03 6804802 Rohani
....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA
MUTIARA KATA
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012
BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)
Monday, August 27, 2007
JOM JOIN JAMBORI NISA'
03 6804802 Rohani
Thursday, August 23, 2007
KEPAHLAWNAN WANITA ISLAM
Sunday, August 12, 2007
ADAB BERSAHABAT
Persahabatan yang sejati adalah idaman ramai insan. Sahabat merupakan gandingan yang diperlukan bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan.Dengan adanya sahabat sejati maka kita dapat menyempurnakan tanggungjawab sebagai muslim samada urusan yang bersangkut dengan ALLAH ataupun sesama manusia.
Oleh itu peliharalah " ADAB PERSAHABATAN"
1. Saling mengutamakan kepentingan sahabat, berbanding diri sendiri dalam perkara-perkara yang difikirkan wajar.Hendaklah seseorang yang lebih kemampuan, dapat meringankan beban sahabatnya apabila ditimpa sesuatu kesulitan.
Contoh - Pernahkah kita bertanyakan masalah sahabat kita?
2. Bekerjasama dan bantu membantu.
Contoh - Pernahkah kita mengirim top-up walaupun RM 1 sekiranya kita tahu sahabat kita kehabisan kredit tel bimbit.
3. Amanah dalam menyimpan rahsia ataupun sebarang kelemahan atau kekurangan sahabat.
Contoh - adakah kita pernah menceritakan pada pihak ketiga apabila ada sahabat telah meminta menyimpan rahsia.
4. Cermat menjaga tutur kata agar sentiasa dapat saling menghormati peribadi atau pendirian masing-masing.
Contoh -Adakah kita akan berkata "tak palah mungkin dia ada hal yang lebih penting" apabila sahabat kita terlewat daripada masa yang dijanjikan.
5.Memanggil nama yang disenangi oleh sahabat apabila berinteraksi. Berilah penghargaan yang lazim disenanginya.
Contoh - Pernahkah kita memberikan ucapan tahniah dengan kata-kata yang disenanginya sebaik saja sahabat telah berjaya menguruskan sesuatu program.
6. Memahami dan memaafkan sahabat dalam hal-hal tertentu. Hadapilah dengan cara yang tenang dan berhikmah.
Contoh - Adakah kita bersangka baik apabila sahabat kita tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
7.Sering mendoakan sahabat agar sentisa memperolehi petunjuk ALLAH dalam menunaikan amanah memelihara keluarga.
Contoh - Adakah kita mendoakah sahabat kita dalam doa kita. Adakah kita menyebut nama mereka satu persatu.
8.Tidak memutuskan rasa persaudaraan walaupun setelah ketiadaanya.
Contoh - Pernahkah kita menziarahi kelaurga yang ditinggalkan.
9. Bertimbang g rasa dan sentiasa peka dengan tidak membebankan sahabat terhadap sesuatu tanggungjawab yang sulit.
Contoh - pernahkah kita mahu bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut.
10.Mendahului memberi salam apabila bertemu,dan menyediakan tempat baginya ketika menyertai sesuatu majlis.
Contoh - Biasakah kita memberikan tempat duduk kita kepada sahabat yang terlewat dan adakah kita orang yang yang terakhir apabila menjamah makanan apabila bersama.
11. Hargai dan hormati kehadirannya kesuatu majlis dengan turut menemaninya jka mahu beredar atau mengundur diri.
Contoh - Biasakah kita menemani sahabat yang pulang dari rumah kita sehingga hilang dari pandangan mata.
12. Saling mempunyai persefahaman yang baik apabila berkomunkasi.Menjadi pendengar yang baik. Berusahalah untuk menjawab segala pertanyaanya.
Contoh - Berapa kerapkah kita memotong cakap sahabat kita
"Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain itu bagaikan satu bangunan yang mana sebahagian mengukuhkan sebahagian yang lainya"
(Bukhari & Muslim)
Thursday, August 9, 2007
Mangsa CABUL

Berikutan kejadian itu, saya kini trauma dan sukar tidur malam kerana sering teringatkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.Ibu mangsa pula berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa apabila mendengar jeritan anaknya itu sebaik mereka tiba di rumah.
"Saya ingat mereka berteriak memanggil saya. Rupa-rupanya, dia nyaris menjadi mangsa cabul lelaki gila seks yang sebelum ini heboh diperkatakan penduduk kampung, namun ramai yang tidak membuat aduan polis," katanya.Wanita itu berkata, kejadian cubaan cabul itu dikatakan sering berlaku di kawasan berkenaan kerana sepanjang Jalan Pak Bang menuju Kampung Pak Pa tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan keadaan begitu gelap," katanya .
UNTUK KAUM WANITA PERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU PERTAHANAN DIRI, CARILAH APA-APA JENIS SILAT YANG BOLEH DIPELAJARI. ZAMAN SEKARANG NI TAK KIRA UMUR ASALKAN PEREMPUAN TULEN, PASTILAH NAK DIJADIKAN MANGSA. BILAKAH NAK AMAN DUNIA NI YEA.......
Remaja Berkhalwat Di Cekup

Buktinya di Kuantan tindakan empat pelajar berusia 13 hingga 15 tahun yang sanggup ponteng sekolah semata-mata mahu memadu kasih membawa padah apabila dicekup penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat, kelmarin.Mereka ditahan di sebuah rumah teres di Kempadang Perdana di sini, apabila kegiatan mereka dikesan selepas anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menerima aduan penduduk tempatan.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah berkenaan, anggota penguat kuasa agama mendapati pintu rumah tidak dikunci manakala keempat-empat pelajar itu didapati sedang berbaring sambil berpelukan.
Katanya, dua pelajar lelaki itu yang akan menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) masih berpakaian sekolah manakala pasangan mereka, pelajar tingkatan satu pula berpakaian biasa."Hasil siasatan mendapati, pelajar perempuan terbabit mengambil kesempatan ketiadaan ibunya yang keluar bekerja untuk memadu kasih. "Apa yang dikesalkan, perbuatan mereka disaksikan dua adik pelajar perempuan itu yang berusia dua dan lima tahun," katanya.
APAKAH MEREKA INI AKAN SERIK UNTUK TERUS MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN DENDA YANG SEBEGINI???
AGAKNYA MEREKA AKAN TERUS BERANI LAGI UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT SEKIRANYA HUKUMAN ROTAN 100 KALI SEBAGAI MANA DALAM HUDUD DILAKSANAKAN? TEPUK DADA TANYALAH IMAN........
Thursday, July 26, 2007
SHAFIYAH BT ABDUL MUTTHALIB
Thursday, July 19, 2007
Malaysia Negara Islam Hadhari

Kegiatan itu dibongkar seorang pelajar tingkatan tiga dikenali sebagai Ahmad Firdaus, 15, yang mengaku mula terjebak dengan kegiatan itu ketika berumur 14 tahun selepas terpengaruh dengan pujukan rakan yang lebih tua.Dia berkata, pada mulanya dia mengikuti rakan yang dipanggil ‘abang’ berumur 20-an mengunjungi kawasan pelacuran sekadar mahu ‘mencuci mata’.“Tujuan kami hanya untuk melihat gadis dipercayai pelacur yang mencari pelanggan di tepi Lorong Haji Taib selepas waktu sekolah kerana ingin melihat gelagat mereka sebelum seorang lelaki menawarkan perkhidmatan itu.“Lelaki yang didakwa sebagai bapa ayam itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran kira-kira RM50 sebelum seorang daripada kami menerima tawarannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Menurutnya, kejadian pada hari itu menjadikannya sebagai pengalaman bagi seorang remaja yang ingin mencuba benda baru serta mencabar.Ahmad Firdaus berkata, duit saku yang diberi ibu bapanya sebanyak RM4 sehari untuk ke sekolah adalah sumber pendapatan utama untuk memenuhi ‘hasratnya’.“Hampir tiga minggu, saya mengumpul wang saku dengan berjimat sehingga sanggup mengikat perut tidak makan tengah hari di sekolah bagi mengumpul wang untuk melanggan pelacur.“Apabila duit simpanan mencukupi kira-kira RM80, saya dan beberapa rakan mengunjungi tempat berkenaan, namun kami tidak dilayan kerana umur terlalu muda.“Kami tetap mencuba meronda kawasan itu beberapa kali dengan harapan mereka (bapa ayam) akan menawarkan perkhidmatan itu,” katanya.Menurutnya, hampir sejam meronda di kawasan itu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun menawarkan perkhidmatan itu kepada mereka dengan bayaran RM100.Katanya, dia dan rakannya terpaksa berkongsi wang kerana ingin mencuba sebelum masuk ke bilik yang disediakan.“Selepas kejadian itu, wanita terbabit turut memberi nombor telefon bimbitnya bagi memudahkan kami menghubunginya.“Sekiranya memerlukan perkhidmatan itu, saya dan rakan hanya perlu menghubunginya dan mengunjungi biliknya selain diberi diskaun kerana berurusan pada waktu siang,” katanya. Ahmad Firdaus berkata, dia dan beberapa rakannya mula ketagih dengan kegiatan itu dan hampir setiap bulan mereka terpaksa mengikat perut dengan berjimat wang persekolahan.Sementara itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Rosli, 15, berkata hampir setengah tahun dia terbabit dengan kegiatan itu sebelum satu kejadian yang menyebabkan dia ‘bertaubat’ dan berhenti melanggan pelacur apabila lelaki berbadan besar yang didakwa sebagai teman lelaki wanita itu memukulnya.Menurutnya, selepas kejadian itu, dia dimarahi ibu bapanya dan mengugut untuk menghantarnya ke balai polis kerana terbabit dengan kegiatan haram serta menyalahi undang-undang.
Tuesday, July 17, 2007
PROGRAM MAWADDAH MUSLIMAT NEGERI MELAKA
Dalam ucapan Ketua Dewan Muslimat Negeri, Dr Khatijah Jumangat mengingatkan semua muslimat supaya memperbanyakkan program pada tahun ini terutamanya program yang berbentuk kemasyarakatan memandangkan tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Beliau juga meminta semua program dapat diatur dengan sebaik mungkin agar tiada berlakunya pertindihan diantara program kawasan dan program negeri.
Kehadiran AJK Muslimat dari kawasan Jasin adalah amat menggalakkan, dimana setiap ketua lujnah DMP Kawasan Jasin telah menyiapkan taqwim bagi perancangan program muslimat di kawasan Jasin bagi penggal 2007 - 2009. Menurut Dr Khatijah selaku Ketua Lujnah Politik dan Organisasi, program ini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain seperti Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu, Masjid Tanah, Kota dan Alor Gajah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
GURU REFORMASI
Setiap tahun guru diingati,
HARI GURU gelaran diberi,
Mengajar mendidik sepenuh,
Gelaran "Cikgu " tak pernah sepi.
Tapi bagi ku lain sekali,
GURU REFORMASI, ku sanjung tinggi ,
Tak makan dipuji, Tak rebah dikeji,
Ikhlas berjuang, perhiasan diri,
Pertaruhkan nyawa tentu sekali,
Sanggup berkorban demi ILLAHI
Cita-citanya sungguh murni.
GURU REFORMASI
Sentiasa diuji dan teruji
Ujiannya memang amat getir sekali,
Namun senyuman tak pernah sunyi,
Meskipun musuh sentiasa mengekori
GURU REFORMASI
Gagah berdiri,
Hayunan langkahnya ..yakin sekali
Berjalan diatas onak dan duri,
Walau dah tahu .........akibat menanti..........
Selamat menyambut program peringati 100 tahun As Syahid Hassan Al-Banna
Di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar
22 Julai 2007
8 pagi-12 tgh
Ummu Maryam
Monday, July 16, 2007
ISTERI IDEAL LAGI MITHALI

Isteri Mithali idaman suami, Itulah yang dicari-cari,
Cita-cita terlalu tinggi, Selagi tak jumpa tetap dinanti.
Isteri Mithali terus dijejakki, Walau dimana ingin dimilikki
Meskipun jauh tidak dipeduli, yang pasti, tetap dihajati.
Isteri Mithali tetap diburu, walau akhlak suami masih tak menentu.
Entah bila akan ketemu, sisuami tetap setia menunggu.
Akhirnya, suami terasa hampa, Penantian sudah terlalu lama,
Letih, lenguh datang menimpa, namun Isteri Mithali tak kunjung tiba.
Lalu sisuami bermunajat. Kepada ALLAH dipohon hajat.
Kepada yang esa doa dipanjat, setiap masa,setiap saat.
Setiap doa ada balasan.Sisuami kini diberi kekuatan
AL QURAN sudah mula jadi tatapan. Itulah bacaan hari-harian.
Menemui suami akan jawapan.

Lalu, sisuami terkedu sendiri. Hajat dihati terlalu tinggi
Masakan dapat Isteri Mithali, Akhlak sendiri tak ikut nabi.
Sisuami berazam menukar wajah.Ingin berhijrah meskipun payah.
Ingin hidup berlandaskan sunnah, Ingin hidup mencontohi RASULULLAH. Biarpun sukar, tetap diredah.
Saturday, July 14, 2007
Yang Hadir Dan Yang Kembali
Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Aku sendiri,walaupun sebagai doktor lulusan University of Nottingham,UK pun sudah hampir mati akal dibuatnya.Mungkin benar apa yang dikatakan Doktor Alhady dua tahun lalu; “Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua…” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ….Pasti! “Huda….bangun…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ….Aku tersenyum melihat wajah comelnya yg keletihan.Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak Al-Usamah miliknya. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak’nya.Ahh…Im so grateful i have you Huda..
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah… (al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” Ya Allah jika Engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur…” Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku…Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.” Kenapa ni…? Muncungya mulut…boleh gantung baldi..” usikku dalam nada separuh berbisik…. Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang tak kejutkan Huda…?” Protesnya… Aku tersenyum cuma. “Dah, abang tengok cik adik letih sangat…bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar…” Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat…Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. “Baiklah tuan puteri banyak songeh,patik menurut perintah.” Usikku lagi. Huda tersenyum lebar.
Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : “Abang…..nikah jelah satu lagi” Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .
Sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai…tak jealous ke nanti…?" Umpanku pula."Cemburu…..emmm, itukan memang fitrah manusia bang…takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi,kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? Hujahnya panjang lebar. “Hai…Takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..?" “Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. “Macam mana kalau isteri kedua abang pun tak boleh lahirkan zuriat..?” umpanku lagi.. “Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat anak juga…?” Usikku terus.”Nikah lagi.kan boleh sampai empat..!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur.Alolo buat muka kesian pulak.“Huss..Huda!Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail…berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. ” Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya…Kudakap erat Huda…ada titisan panas yg membasahi dadaku.
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak 33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya …Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini, Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku…dengan nada manja sambil berkata..: ” Happy anniversary my dear hubby ..”
Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja.Ada sampul surat yang berlogo Hospital Pantai Ayer Keroh. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. “Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat !Cik Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk. “Oklah sayang.” Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. “Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..”Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!” Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.
Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini… tangisan SYUKUR..! “Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?” Tanya ku seperti memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh…” Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah…Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru…Ditambah pula dgn kesibukanku di klinikku dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar2 lupa untuk memeriksa dia sebagai seorang doktor. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah…Patients berlambak-lambak kat klinik tu aku rawat,isteri sendiri pulak yang aku terlepas pandang.uhuhu.Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku…segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya…Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..
Biarkan dia menjadi ibu yang ‘luar biasa’. Ibu yang ‘luar biasa’ akan melahirkan anak yang ‘luar biasa’…Ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku…dia berkhutbah panjang. “Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya…Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah… Abang…kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah…kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya…jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini… bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali Abi Thalib..? Abangkan tahu…kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan, aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop honey’.. Aku faham je dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam…Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa…Peluh mengalir laju membasahi dahinya…Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas…! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei…hari ni baru 26 April. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku. Aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku..bisik ku berulang kali.. “Encik Asyraf..?”..Dr Khadijah…pakar sakit puan rujukan isteriku… “Ya…saya doktor…” sahutku cepat..
Kuhampiri Dr Khadijah“Boleh kita berbincang sebentar…” Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan..
Saya harap Encik Asyraf bertenang…Isteri encik menghadapi sedikit masalah…air mentubannya dijangkiti kuman.Aku tersentak.” Acute chorioamnionitis ke doctor?”Dr Khadijah sedikit terkejut mendengar perkataanku.Die terlupa aku ni doctor juga agaknya.”ya Dr Asyraf,itulah masalahnya sekarang.Puan Huda perlu dibedah segera..” “Hmm buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi what are the chances for my wife doktor..?” Tanyaku dgn nada separuh ketar…bimbang. “Saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan kedua-duanya.Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah…selamatkanlah isteriku…Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku… Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku…tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik…aku terdengar suara tangisan bayi…alangkah lunaknya. “Encik Asyraf..?” “Ya..saya..” “Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat…2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang…”Alhamdulillah…Isteri saya bagaimana doktor.?” Dr. Khadijah terdiam…tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku…
Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya… Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika… “Maaf, saya telah berusaha semampu yg mungkin…Tapi Allah lebih menyayangi Huda…” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung…Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan…Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya…Sesusuk tubuh ditutup dgn kain putih…terbaring…Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji’unnnn…Dari-Nya kita datang…kepada-Nya kita kembali… Wajah Huda pucat…tapi bibirnya terukir senyuman manis…manis sekali…tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya…tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! “Sabar Encik Asyraf…sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku.”Nurse… tolong bawa anak Encik Asyraf tu..” katanya lagi…
Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan di hadapanku…perlahan kuambil dan kudakap bayi itu…Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya, mulutnya,kulitnya yang putih bak salju. Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi…Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata… “Iqamahkan anakmu, Asyraf…sambutlah yang hadir…doakanlah yang kembali..” Huda… rupanya inilah hikmah Allah…Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya Allah…Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun…utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya…
Ya Allah…jangan biarkan hati ini berandai-andai… Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda… Tidak… Tidak…itu semuanya ketentuan-Mu Ya Rabb…Tuhan yang Maha Mengetahui…Lagi Maha Pengasih…"
Syukurilah apa yang kau ada hari ini.....kerana sesungguhnya manusia ini apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan....
Friday, July 13, 2007
YAKINKAH AKU @ SEKADAR PERCAYA
Yakinkah aku @ sekadar percaya
dengan jannj-janji MU, ALLAH
Yakinkah aku @ sekadar percaya
dengan KitabMU
Kiranya aku yakin dengan janji MU, ALLAH
Tentu sudah lama aku mengejari MU
Kiranya aku yakin dengan janji Mu, ALLAH
Tentu sudah lama aku berlari pada Mu
Kiranya aku yakin dengan janji MU
Tentu sudah lama aku berjalan pada Mu
Namun
Aku masih disini....
Tercegat berdiri...@..duduk berteleku
Tanpa reaksi @ sekadar menunggu
Diiringi alasan beribu
Gelak.. ketawa...suka...riang ria...
Tanpa merasai apa-apa......
Yang penting!!!
Suamiku.....Isteriku..... Anak-anakku.....Kerjayaku.....Hartabendaku.....serta wang ringgitku
Solat?? Memang kewajipan ku
Puasa?? tidak aku tinggalkan
Buku Ilmiah?? juga bahan bacaanku
Al-Quran?? mengaji....Biasa bagiku
Tapi
Kenapa aku masih tercegat disini
Bersama kawan bergurau senda
masih ada masa untuk menonton yang lara
Masih ada masa untuk bergelak ketawa
Masih ada masa memikirkan kemewahan dunia.
Tak peduli aku
Dengan umat ini
Murtadkah? Rasuahkah? Bunuh orang kah? Bom orangkah? Rompakah? Mencurikah.. Merogolkah..berzinakah.. Menzalimi orang kah...entah apa-apa lagi maksiat ..tak kuasa aku menyebutnya...
Yakinkah aku @ sekadar percaya
Tentang SYURGAMU
Tentang NERAKAMU
yang aku dengar
yang aku baca dikitab MU
Yakinkah aku @ sekadar percaya dengan janjiMU
Apabila aku sekadar berkata
" Biarlah !! Orang lain yang berkorban demi agamaMU!!
" Biarlah !! Orang lain ......Orang lain....Orang lain....
Ummu Maryam