebuah andaian )

SERULAH MEREKA KEJALAN ALLAH




"Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk(kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) manusia kepada yang ma'ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan ALLAH".
(Surah Ali-Imran :10)

Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam , menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat yang tidak baik, adalah kewajiban dalam agama Islam.

'Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat jahiliyyah dalam segala seginya, kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan.

Memang tidak dinafikan , ini merupakan satu jalan yang sukar namun para pendakwah mampu menjalankanya terutama yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang kejalan ALLAH...mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya melainkan ALLAH dan rasulnya.



"Barangsiapa yang takut kepada ALLAH, tentu ia tidak maju-mundur.Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ketempat tujuan. Ketahuilah , bahawa barang dagangan ALLAH itu mahal.Ketahuilah , bahawa barang dagangan ALLAH itu syurga".
(hadith Riwayat:Tirmidzi dan Al Hakim)



Sabda Rasulullah SAW
"Berbicaralah dengan manusia mengikut tahap kecerdasan mereka"

"Sesungguhnya, ALLAH menunjuki dengan berkat usahamu, satu orang , itu lebih baik bagimu daripada dunia ini dan isinya"
(H.R Thabrani)

"Katakanlah, sekali kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hendaklah hanya kepadaNya orang-orang beriman menyerahkan diri."
(Surah At Taubah: Ayat 51)

Thursday, July 16, 2009

KELAHIRAN YANG DINANTIKAN..

23 Rejab/16 Julai


Kelahiran anak keenam, setelah 10 tahun usia anak kelima merupakan saat-saat yang amat mengembirakan bagi keluarga yang memang menanti-nantikan kan kedatangan bayi baru. Tangisan serta senyuman seorang bayi sudah cukup untuk menceriakan suasana bagi sesebuah rumahtangga.

Begitulah ceria nya bagi keluarga akhi Md Zin Mangkuta serta zaujahnya ukhti Hashimah dengan kedatangan orang baru yang amat dinanti-nantikan setelah berlalu 10 tahun.

Mereka merupakan ahli PAS cawangan Bukit Pulau yang aktif dan begitu gigih dalam menambahkan dana dengan penjualan HPA yang sebelum ini lebih terkenal dengan penjualan barangan Kohilal.



Adik Nur Alia Zafirah yang dilahirkan hampir sebulan yang lalu, merengek ketika Hjh Jamilah selaku ketua lajnah kebajikan , ukhti Sabariah selaku bendahari dan setiusaha dmpkbk datang menziarahinya petang tadi. Setelah disusukan , terus lena tertidur didalam dakapan ibunya.

Ukhtie Hashimah kelihatan amat ceria dengan kedatangan kami, maklumlah setelah lama tidak berjumpa.Kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu kempen pilihanraya ke12,ketika berkempen dicawangan Bukit pulau.

Dan kini pertemuan yang lebih kerap akan diadakan , bukanlah hanya menunggu musim pilihanraya saja baru bertemu, dalam usaha mengeratkan ukhuwah terutama yang dalam jemaah.Sedikit sumbangan turut diberikan tanda cenderahati dari dmpbk dengan kedatangan orang baru yang dinanti-nantikan.

Tahniah, buat akhi Md Zin serta ukhti Hashimah diatas kelahiranya anaknya yang comel yang lebih iras kepada rupa ibunya.Semuga menjadi anak yang soleha dan bersama-sama memperjuangan membantu agama ALLAH dimukabumi ini. InsyaALLAH.




Dari jarir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda " ALLAH tidak mengasihi orang yang tidak kasih kepada manusia"